04 | his girl

55 8 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Kita nak pergi mana?". Aerwyna menyoal Taehyung yang sudah mengenakan tshirt hitam di tubuhnya. Sukar untuk Aerwyna melihat jejaka itu mengenakan baju seragam polis. Bila di tanya, pasti ada sahaja jawapan Taehyung. Tak cantik laa, rimas laa, baju tu berat laa.. Last last tshirt sahaja yang menjadi pilihannya.

"Work" balas Taehyung ringkas mengundang cebikan di bibir Aerwyna. Alih-alih kerja. Cuba la bagitahu ke mana arah tuju mereka.

"Saya tahu laa kerja.."

"Hold this. Make sure jangan letak bersepah-sepah. Guna bila perlu". Sepucuk pistol dihulurkan pada Aerwyna. Pantas Aerwyna menyambut tanpa rasa takut. Taehyung mengecilkan matanya melihat Aerwyna. Kalau gadis lain mungkin akan menolak dan memilih untuk berada di bawah jagaan Taehyung sahaja. Tetapi Aerwyna tidak.

"Okay". Aerwyna senyum sebelum picu pistol ditarik. Sengaja hendak bermain. Membuntang mata Taehyung dibuatnya.

"Don't play with it!"

"Hehe sorry"



Telefon pintar dikerling sekali lagi ingin memastikan bahawa mereka berada di lokasi yang betul. Setelah mendapat kepastian, Taehyung mula melangkah menuju ke guard house yang terdapat di hadapan banglo mewah itu.

Aerwyna seperti biasa, mengikut sahaja ke mana lelaki itu pergi.

Taehyung mengeluarkan kad pengenalan polisnya yang sentiasa dijadikan 'tiket' untuknya melepasi apa jua halangan. Pengawal yang agak ragu-ragu dengan Taehyung itu kemudian berbicara dengan seseorang melalui walkie-talkie yang sentiasa di bawa ke mana-mana.

"Let them in"

Sejurus selepas itu, Taehyung dan Aerwyna diapit oleh dua orang lagi pekerja yang menjaga banglo itu. Tidak terkira staff yang bekerja di situ. Mereka berdua membawa Taehyung dan Aerwyna masuk ke dalam kawasan banglo itu. Kalau tinggalkan dua orang ni memang sesat lah jawabnya.

"Hello, inspektor Kim and.."

"Aerwyna" balas Aerwyna apabila melihat lelaki yang kelihatan dalam lingkuangan 40-an itu berjeda sambil memandangnya.

"Aerwyna. What a beautiful name" ujar lelaki itu sebelum menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Aerwyna. Namun Taehyung terlebih dahulu menyambut huluran tangan jejaka itu sebelum Aerwyna sempat menyambutnya. Taehyung tersenyum senget memandang jejaka itu.

"Who is she?" soal lelaki itu pada Taehyung tanpa segan silu. Senyuman gatal di bibirnya membuatkan Aerwyna di belakang Taehyung sudah menjeling menyampah. Namun soalan yang diutarakan oleh lelaki itu hanya Taehyung sahaja mampu mendengarnya. Taehyung melepaskan genggaman tangannya sebelum mendekatkan mulutnya pada telinga lelaki itu.

"My girl" bisik Taehyung perlahan. Cukup untuk dia tahu bahawa Aerwyna tidak dapat mendengarnya. Kalau Aerwyna dengar pasti gadis itu jadikan bahan untuk mengusiknya.

"Boleh kita bincang tentang dash cam tu sekarang? We really need it right away" soal Taehyung setelah menjauhkan dirinya dari lelaki yang sudah berubah wajahnya itu. Reaksi yang terpamer lebih kepada menahan malu.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now