17 | if it's you

36 3 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Aerwyna terjengkit-jengkit menuruni tangga. Perlahan dia membawa sekali beg kecilnya yang berisi tuala dan botol minuman. Sudah lama dia cuti training. Takkan lah malam ni nak cuti lagi?

Waktu malam-malam begini, agaknya Taehyung dah tidur. Sangat sesuai untuk Aerwyna menyelinap ke halaman belakang rumah lelaki itu. Aerwyna memerhati seketika ruangan dapur. Gelap.

"Taehyung?" seru Aerwyna separa berbisik. Ingin memastikan tiada siapa di ruangan itu. Nafas lega dihela perlahan.

Baru sahaja Aerwyna melangkah ke halaman belakang rumah Taehyung, pemandangan matanya sudah dijamah oleh Taehyung yang sedang bersungguh-sungguh menumbuk punching bag.

Bukan itu yang mendapat perhatian Aerwyna ketika ini. Tetapi tubuh tegap Taehyung yang tidak mengenakan sebarang baju serta rambut yang basah akibat peluh milik lelaki itu.

Taehyung mengambil nafas seketika. Dadanya termengah-mengah setelah hampir setengah jam menumbuk punching bag sahaja yang dilakukan. Saat dia menoleh, wajah terkejut Aerwyna menyapa pandangannya. Sebelah kening diangkat tinggi.

"H-hi" sapa Aerwyna kekok. Mata gadis itu sekali sekala turun melihat tubuh Taehyung yang tidak berbaju itu. Semerta Taehyung tersengih nakal.

"Tengok-tengok apa?" soal Taehyung. Botol air dicapai sebelum diteguk rakus. Semakin bertambah kekacakkan jejaka itu.

"Mana ada tengok apa-apa!" nafi Aerwyna keras. Matanya sedaya upaya dielak dari merenung anak mata Taehyung.

"You want to training?". Aerwyna hanya mengangguk sahaja.

"Come here" arah Taehyung. Aerwyna akur. Diletakkan beg kecil yang dibawanya tadi ke tepi.

Taehyung meraih lembut pergelangan tangan gadis itu. Mereka berdiri berhadapan dengan punching bag yang tergantung di batang pokok itu. Perlahan Taehyung mengambil kedua tangan Aerwyna dan digenggam penumbuk kecil milik gadis itu.

"You know how to punch right? Nak kena aku ajar juga ke?" Taehyung berbisik betul-betul di tepi telinga Aerwyna membuat nafas jejaka itu dapat dirasai. Aerwyna mengetap bibir menahan resah yang sejak tadi bertandang di dadanya.

Aerwyna mengangguk membalas pertanyaan Taehyung itu. Taehyung tersenyum. Dia tahu Aerwyna sedang malu. Jejaka itu memandang sisi wajah Aerwyna. Muka gadis itu jelas kemerahan.

"Okay go" arah Taehyung lagi. Aerwyna mula menumbuk punching bag itu dengan sekuat hati seperti yang gadis itu biasa lakukan. Sejujurnya Taehyung agak tergamam dengan kekuatan yang gadis itu miliki. Namun jejaka itu memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

Setelah 5 minit, Taehyung menyuruh Aerwyna berhenti. Gadis itu hanya akur walhal dia belum merasakan penat. Cuma bagi Taehyung yang menganggap ini kali pertama Aerwyna berlatih pasti memikirkan gadis itu sudah kepenatan.

"Rest?" soal Aerwyna dengan mata yang bersinar. Taehyung tersenyum sebelum menggeleng.

"Kita nak belajar cara mempertahankan diri pula" ujar Taehyung sebelum jejaka itu mengorak langkah ke kawasan yang lebih luas.

"Show me what you got"

Aerwyna menelan liur. Ayat Taehyung itu kedengaran seperti lelaki itu sedang flirt sahaja di pendengaran Aerwyna. Cepat-cepat gadis itu menggeleng laju.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now