03 | fishy

47 9 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Taehyung meluru keluar dari 7e. Telefon masih setia melekap di telinga menunggu orang di sebelah sana mengangkat.

"Yes inspektor?" . Tidak lama kemudian, Cha Hyeonsu, salah seorang anggota yang terlibat dalam pencarian suspek mengangkat.

"Check email. Aku nak kau trace nombor tu dan cari lokasi dia" arah Taehyung tegas. Dikerling sedikit ke arah Aerwyna yang baru sahaja tiba di sebelahnya.

"Baik inspektor. Tentang.. CCTV dan dashcam, buat masa ni kami jumpa tiga CCTV tapi hanya satu saja yang berfungsi. Dan dashcam pula.. ada dua yang kami dapat buat masa sekarang" terang Hyeonsu panjang lebar. Anggota mereka telah pun memeriksa jalan yang dilalui oleh suspek sejurus selepas Taehyung memberi arahan.

"Baiklah terima kasih"

"Sama-sama inspektor"

Panggilan dimatikan. Taehyung berpaling menghadap Aerwyna. Mendongak gadis itu dibuatnya akibat ketinggian mereka yang ketara betul bezanya.

"Aku nak kau berhenti kerja dekat sini" ujar Taehyung tenang. Aerwyna sudah melopong mendengar bicara lelaki itu yang sangat selamba. Ewah.. suka hati je arah-arah.

"Hah?? Kenapa pulak? Habis tu kalau saya berhenti, saya nak kerja dekat mana?". Aerwyna mengetap bibir melihat wajah selamba yang Taehyung tayangkan.

"Tak tahu. Tapi kalau nak selamat, berhenti. Suspek bila-bila masa je boleh datang balik. Dan apa yang kami dapat tahu, suspek ada masalah mental jugak. Jadi, tak peliklah kalau suspek datang sini semata-mata nak balas dendam dekat kau"

Mendengar bicara Taehyung membuatkan Aerwyna meneguk liurnya. Seram lah pulak bila dengar. Wajah Taehyung dikerling dan seperti yang diagak, Taehyung sedaya upaya menyorokkan senyuman. Kelakar agaknya wajah Aerwyna.

"Tak boleh ke kalau awak hantar beberapa anggota untuk jaga keselamatan saya?"

"Maaf tak boleh". Aerwyna mencebik mendengar balasan Taehyung.

"Apa jenis polis la awak ni" marah Aerwyna sebelum mendengus geram.

"Jadi macam mana? Resign or pawn life?"

Soalan Taehyung ibarat bertanyakan soal hidup dan mati. Kalau dia lepaskan kerja ni, macam mana dia nak sara diri?

"Kalau saya berhenti, saya nak sara diri macam mana...". Perlahan sahaja suara Aerwyna. Namun Taehyung tetap mendengarnya dengan jelas.

"Kerja dengan aku"

"Kerja dengan awak?"

"be my partner"

"Huh?". Aerwyna menyoal kerana kurang jelas. Merah juga mukanya kerana mengingatkan bahawa Taehyung mengajaknya couple.

"Partner kerja" ujar Taehyung apabila menangkap wajah Aerwyna yang merona merah. Perasan sungguh.

"S-saya tahu la partner kerja"

Taehyung tertawa. Sinis benar bunyinya. Tangan diangkat sebelum dihulur pada Aerwyna. Tanpa banyak soal, gadis itu menyambut huluran tangan Taehyung. Saat itu, Aerwyna sah menjadi salah seorang pekerja Taehyung.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now