06 | selfish

44 5 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Awak selalu tidur sini sebab awak tak ada rumah ke?" soal Aerwyna polos. Melihat Taehyung yang terbaring di atas salah sebuah sofa yang berada di dalam balai polis itu menghairankan Aerwyna.

"Ada. Tapi aku jarang balik sana" ujar Taehyung. Malah malam semalam pun mereka hanya bermalam di balai polis itu. Sofa yang menjadi tempat baringan Taehyung itulah tempat tidur Aerwyna malam semalam. Taehyung? Aerwyna sendiri tidak pasti di mana lelaki itu tidur. Namun melihat wajah penat Taehyung yang jelas terpamer meyakinkan Aerwyna bahawa lelaki itu bersengkang mata sepanjang malam.

"You should get some sleep. I'll be back" ujar Aerwyna sebelum berlalu meninggalkan Taehyung. Kemungkinan lelaki itu tidak mendengar kerana sudah lena sepenuhnya.

Aerwyna mengatur langkah menuju ke Hyeonju yang sedang tekun melakukan kerjanya. Kerusi di sebelah Hyeonjun ditarik sebelum dilabuhkan punggungnya. Hyeonjun kelihatan terkejut dengan kehadiran gadis itu.

"Kenapa?" soal Hyeonju pada Aerwyna. Aerwyna menggeleng tanda tiada apa. Dengan ragu-ragu Hyeonju menyambung kerjanya. Belum sempat Aerwyna membuka mulut ingin bertanya, suara garau seseorang mematikan hasratnya.

"You are not allowed to see what we are doing, young lady". Seseorang itu berjalan mendekati Aerwyna sebelum berdiri tegak di hadapan gadis itu. Renungan dinginnya diberikan pada Aerwyna. Aerwyna dengan wajah selamba membalas renungan jejaka itu.

"You're Taehyung's partner, am I right?" soalnya. Aerwyna mengangguk perlahan.

"I'm Min Yoongi. One of Taehyung closest friend. No actually dia ada dua orang je pun kawan rapat". Aerwyna tertawa mendengar. Lelaki itu memandang pelik.

"You understand me?" soalnya. Aerwyna menggulingkan mata ke atas. Pasti lelaki di hadapannya itu anggap dia tidak memahami bahasa yang mereka gunakan.

"Mestilah saya faham. I'm from here"

"Oh- your face doesn't look like you're from here" balas lelaki itu lagi. Hyeonju yang menjadi pemerhati menyambung semula kerjanya selepas mendapat jelingan maut daripada Yoongi. Taehyung dan Yoongi kedua-duanya mempunyai aura yang lebih kurang sama.

"Everyone always tell me the same thing bila jumpa dengan saya. Tak boleh ke jumpa saya puji saya cantik ke.. Ni tak. Pergi tuduh saya dari negara lain pulak" ujar Aerwyna dalam nada merajuk.

"Well, you are pretty tho". Yoongi bersuara dengan selamba. Aerwyna memandang ke arah Yoongi.

"But i'm not interested" sambung Yoongi lagi dan mendapat jelingan menyampah dari Aerwyna. Jejaka itu memberikan senyuman mengejek.

"So, how did you find Taehyung? And how did you managed to make Taehyung care about you?"

"Maksud awak?"

"Taehyung. He never care about others except for himself". Yoongi memberi penerangan. Namun Aerwyna masih lagi keliru.

"Macam mana dia boleh jadi polis kalau dia tak peduli pasal orang lain? He can't be like that" ujar Aerwyna sedikit tidak berpuas hati.

"I told him the exact same thing before. Dan dia kata yang dia bukan bomba untuk selamatkan orang lain. Apa yang dia tahu, kerja dia sebagai polis hanya untuk tangkap penjenayah" terang Yoongi lagi. Aerwyna mendiamkan diri. Sungguh baginya Taehyung benar-benar keras kepala. Dan dia bernekad untuk ubah lelaki itu!

"So, which case are guys solving?" soal Yoongi setelah melihat Aerwyna lama mendiamkan diri.

"Kes pencurian. I'm the victim actually. That turns out to be his partner". Yoongi memahami apabila melihat Aerwyna mengerling sedikit ke arah di mana Taehyung berada walaupun dari tempat yang mereka berdiri itu agak sukar untuk melihat Taehyung yang jauh ke dalam.

"You are the victim?". Yoongi menyoal tidak percaya. Aerwyna balas dengan anggukan. Yoongi menekup mulutnya sebelah tangan.

"You really changed Taehyung. Ini baru sikit. You'll get to know him more after this". Yoongi berbicara sebelum menghadiahkan senyuman sengetnya pada Aerwyna. Aerwyna yang terkebil-kebil itu kemudian ditinggalkan begitu sahaja.

Yoongi mengorak langkah menuju ke arah Taehyung yang masih lagi lena dibuai mimpi. Letih sangat gamaknya.

"Bro bangun". Yoongi mengejut sambil mengoyangkan sedikit bahu Taehyung. Taehyung terpisat-pisat sebelum membuka mata sepenuhnya.

"Pandai ek cari so called 'partner' yang kacukan" ujar Yoongi dengan senyuman mengusiknya itu. Taehyung menjeling Yoongi dengan malas. Perlahan-lahan jejaka itu membangunkan tubuh dari pembaringan. Aerwyna yang baru melangkah masuk memandang Taehyung lama. Pandangan gadis itu membuatkan Taehyung menjadi seram sejuk.

"Kau nak apa?". Taehyung menyoal Yoongi dengan suara seraknya sebelum menguap. Ngantuknya masih terasa. Nasiblah dia bukan jenis melenting sekiranya tidur diganggu.

"Aku nak cakap pasal kes kau. Tapi.. nampak macam kau terlalu penat. Besok je lah". Yoongi bersuara sebelum melangkah keluar. Taehyung terkebil-kebil memandang Yoongi sebelum pandangannya teralih pada Aerwyna yang setia berdiri kaku di tempatnya.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?" soal Taehyung. Aerwyna menggeleng kecil. Taehyung kemudian membaringkan tubuhnya dan sambung tidur.

Aerwyna mengeluh perlahan.



"Dah puas tidur?". Yoongi menyoal saat terlihat figura Taehyung yang menuju ke arah mejanya. Mata Taehyung melilau ke serata arah tanpa mempedulikan sapaan 'selamat pagi' dari Yoongi.

"Cari Aerwyna ke? Dia turun pergi beli dekat vending machine" terang Yoongi seperti sudah mengetahui sesuatu yang Taehyung tercari-cari dari tadi.

"Oh"

Itu sahaja yang dibalas oleh lelaki itu. Wajah yang masih mamai itu ditenung oleh Yoongi. Rambut kusut masai Taehyung setiap kali bangun pagi adalah salah satu perkara yang membuatkan Taehyung kelihatan sungguh kelakar bagi Yoongi.

"Dude your hair. Nampak macam tak mandi setahun. Go and clean yourself first before masuk kerja" ujar Yoongi sekali gus memberi arahan. Ada tawa kecil yang terselit dalam ayatnya.

"Aku nak jumpa Aerwyna dulu". Taehyung berdiri tegak sambil menggosok belakang kepalanya. Yoongi kemudian melihat Taehyung dari atas hingga ke bawah.

"With this appearance? Forget it bro. Pergi mandi! Aerwyna pun akan gelakkan kau. Berterima kasih lah dekat kawan baik kau yang sorang ni". Taehyung menunduk melihat dirinya sebelum kembali memandang Yoongi.

"What about my appearance?" soal Taehyung polos. Yoongi menggelengkan kepalanya perlahan.

"You need to learn more about fashion". Yoongi kemudian kembali menyambung kerjanya. Membiarkan sahaja Taehyung yang masih lagi bingung.

Yoongi sudah benar-benar masak dengan perangai Taehyung yang berubah-ubah. Selepas bangun tidur atau dalam keadaan mamai, lelaki itu akan bertukar menjadi seorang lelaki dungu. Tetapi selepas segar, segala sel-sel otak kembali berhubung. Dan Taehyung akan bertukar menjadi lelaki yang berfikiran bijak dan sistematik.

Tanpa membuang masa, Taehyung menuju ke toilet untuk membersihkan dirinya. Diikut sahaja arahan Yoongi walaupun dia merasakan bahawa dirinya tiada apa yang kurang. Okay sahaja.

Okay ya Inspector Kim?

tbc

sorry lambat update

MATE | KTHWhere stories live. Discover now