01 | handcuffs

47 8 1
                                    


-MATE-

🤍  🤍

Aerwyna ralit memerhati Taehyung yang sedang berbicara di telefon. Jauh sedikit dari tempatnya berada ketika itu. Yela perbualan polis mana boleh dengar.

Sebaik sahaja Taehyung kembali mendekati cashier. Aerwyna menegakkan tubuhnya sebelum mempamerkan senyumannya pada Taehyung. Taehyung mengerutkan kening. Betul-betul murah dengan senyuman budak ni.

"Ohh.. jadinya, awak pun polis la ye? Kenapa awak tak tangkap je si bengap tu tadi?" soal Aerwyna. Taehyung masih kekal berwajah tanpa reaksi.

"Aku dah arahkan anggota aku untuk sekat jalan. Jadi dia takkan boleh keluar dari kawasan ni. Dan aku tak tangkap dia tadi sebab aku taknak kotorkan tangan aku dan bazirkan tenaga aku" balas Taehyung tenang. Beberapa keping duit dikeluarkan sebelum dihulur pada Aerwyna. Aerwyna menyambut tanpa banyak soal.

"Betul ke awak ni pegawai polis? Macam pelik je. Ada ke polis bagi alasan macam ni sebab taknak tangkap penjenayah?" ujar Aerwyna lagi. Tidak percaya ada jugak jenis polis perangai yang begini.

"Risiko. Kita tak tahu, mungkin dia bawa senjata dengan dia. Yang engkau ni, jangan nak berani sangat boleh? Tak perlu nak melawan kalau orang tak kenal cari pasal dengan kau. Kalau dah kena culik tadi, menyusahkan aku je nak kena selamatkan kau. Lelaki tadi tu bukannya betul". Kali ini Taehyung pula yang membebel. Terkedu Aerwyna mendengarnya kerana rasa janggal apabila Taehyung bercakap banyak begitu.

"Tapi dia mainkan maruah saya! Mana boleh macam tu!". Aerwyna mendengus geram.

"Apa-apa je lah. Kau belum jawab lagi soalan aku, Kim Aerwyna?". Sempat Aerwyna menangkap mata Taehyung yang sedang memandang ke arah nametagnya.

"Soalan? Soalan apa?". Aerwyna menyoal bingung.

"Kenapa kau takut polis datang? Kau ada buat jenayah juga ke?". Taehyung mengulang soalannya dengan malas. Banyak lagi kerja yang dia perlu selesaikan. Namun entah mengapa berbual dengan Aerwyna membuatkan fikirannya sedikit tenang. Tidak seperti selalu yang sentiasa memikirkan hal kerja tanpa henti.

"Ya saya ada buat jenayah. Saya tak mungkin dapat undur balik segala yang telah berlaku. Semuanya berlaku dengan sangat pantas" ujar Aerwyna sambil menundukkan kepalanya. Taehyung yang mendengar lantas mengeluarkan gari dari poket seluarnya.

Aerwyna yang melihat mula meneguk air liurnya. Menyesal lah pulak cakap begitu.

"Eh! Awak taknak tanya ke jenayah apa yang saya dah buat?". Taehyung mengecilkan mata memandang tepat anak mata Aerwyna. Melihat mata gadis itu yang membuntang akibat gelisah mengundang senyuman sinis di bibirnya. Nak main-main dengan aku lagi..

"Bincang dekat balai". Taehyung berura-ura untuk menggari tangan Aerwyna. Namun gadis itu pantas menahan dengan bersuara. Naya kalau bossnya tahu pekerjanya pergi ke balai malam-malam buta begini.

"Taknak! Saya nak cakap dekat sini jugak. Jenayah yang saya dah buat ialah.. saya dah curi hati inspektor! hehehehehehe". Tersengih Aerwyna dengan gurauannya yang dianggap kelakar itu.

Tapi langsung tak kelakar!

Taehyung menayang wajah dingin. Kedua tangan Aerwyna dalam genggamannya itu disatukan sebelum pantas tangannya membuat kerja dengan menggari Aerwyna.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now