12 | ramyeon meog-eullae?

34 2 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Cuba lah jadi anak yang mendengar kata! Kenapa susah sangat ni?!" jerkahan seorang wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an bergema di ruangan hospital itu. Semua mata terarah pada Aerwyna yang menunduk sayu. Sekali sekala mata berair gadis itu mengerling ke arah si bapa yang terlantar di katil hospital.

"Kau memang suka kan tengok bapa kau terbaring lemah macam ni? Suka?!". Air mata yang bertakung mula mengalir perlahan. Langsung tiada niat untuk membuat bapanya begitu.

"Tapi Wyna minat kerjaya tu Omma. Susah untuk Wyna berhenti—"

PANG!

"Kurang ajar. Aku tak pernah didik kau untuk jadi anak yang tak mendengar kata macam ni! Sebelum aku pula yang diserang penyakit jantung, lebih baik kau berambus dari sini! Keluar!". Terhijut bahu Aerwyna dengan jerkahan si ibu kandungnya itu. Air mata yang tadi mengalir perlahan mula merembes keluar dengan laju.

Secara drastik gadis itu melutut dan memegang kaki ibunya.

"Omma, jangan buat Wyna macam ni. Tolong. Wyna minta maaf omma!"

"Kalau aku suruh kau berhenti jadi polis dan tinggalkan kerjaya yang kau banggakan sangat tu, kau sanggup?". Tiada balasan dari Aerwyna. Gadis itu terlalu minat dengan kerjayanya. Malah kerjaya itulah cita-citanya dari kecil. Mana mampu untuk dia meninggalkan kerjaya yang diminati itu.

"Baik. Kalau ada apa-apa yang berlaku dalam masa kau jadi polis. Jangan melutut depan kami untuk ambil kau semula! Kau bukan anak kami". Aerwyna memandang wajah ibunya dengan pandangan tidak percaya. Ibu dan bapa jenis apakah yang sanggup membuang anak gadis sendiri semata-mata kerana kerjaya?

"O-omma-"

"Berambus. Jangan tunjuk muka kau depan kami lagi" ujar ibu Aerwyna dengan suara mendatar. Air mata dipipi wanita berumur itu diseka dengan kasar.

"Sebelum Wyna pergi, Wyna nak tahu kenapa omma dengan appa larang keras untuk Wyna bekerja sebagai polis". Aerwyna yang tadi melutut sudah berdiri tegak memandang ibunya. Dengan mata berkaca, si ibu menjawab.

"Disebabkan kerja bodoh tu lah, kau tak dapat jumpa abang kau lagi. Kerja polis ni lah yang meragut nyawa abang kau dulu! Sebab tu kami tak mahu hilang cahaya mata lagi!". Kali ini air mata meluncur lebat dari pipi wanita tua itu. Tidak dapat menahan sebak di dada.

Aerwyna diam sambil menunduk. Dia sedar akan hal itu. Malah masih jelas wajah si abang yang tersenyum di matanya.

"Dan sekarang, omma dengan appa sendiri yang lepaskan satu-satunya cahaya mata omma dan appa. Terima kasih kerana besarkan Wyna. Kalau tiada halangan, Wyna akan balik jumpa omma dengan appa". Aerwyna menundukkan tubuhnya 90 darjah sebagai tanda hormat sebelum berlalu keluar dengan air mata yang laju membasahi wajah mulus itu.

Kalau tiada halangan... Bukan. Wyna tak akan balik jumpa Omma dan Appa lagi sehingga takdir yang menemukan kita semula.



Aerwyna tersentak tatkala bahunya terasa seperti disentuh. Lantas gadis itu memalingkan tubuhnya. Wajah Taehyung menyapa sistem penglihatan gadis itu. Pantas Aerwyna memusing kembali seraya mengesat air matanya yang turun akibat teringat kembali peristiwa lama.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now