32 | epilogue

42 3 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Surprise" bisik Taehyung di telinga Aerwyna. Aerwyna lantas mengalihkan pandangan ke arah Taehyung. Kerutan di dahi jelas menunjukkan gadis itu tertanya-tanya. Taehyung membalas pandangan Aerwyna beserta senyuman trademarknya.

"Apa semua ni Taehyung?" soal Aerwyna tidak mengerti. Taehyung menjungkit sebelah bahu. Mata kembali memandang ke arah Omma Aerwyna yang berdiri pegun tidak jauh dari mereka. Ada air yang bergenang di tubir mata wanita itu.

"Like I said, it's surprise. Pergi lah. Omma awak dah lama tunggu tu" ujar Taehyung ringkas. Bukan masa untuk menerangkan segalanya. Masa ini perlu digunakan oleh Aerwyna dan ommanya dengan sebaiknya.

"You owe me an explanation". Taehyung tersengih sebelum mengangguk. Ditolak sedikit tubuh Aerwyna agar mendekati ommanya.

Aerwyna tidak mampu mengeluarkan kata-kata. Sepatah pun tidak mampu untuk disebut. Rasa tidak percaya. Di depannya kini, berdiri si Ibu yang sudah lama tidak bersua muka dengannya. Terasa seperti mimpi. Rindu yang menggunung tinggi sedikit sebanyak terubat melihat wajah yang begitu lama tidak menjamah penglihatan.

"Wyna.."

Suara yang dirindui Aerwyna akhirnya menghentam sistem pendengaran. Sebak di dada semakin menguasai. Ingin saja dipeluk tubuh itu. Namun ditahan kerana memikirkan bahawa dirinya bukan lagi anak kepada si ibu.

"Am I still your daughter?" soal Aerwyna perlahan. Wanita yang  berusia dalam lingkungan 40-an itu mengalirkan air mata yang deras saat mendengar soalan yang keluar dari mulut anaknya.

"Yes sayang. You always be my daughter". Tubuh Aerwyna ditarik dan didakap erat. Kedua-duanya terus saja menghamburkan tangisan yang tidak dapat ditahan lagi. Jejak kasih mereka hanya diperhatikan oleh Taehyung. Taehyung tersenyum lega. Akhirnya, rancangan lelaki itu untuk menemukan kembali anak dan ibu itu berakhir dengan baik.

Taehyung lah yang bersusah payah mencari dan menjejaki omma kepada gadis kesayangannya itu. Tak la susah sangat memandangkan mencari dan menjejaki memang sebahagian daripada tugasnya sebagai seorang polis. Dah biasa.

Yang susahnya, Taehyung juga berusaha memujuk agar omma Aerwyna meruntuhkan ego dan menerima Aerwyna semula walaupun Taehyung tahu jauh di sudut hati wanita itu, dia juga amat merindui anaknya, Aerwyna dengan sepenuh hati.

"Wyna minta maaf, Omma.. Sekarang Wyna dah berhenti kerja. Wyna dah ikut apa yang Omma nak dulu. Wyna janji Wyna akan dengar segala arahan Omma lepas ni. I promise" ucap Aerwyna bersungguh-sungguh. Tangan Omma yang berada dalam genggaman dipegang erat.Wanita separuh abad itu tersenyum sebelum menggeleng berkali-kali.

"Tak sayang. Omma yang patut minta maaf. Omma tak patut larang anak Omma buat apa yang dia nak. I'm so sorry. I'm a bad mother. Omma rindukan Wyna sangat-sangat". Tubuh Aerwyna sekali lagi dipeluk. Sungguh lama mereka meluahkan rasa masing-masing. Taehyung yang menjadi pemerhati hanya sabar menunggu sehinggalah kedua-dua mereka berpaling ke arah Taehyung.

"Omma kenalkan, ini Kim Taehyung. Dia—"

"Teman lelaki Wyna. Ya sayang, Omma kenal Taehyung". Tersenyum Kim Ae-Ri melihat wajah merah anak perempuannya. Taehyung di sebelah Aerwyna dipandang. Wajah jejaka itu kekal tenang dan kacak seperti kali pertama mereka bersua muka.

"Are you guys on a date? Am I interrupting?" soap Ae-Ri serba salah. Aerwyna pantas menggeleng laju.

"Tak Omma. Mana ada Omma menganggu. Kami okay aje. Kan?" soal Aerwyna pada Taehyung. Taehyung memandang Aerwyna sebelum menjungkitkan bahu ke atas. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan. Aerwyna membulatkan mata pada lelaki itu. Tidak percaya Taehyung bersikap selamba begitu di depan Ommanya. Ae-Ri tergelak melihat gelagat mereka berdua. Si anak ingin menjaga hatinya. Manakala Taehyung pula selamba ikut kepala sendiri.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now