08 | twin brother

48 4 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Taehyung meluru ke arah Aerwyna setelah memulangkan segala barang yang dia pinjam buat berlawan tadi.

"Hebat tak aku?" soal Taehyung penuh bangga dan hanya mendapat jelingan maut daripada Aerwyna. Terus Taehyung mengetap bibir sebelum menunduk ke bawah.

Tiba-tiba lengan Taehyung terasa ditarik. Aerwyna membuka balutan yang Taehyung sengaja balutkan pada buku limanya. Dan tepat jangkaan gadis itu, buku lima Taehyung kini dihiasi dengan luka dan kulit yang tersiat-siat.

Sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki itu sekiranya berlawan pasti buku limanya akan cedera. Walaupun sudah memakai sarung tangan khas peninju, buku lima lelaki itu tetap berdarah kerana tumbukan yang diberikan terlalu padu. Oleh sebab itulah, sekali Taehyung tumbuk memang berpinar terus kepala.

"Hebat huh?" perli Aerwyna.

"Hebat lah. Tak boleh bangun terus lelaki tu aku kerjakan" ujar Taehyung dengan nada tidak berpuas hati. Dia mahukan pujian bukan perlian.

"Do you take this as a joke?". Kali ini nada suara Aerwyna berubah menjadi lebih sirius. Terdiam Taehyung dibuatnya.

"Let's talk about this later" ujar Aerwyna dengan suara yang masih bernada tegang sebelum berjalan melepasi Taehyung menuju ke arah lelaki lelaki berbadan sasa tadi. Hak mereka perlu dituntut.

Lelaki-lelaki berbadan sasa itu mula berdiri tegak melihat figura Taehyung dan Aerwyna mendekati mereka. Lelaki yang berada di tengah-tengah mula bersuara.

"JK. He's not here". Selamba sahaja bunyinya membuatkan Aerwyna mengetap bibir geram. Taehyung di belakang sudah berura untuk mencekak kolar baju lelaki tadi namun pantas dihalang oleh Aerwyna. Malah gadis itu sendiri yang maju ke hadapan sebelum satu tamparan keras mendarat di pipi lelaki yang bersuara tadi.

Kuat tak kuat la, terteleng juga kepala lelaki tu dibuatnya. Taehyung di belakang sudah terkedu melihat aksi yang baru sahaja berlaku di depan mata.

"You see. Kami tak ada masa nak bergurau senda di pagi hari. Just tell us where is him" ujar Aerwyna tenang. Namun nadanya berbunyi keras sahaja.

Taehyung di belakang sudah mengepal penumbuknya. Tunggu masa sahaja untuk didaratkan pada wajah-wajah di hadapannya itu.

Lelaki yang baru sahaja merima tamparan padu dari Aerwyna itu tersenyum sinis sebelah wajahnya bertukar sirius. Belum sempat mereka berbuat apa-apa, sepucuk pistol kelihatan dihalakan betul-betul di kepala lelaki tadi.

Taehyung dan Aerwyna turut terkejut melihat pistol dan orang yang tiba-tiba sahaja muncul di waktu-waktu genting itu.

"Thanks me later" ujar Yoongi bersama senyuman senget di bibirnya. Juga terdapat beberapa orang anggota yang dibawa oleh lelaki itu dalam proses menyerbu tempat itu. Ke semua lelaki berbadan sasa itu satu per satu sudah digari tangan mereka.

Taehyung tersenyum kecil kepada Yoongi begitu juga dengan Aerwyna.

Tanpa membuang masa, Taehyung medahului langkah mereka masuk ke dalam sebuah bilik. Bilik itu yang menarik perhatian Taehyung dari tadi kerana hanya bilik itu sahaja yang dikawal oleh ramai pengawal dari luar.

MATE | KTHWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu