28 | his story

28 2 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Tanpa sedar, sudah hampir seminggu Taehyung ditahan di dalam wad. Kadang kala, Aerwyna turut berasa tertekan kerana kedegilan Taehyung yang asyik ingin pulang ke rumah. Nasib baik lah gadis itu memahami perasaan duduk di hospital yang sememangnya sukar untuk digemari orang dewasa mahupun kanak-kanak.

"Aerwyna.. saya nak balik.. Bila saya boleh keluar daripada hospital ni? Saya dah sembuh dah laa..". Rengek Taehyung seperti budak kecil tidak dapat gula-gula. Aerwyna menggaru kepala yang tidak gatal. Dia sudah mulakan balik perangai ngada-ngadanya itu.

Ya, selepas selesai masalah yang melanda mereka, Taehyung mula menggunakan panggilan yang lebih lembut pada Aerwyna. Tiada lagi aku, kau. Yang ada cuma, awak dan saya. Tak disangka-sangka Inspektor Kim Taehyung yang dingin dan keras kepala telah berubah menjadi seorang yang romantik dan tenang.

"Kan pagi tadi doktor dah kata besok awak boleh keluar hospital. Tak boleh sabar sikit ke?". Aerwyna mengambil tempat di sebelah Taehyung. Ketika ini mereka berdua sedang berada di taman mini hospital. Taehyung yang request katanya nak ambil udara segar. Udara dalam hospital menyesakkan dengan bau ubat-ubatan.

"Tak boleh ke balik sekarang?" soal Taehyung lagi. Bibir dicebikkan kepada Aerwyna mengharapkan gadis itu memikirkan satu rancangan untuk melarikannya dari hospital itu.

"Tidak inspektor Taehyung. Awak belum boleh keluar daripada hospital. Kalau awak degil saya bagitahu doktor supaya jangan benarkan awak keluar dari hospital ni. Biar awak duduk sini sampai bila-bila. Awak nak macam tu?".

Laju Taehyung menggeleng. Wajah cemberut dipamerkan. Satu perkara yang membuatkan Aerwyna suka mengusik Taehyung sejak kebelakangan ini adalah kerana jejaka itu berperangai seperti budak-budak. Mungkin kerana tahu bahawa perhatian Aerwyna sepenuhnya tertumpu padanya.

"Kalau macam tu, bersabar sikit ya sayang"

"Ya lah.. Yoongi ada cakap apa-apa pasal Jade?" soal Taehyung pada Aerwyna. Aerwyna mengangguk mengiyakan.

"Yoongi kata Jade masih menafikan. Siap cuba nak panggil peguam lagi tu. Tapi tak ada sorang pun yang nak terima kes dia. Padan muka! Padahal dah terang-terang bersalah. Masih lagi nak pertahankan diri. Huh.." bebelan Aerwyna mengundang tawa kecil Taehyung. Taehyung tidak begitu risau kerana jejaka itu yakin kemenangan berada di pihak mereka. Melihat kepada bukti-bukti yang dikumpul sudah cukup meyakinkan.

"Awak jangan la risau.. Saya akan pastikan dia tertangkap. Itu janji saya pada awak" ujarnya. Aerwyna tersenyum dan mengangguk. Seketika suasana sunyi antara mereka membuatkan Aerwyna teringat akan sesuatu.

"Oh ya! Saya terlupa nak tanya awak satu perkara. Tentang ayah Jade. Apa yang awak buat dengan orang tua tu? Sampai sekarang tak dengar khabar berita tentang dia". Taehyung menggumam seketika. Sebenarnya jejaka itu dalam dilema sama ada patut atau tidak dia memberitahu pada Aerwyna. Takut gadis itu tidak bersetuju dengan caranya itu. Memandangkan bapa Jade itu sudah dikategorikan sebagai warga emas.

"Err.. Sebenarnya, saya cederakan kaki kanan dia. Eh bukan saya, tapi Jungkook. Urm.. atas arahan saya". Kenyataan yang baru saja Taehyung berikan tadi mengundang kerutan di dahi Aerwyna. Jelas gadis itu bingung mendengar. Bagaimana Jungkook boleh wujud dalam cerita mereka ini?

"Jungkook?"

"Ya, Jungkook. Saya dapat tahu tentang rancangan orang tua tu yang nak bunuh saya tanpa saya sedar. Dia upah Jeon Soo Jin untuk masuk secara senyap dan tembak saya. Lepas saya dapat tahu tentang rancangan tu, terus saya minta tolong Jungkook untuk menyamar sebagai Soo Jin. As expected, orang tua tu langsung tak jangka. Nampak sangat lah dia tak kenal Soo Jin sebenarnya. Kalau dia kenal mesti dia dah cam yang masuk tu Jungkook dan bukannya Soo Jin" terang Taehyung panjang lebar. Aerwyna yang mendengar berasa sungguh kagum dengan kebijaksaan Taehyung itu.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now