22 | down moment

47 4 1
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

"Abang!". Suara teriakan seorang kanak-kanak perempuan menghentam sistem pendengaran Taehyung. Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu tercari-cari dari mana arah datangnya suara nyaring itu.

"Yeona?! Yeona dekat mana?!"

"Abang, tolong Yeona..". Semakin lama.. suara yang memanggil berubah menjadi sayu dan mendayu-dayu. Hal itu juga membuatkan hati kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu meronta. Tidak tahu apa yang patut dilakukan. Situasi itu amat sukar untuk ditelan oleh kanak-kanak sepertinya. Lebih-lebih lagi tanpa bantuan ibu bapa di sisi.

"Y-Yeona.. abang minta maaf" ucap Taehyung dalam tidurnya.

Sekelip mata, suasana gelap yang mengisi ruangan mata kini berubah. Gambaran kediaman Taehyung kini terpapar di dalam mimpi lelaki itu sendiri. Mengapa? Ke manakah mimpi ngeri yang sentiasa mengganggu tidurnya itu? Mengapa mimpinya memberi gambaran rumahnya sendiri?

"Taehyung.. tolong saya"

Sepantas kilat Taehyung mencelikkan matanya. Peluh renik mula membasahi dahi. Mata yang basah dengan air mata dilap.

Laju sahaja tangan milik jejaka itu mencapai telefon. Nombor Aerwyna didail. Hatinya tidak keruan tatkala suara milik gadis kesayangannya itu seperti meminta tolong di dalam mimpinya.

Kaki panjang milik jejaka itu kini berlari selaju mungkin keluar daripada pejabatnya. Panggilan Chief Inspektor yang kebetulan lalu dihadapan bilik pejabat Taehyung turut diabaikannya. Berkerut dahi Yoongi melihat perangai pelik sahabatnya.

"Taehyung! Yah!" panggil Yoongi. Kepala ditoleh bagi melihat wajah Chief Inspektor yang jelas turut menunjukkan reaksi bingung.

"Kenapa tu? Jarang-jarang Inskpektor Kim abaikan saya" ujar Chief Inspektor. Yoongi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Something is off with him. Please send some of our members to follow him" arah Chief Inspektor tegas sebelum membawa langkah menuju ke lif. Yoongi menerima arahan dengan hati yang terbuka kerana dia juga baru sahaja memikirkan hal yang sama.

Tanpa membuang masa, beberapa anggota yang memang berkhidmat di bawah Taehyung diarah untuk mengikut Inspektor mereka.



Stereng digenggam kuat. Jantung yang seperti memahami situasi yang melanda bertindak berdegup dengan sangat laju. Dalam hati tidak henti-henti berharap agar tiada perkara buruk yang terjadi pada Aerwyna.

"God please!". Melihat kereta yang memenuhi jalan raya membuatkan hatinya yang sedia berdegup kencang menjadi panas membara.

Stereng yang digenggam kuat itu kemudiannya dipukul dengan kuat. Kasihan stereng yang terang-terang tidak bersalah menjadi tempat untuk Taehyung melampiaskan amarahnya.

Dengan kuasanya sebagai seorang pegawai polis, siren polis dihidupkan. Automatik kereta Taehyung berbunyi dengan kuat sekali gus berjaya membuat setiap kereta yang berada di atas jalan memberi laluan kepadanya.

Tiada niat hendak mengambil kesempatan atas kuasa yang dimiliki. Keadaan yang terlalu memaksa.

Setelah kereta Taehyung berjaya melepasi kawasan yang begitu sesak, akhirnya jejaka itu berjaya memecut menuju ke rumahnya. Tujuannya hanya satu. Ingin memastikan Aerwyna selamat.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now