21 | possessiveness

34 3 0
                                    


-MATE-

✧༺🤍༻∞  ∞༺🤍༻✧

Taehyung mencelikkan mata perlahan sebelum menutupnya kembali bagi menghilangkan kabur. Jam yang terlilit elok di pergelangan tangan dikerling seketika. Nampaknya dia sudah melelapkan mata selama 3 jam. Boleh tahan lama juga tu.

Taehyung membangunkan tubuh sebelum menggosok-gosok mata. Mata diliarkan ke serata arah bagi mencari susuk tubuh seseorang. Taehyung menguap seketika sebelum membawa diri keluar dari biliknya.

"Hah bangun dah? Sekejapnya kau tidur" ujar Yoongi yang sedang membawa beberapa helai kertas bersamanya. Taehyung yang berasa ingin tahu mula menjengukkan kepala untuk melihat isi kandungan kertas di tangan Yoongi itu.

"Apa tu? Kes baru ke?"

"Kes baru apanya. Kes yang sekarang ni pun belum selesai lagi. Kau ingat Chief Inspector nak bagi kita kes baru ke? Mimpi laa". Taehyung menjuihkan bibir. Bila difikirkan balik, betul juga apa yang dikatakan oleh Yoongi itu.

"Cari Aerwyna ke? Dia baru je turun tadi. Dari tadi dia duduk dalam bilik kau"

"Dalam bilik aku? Buat apa?"

"Teman kau tidur"

Taehyung tergamam. Adakah dia mendapat tidur yang nyenyak kerana Aerwyna berada berhampiran dengannya? Ajaib.



Taehyung dari jauh sudah memandang Aerwyna dan Jade yang sedang berbual mesra di lobby balai. Senyuman yang diukir oleh Jade pada Aerwyna membuatkan jiwanya memberontak. Ingin sahaja diluku kepala si Jade tuh!

Aerwyna yang menangkap figura Taehyung semakin mendekati mereka melambaikan tangannya. Kini Taehyung sudah berada di sebelah gadis itu. Namun, matanya masih mencerlung tajam wajah Jade yang sudah terkebil-kebil itu.

Jade terlebih dahulu menunduk hormat pada Taehyung memandangkan lelaki itu merupakan inspektor yang berpangkat lebih tinggi darinya. Taehyung menyeluk kedua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Kenapa tak tunggu aku?". Taehyung menyoal Aerwyna.

"Saya tak nak kacau awak tidur" balas Aerwyna tenang. Walhal jantungnya sudah tidak keruan melihat wajah mamai Taehyung yang sungguh comel itu. Dengan rambut yang agak messy dipadankan dengan seluar slack dan tshirt putih.

Terlebih santai kan inspektor Kim ni? Padahal dekat tempat kerja tuh... Ish ish..

"Kami nak pergi lunch ni. Awak ada nak makan apa-apa tak?". Aerwyna menyoal Taehyung. Lelaki itu hanya mengangguk sebelum kembali memandang Jade.

"Aku lapar. Jom" ujar Taehyung sebelum memulakan langkahnya. Aerwyna dan Jade terkebil-kebil memandang Taehyung yang sudah berada di hadapan.

"Dia.. ikut kita?" soal Jade pada gadis di sebelahnya. Aerwyna menjungkit bahu sebelum lambat-lambat kembali memandang Taehyung.

"Aku dengar". Taehyung yang berada tidak jauh dari mereka bersuara. Jade dikerling sekilas sebelum langkah diteruskan lagi. Walaupun hatinya cukup tidak suka melihat Aerwyna bersama Jade, namun digagahkan jua untuk cuba mengawal diri daripada terlalu menunjuk kecemburuannya.

MATE | KTHWhere stories live. Discover now