"Bukan tak boleh Wa. Saya tak cakap tak boleh. Saya cadangkan kita makan dekat area kampung. Senang nanti kita nak cari tomyam tu. Kat tengah-tengah jalan ni susah nak cari sayang oi," Aakiff cuba memujuk. Namun Adwa sekadar menjuihkan bibir tidak membalas. Dia kemudian mencapai bungkusan keropok yang dibawanya tadi. Plastik keropok itu dikoyak kasar. Geram. Aakiff mengerling melalui ekor mata.

Setelah menghabiskan satu plastik keropok, Adwa akhirnya tertidur. Aakiff memberhentikan keretanya dia tepi jalan seketika. Tangannya laju menaip sesuatu pada skrin telefon.

Tomyam near me.

Aakiff menarik nafas lega apabila melihat ada sebuah kedai yang menjual makanan masakan panas seperti tomyam tidak jauh dari mereka. Aakiff terus memandu kereta menuju ke lokasi kedai makan itu.

Tiba di kedai makan itu, Aakiff mengejutkan Adwa.

"Wa," pipi Adwa ditepuk lembut. Terpisat-pisat Adwa bangun. Mata digosok.

"Dah sampai ke?" soalnya pandang sekeliling. Tak nampak macam kawasan rumah uminya.

"Kita makan dulu," Aakiff berkata sebelum menanggalkan tali pinggang keledar yang dipakai oleh Adwa.

Keluar daripada kereta, mata Adwa terus bersinar apabila melihat kedai makan masakan panas di hadapannya. Dia sengih lebar dan melangkah ke arah Aakiff. Dengan selamba dia memeluk pinggang Aakiff.

"Thankyouuu so muchh. I love you," ujar Adwa teruja dan terus melangkah masuk ke kedai makan itu dengan hati yang senang.

Aakiff pula berdiri di tempat yang sama. Tangannya ke dada yang mana jantungnya berdegup laju dengan perbuatan tak diduga Adwa.

"Nak aku sakit jantung agaknya," Aakiff mengguman perlahan.

MELIHAT ADWA BERSELERA makan, Aakiff mengulum senyum. Orang kata kalau nak happykan perempuan, bagi saja makanan. Pasti wanita itu akan gembira dan senang hati.

"Sedap tak?" Aakiff bertanya lembut.

"Sedap gila. Jarang tau nak jumpa tomyan yang pekat dan cukup rasa macam ni," Adwa memuji bersungguh-sungguh.

"Ini bukan free tau," Aakiff berkata serius. Adwa angkat kening.

"Upah dia, awak kena panggil saya abang," Aakiff mengusik.

"Okay," Adwa membalas selamba. Aakiff kelihatan sedikit terkejut. Tidak menyangka Adwa akan setuju selaju itu.

"Betul ni?" Aakiff bertanya untuk kepastian.

Adwa mengangguk pasti. Melihat wajah Aakiff yang masih ragu-ragu itu Adwa faham mengapa.

"Sebelum ni pun Wa memang bahasakan abang. Cuma Wa takut abang tak selesa kalau Wa panggil abang macam tu sebab tu Wa bahasakan nama semula," jelas Adwa. Aakiff merenung lama Adwa. Dia diserang perasaan terharu. Entah kenapa tiba-tiba perasaannya pada Adwa makin menggunung.

Tangan Adwa dipaut. Jari jemari isterinya itu diletakkan ke bibirnya lama.

"Thankyou sebab bersabar dengan abang Wa. I love you so much Wa. I will try my best to gain our memories together back," Aakiff berjanji.

"Kalau abang tak ingat sekalipun, I'm fine abang, yang penting abang dengan Wa selalu. I'm your abang,. Always and forever," ujar Adwa seikhlas hati.

Hati Aakiff makin tersentuh. Perkataan 'always dan forever' itu bagaikan satu kalimat penting baginya. Kalimat yang telah dilupakannya. Aakiff mengenggam erat tangan Adwa. Sebagai tanda terima kasih dia pada Adwa.

KEPULANGAN AAKIFF DAN ADWA ke kampung di sambut mesra oleh Puan Shilla dan Encik Sulaiman. Adwa memeluk erat ummi dan abahnya itu. Manakala Aakiff pula kelihatan segan. Rasa bersalah kerana tidak ingat dua insan yang penting dalam hidupnya itu.

"Kiff, buat apa tercegat dekat situ. Jom naik," Puan Shilla mempelawa mesra. Encik Sulaiman terus memaut bahu menantunya itu dan menarik Aakiff naik ke atas. Sebaik saja Aakiff hilang ke dalam rumah bersama Abahnya, Adwa pandang Umminya.

"He still the same ummi. Aakiff masih Aakiff yang sama," ujar Adwa dengan senyuman. Puan Shilla mengangguk.

"Ummi tahu. Ummi tengok Aakiff pun Ummi yakin, Akiff memang lelaki yang baik. Hati dia hanya untuk kakak," kata Puan Shilla.

Melangkah naik, Puan Shilla terus mempelawa anak menantunya makan.

"Hari ni ummi masak makanan feveret kamu berdua. Ikan masak tempoyak,"

Mata Adwa dan Aakiff terus bersinar. Mereka terus melangkah ke dapur. Duduk di meja. Makanan dihidangkan. Namun baru sesuap Adwa menjamah gulai tempoyak masakan umminya itu, Adwa rasa loya. Wajahnya berkerut.

"Kenapa?" Puan Shilla bertanya.

"Kakak rasa sebab kakak dah makan banyak sangat ummi. Jadi muak," balas Adwa. Dia betul betul tak boleh sumbat makanan di hadapannya itu ke dalam mulut. Terus loya. Kening Aakiff bertaut.

"Selalu kalau dah kenyang, kakak makan je," Encik Sulaiman menyampuk. Adwa gosok perutnya.

"Malam nanti kakak makan," kata Adwa.

USAI mandi, Adwa merebahkan badannya ke katil. Penat. Sekarang badannya memang cepat lesu. Aakiff duduk di sebelahnya.

"Wa, abang nak tanya sikit boleh?" Aakiff membuka bicara. Adwa memalingkan badannya ke arah Aakiff.

"Tanyalah,"

"Are you pregnant?"

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now