"Aakiff nangis sebab Adwa?" Aakiff kerut dahi.

Puan Suraya angguk kepala.

"Kamu menangis sebab kamu takut  kehilangan dia," kata Puan Suraya. Aakiff kerutkan dahi cuba mengingati memori itu.  Namun kosong.

"Aakiff ingat apa-apa?" Puan Suraya bertanya dengan suara sedikit berharap.

Aakiff menggeleng dengan riak kecewa. Puan Suraya juga kecewa tapi dia tahu Aakiff masih perlukan masa.

"Tak apa nak. Take your time,"

ADWA duduk di atas kerusi dengan lemah.  Telefon dialihkan ke telinga kanan.

"Aakiff macam mana?" Syifa dihujung talian bertanya. Kawannya itu juga sudah maklum dengan keadaan Aakiff.

"Aakiff setakat ni okay lagi. Cuma aku risau sebab aku di mata Aakiff sekarang ni tak ubah seperti orang asing Syifa. Dia tak ingat lansung siapa aku," ujar Adwa dengan nada sedih. Syifa di hujung talian juga turut bersedih atas apa yang sedang menimpa kawan baiknya itu.

"Jangan risau Wa. Aku yakin Aakiff akan dapat balik ingatan dia. Yang penting sekarang kau yang kena kuat. Jangan stress-stress okay. Kalau kau rasa nak luahkan apa-apa. Kau call je aku, " Syifa memberi kata semangat. Adwa mengulum senyum. Selain keluarga dia, Syifa dan Mawarlah yang selalu menjadi tunjang belakang dia.

"Thanks Syifa. Bila kau balik?" Adwa mengalihkan topik. Cukuplah dia bersedih untuk seketika.

"Aku ada setengah tahun lagi kat sini. Asal? Kau dah rindu aku ke?" Syifa mengusik. Adwa dapat menghidu sengihan Syifa dari jauh.

"Mestilah rindu," Adwa berterus terang. Mereka berborak untuk 15 minute lagi sebelum masing masing menamatkan panggilan.

SELESAI KERJA, Adwa terus memandu ke rumah. Tiba di rumah mertuanya, dia disambut mesra oleh bapa dan ibu mertuanya yang sedang bersembang di gazebo rumah.

"Aakiff mana ma?" Adwa bertanya.

"Tadi dia keluar ronda ronda kawasan taman. Dah lama dah. Nanti balik lah dia tu,"

Adwa angguk sebelum meminta diri untuk naik.

Puan Suraya pandang suaminya dengan pandangan sayu.

"Saya kesian dekat Adwa tu bang. Aakiff lansung tak ingat tentang dia. Kalau saya ditempat dia bang. Saya tak kuat," Puan Suraya bersuara kepada suaminya. Encik Abdullah bersandar di kerusi dengan keluhan berat.

"Saya faham. Tapi sekarang kita pun tak boleh buat apa-apa.  Bukan salah Aakiff bukan juga salah Adwa. Abang rasa Aakiff pun mesti kecewa sebab dia tak dapat ingat Adwa. Aakiff mungkin lupa Adwa. Tapi hati dia mungkin masih kenal isterinya sendiri," balas Encik Abdullah pula.

"Saya pun harap begitulah bang."

****
TEPAT JAM 10.25malam, Adwa yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik mengerutkan dahi apabila Aakiff mengeluarkan comforter daripada almari. Adwa terus mendekati Aakiff.

"Nak buat apa dengan comforter ni?" Adwa menyoal membuatkan Aakiff sedikit terkejut memandangkan Adwa muncul tiba-tiba.

"Untuk tidur," Aakiff menjawab kekok.

Hati Adwa terpempan mendengar jawapan Aakiff. Aakiff tidak mahu lagi tidur sekatil dengannya. Kenyataan yang pahit itu cuba ditelan walaupun sukar. Adwa terus menyembunyikan perasaan kecewanya.

Adwa tarik comforter lembut itu daripada Aakiff.

"Tak apa. Awak tidur atas katil. Biar saya tidur kat bawah. Lagipun awak baru keluar daripada hospital. Tak elok tidur kat atas lantai,"kata Adwa sambil menghamparkan comforter itu atas lantai di sebelah katil. Air matanya hampir saja tumpah. Kolam matanya mula panas.

"Wa."

"Betul ni. Awak tidur atas katil. Biar saya tidur kat bawah. Lagipun doktor bagitahu awak kena banyak rest" Adwa menahan sedaya upaya untuk tidak menumpahkan air matanya ketika itu. Akan tetapi Aakiff tetap dapat menghidu getaran suara Adwa itu.

Aakiff terus mendekati Adwa.

"Adwa," Aakiff panggil. Namun Adwa tidak menoleh ke arah Aakiff. Dia terus menyibukkan diri membaiki comforter yang telah ditebar ke atas lantai.

"Wa," Aakiff panggil lagi. Ketika itu satu esakan kecil terlepas dari bibir Adwa. Cepat cepat Adwa kesat mata. Masih degil tidak mahu pandang Aakiff.

"Emm- saya ke toilet dulu. Nak gosok gigi," Adwa cepat cepat ingin melangkah. Namun tindakan Aakiff lebih laju, lengan Adwa dipaut dan ditarik lembut.

"Wa,"

Adwa menunduk sebelum perlahan-lahan mendongak. Merah matanya mengundang perasaan kurang senang dalam hati Aakiff. Ibaratkan hatinya disiat oleh pisau. Adwa kembali menunduk.

"I'm sorry. I thought I was strong enough. I'm sorry," Adwa berkata sambil menunduk. Aakiff mengetap gigi. Baginya ketika itu, wanita dihadapannya ini lansung tidak dia kenal. Hanya sekadar orang asing. Tetapi hatinya bagaikan mendorong dia untuk memeluk tubuh kecil waita di hadapannya itu. Wanita yang juga merupakan isterinya. Isteri yang dia lupakan.

"No. I'm sorry. Saya keluarkan comforter tu sebab saya takut awak tak selesa. I mean, I forgot you. So saya fikir awak akan rasa tak selesa dengan saya," kata Aakiff menjelaskan. Adwa tarik nafas dalam-dalam sebelum dia pandang Aakiff. Anak matanya tepat memandang Aakiff.

"You don't have to apologise too. Kita dah setuju nak mula sebagai kawan. Saya sepatutnya lebih faham keadaan awak. Aakiff, kalau ada benda yang awak rasa tak selesa dengan saya, please tell me," kata Adwa akhirnya mengumpul kekuatan.

Aakiff membuka mulut untuk berkata sesuatu tetapi Adwa terlebih dahulu bersuara.

"From now on, sehingga awak selesa dengan saya. Saya akan tidur atas sofa ataupun atas comforter ni. I will try to win my right beside you back. Slowly but surely. I hope,," perlahan sahaja ayat terakhir itu diungkapkan.

Aakiff kehilangan kata-kata. Dia jelas tersentuh tapi juga sedikit kecewa. Dirinya sendiri merasakan kosong apabila Adwa berkata dia akan tidur di atas sofa.

Malam itu, Aakiff berbaring memandang Adwa yang tidur di atas sofa. Walapun dia berkeras untuk tidur di atas sofa akan tetapi Adwa tetap berdegil.

"I have never felt uncomfortable with you Adwa in fact I felt more comfortable with you eventhough I could not remember you,"

Dengan itu Aakiff Muhammad terus lena.

🌺Please Don't forget to Vote & Comment🌺

Thankyou

Enjoy!

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now