Bab 55: 𝐛𝐞𝐜𝐚𝐮𝐬𝐞 𝐨𝐟 𝐳𝐚𝐲𝐧

2.4K 226 34
                                    

"HEIDI?" Sinis suara Malik saat menyebutnya. Hujung pisaunya diketuk-ketuk pada dahi sendiri. "Suami hero kau itu?" tanya Malik lagi. Namun, ada nada dendam dalam suaranya.

"Kenapa? Kau takut dia pun berkomplot dengan aku?"

Aku tak menjawab. Tapi dalam hati, aku tetap berharap Malik menidakkan tekaan itu.

"Jangan risau. Walaupun aku sangat berharap suami kau itu sekepala dengan aku, tapi dia pilih nak jadi hero idaman Malaya. Kalau tak, dah lama aku jadi lebih kaya-raya daripada ini."

Dalam diam, aku menghela nafas lega. Aku tahu, Heidi bukan macam itu. Aku yakin Heidi ikhlas dengan aku dan hubungan kami. Aku percayakan Heidi.

"Tapi, kau jangan bahagia sangat. Sebab aku akan pastikan kebahagiaan korang terhenti macam mana korang rampas Hamidi Trading daripada aku."

"Rampas daripada kau? Syarikat itu syarikat abah aku! Yang abah aku bangunkan selama tiga puluh tahun!" Suara aku turut menaik kepada Malik.

"Kau tahu tak, kenapa aku pilih nak bunuh kau hari ini?" Suara Malik tiba-tiba berubah menyeramkan. Naik segala bulu roma aku saat dia menyebut perkataan 'bunuh' itu. Mudah sahaja dia menyebutnya seolah-olah segalanya satu permainan untuk dia.

"Sebab aku tahu, ini saja peluang yang aku ada sebelum semuanya terlambat. Kau tahu kenapa Heidi ke Brunei? Sebab dia nak tangkap aku. Ingat tak bila aku minta segala nombor akaun itu di pejabat kau hari itu? Sebelum aku ke pejabat kau, aku dapat call dari semua bank luar, dan diorang beritahu aku yang ada orang dapat akses segala data aku di bank sana. Pendek cerita, ada orang dah tahu akaun-akaun itu milik aku."

Aku teruskan mendengar. Masih tak dapat menangkap apa main point Malik.

"Bila kau bagi senarai akaun-akaun itu dan aku tengok kau masih tak tahu siapa pemiliknya, aku tahu dah. Mesti suami kau yang dapat tahu identiti aku tapi dia rahsiakan daripada kau."

Aku tersentak. Betul ke? Heidi sengaja rahsiakan daripada aku? Tapi, kenapa?

"Dan, aku tahu aku kena ambil tindakan. Jadi, aku keluarkan segala duit dalam semua akaun aku, dan aku tukarkan ke satu akaun saja. Di Brunei. Tapi, suami kau itu pula terlalu pandai. Dia tahu segala pergerakan aku, dan sebab itulah dia ke Brunei. Dia nak tengok sendiri yang duit itu dah ada dalam akaun aku."

Malik tersenyum puas. Penuh kemenangan.

"Sebab itulah kau kat sini. Sebab aku nak Heidi tahu yang dia dah silap bermain dengan aku. Dia ingat dia siapa? Takkan ada orang yang boleh jatuhkan aku, walau apa sekalipun. Bila dia balik sini semula, dan tengok mayat kau tersadai atas lantai, masa itu juga aku akan keluarkan semua duit aku di akaun Brunei, dan aku akan larikan diri. Dengan semua duit yang aku lesapkan selama empat tahun di Hamidi Trading."

Suara Malik sangat berpuas hati. Seolah-olah dia dah miliki segalanya. Tiba-tiba, dia mula mengacukan pisaunya ke arah aku semula. Langkah diatur mendekati aku membuat aku spontan mengesot semula untuk mengundur. Takut kembali menjengah.

"Selesai cerita aku. Now, kita terus kepada highlight rancangan aku. Bunuh kau, dan buat Heidi menyesal."

"Malik, no!" Mata aku meluas dan aku menjerit kuat apabila Malik sudah pun menolak tubuh aku sehingga terbaring sementara dia duduk di atas perut aku. Sebelah tangan yang memegang pisau diletakkan di leher aku. Kadangkala ditekannya untuk menakutkan aku.

Aku menggigil takut. Air mata mula menitis di hujung mata sementara Malik tersenyum kemenangan.

"Ya, menangis. Sebab lepas ini, tak ada yang boleh selamatkan kau. Suami kau di negara orang, dan keluarga kau? Aku dah hantar diorang ke hotel. 'Menantu kesayangan' belanja bermalam di hotel. Jadi, kau memang dengan aku aje sekarang."

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now