Bab 3: 𝐚𝐦 𝐢 𝐭𝐡𝐞 𝐯𝐢𝐞𝐰?

2K 232 19
                                    

PERJALANAN yang aku ingatkan akan jadi kekok rupanya tidaklah kekok mana. Kenapa? Sebab aku dan lelaki yang sebut namanya sebagai Heidi ini, dua-dua buat hal sendiri. Aku dalam dunia aku, dan dia dalam dunia dia.

Lepas saja sesi pengenalan penuh ringkas tadi, keadaan terus bertukar hening antara kami. Beberapa minit lepas itu, aku nampak dia keluarkan iPad di sebalik sut kelabu yang tersarung di tubuhnya. Kemudian, dia terus ralit dengan iPad di tangan. Serius. Entah apa yang diuruskannya, aku pun tak tahu.

Aku pula, tak adalah bosan sangat sampai nak menilik anak teruna orang sepanjang masa walaupun aku akui, he's an eye candy. Maka, aku pilih untuk pandang pemandangan di luar. 

Sejak itu, aku pun ralit memandang. Terus lupa pada insan yang menyepi di sebelah aku itu. Pemandangan dari atas ini memang betul-betul cantik. Di bawah, hijau. Di atas, biru. Kadang-kadang, aku nampak garisan air berwarna biru yang panjang berliku. Cantik sangat-sangat.

Sambil mengagumi, sambil itu juga telinga aku disumbat dengan pelbagai jenis informasi daripada Watson. Dia yang menerangkan segalanya-galanya. Apa yang aku nampak, apa yang kami sedang lintasi dan lain-lain. Aku tak banyak tanya, tapi tetap mengangguk dengan segala ilmu yang baru diterima.

"How are you feeling, sir?"

Aku dengar suara Watson bertanya melalui headphone. Baru nak menjawab, terus aku tutup mulut semula. Sir. Maksudnya, soalan itu diajukan kepada lelaki di sebelahku itu. 

Maka, terus aku palingkan kepala ke sisi sementara Heidi terus mengangkat kepalanya dari iPad untuk memandang Watson. Sempat aku menangkap matanya yang mengerling ke arahku sekilas.

"Fine." Sepatah saja dia menjawab sebelum dia pandang semula iPad di tangannya. Khusyuk. Buat kerja agaknya. 

Dan aku pula terus ralit memandang. Kenapa aku rasa side profile dia sangat menarik? Jawline tajam terbentuk, alis melentik, hidung mancung dan dahinya yang kadangkala berkerut itu memang sedap dipandang. Fuh! Ingatkan tengok luar helikopter saja boleh cuci mata. Dalam helikopter pun boleh cuci mata juga.

"Nak iPad saya ke?"

Aku tersentak. Eh, dia cakap dengan aku ke? 

"Apa dia?" Terkebil sesaat. 

"Awak tenung saya macam nak telan. Either you want the iPad or you want me."

Meluas terus mata aku yang mendengar.  Wah, confidence sama tinggi dengan aras helikopter ini terbang. Tak menahan!

"Mana ada saya nak iPad awak."

"So, you want me?" Heidi alihkan pandangan dari skrin iPad di tangannya.

Lagi laju aku menggeleng. "Saya pelik aje." Aku tetap menjawab. Kalau tak jawab, takut lagi  syok sendiri itu nanti.

"Pelik sebab tak pernah tengok lelaki main iPad?"

Nak tergelak aku mendengarnya. Dia ingat aku ini dari zaman paleolitik ke sampai tak pernah tengok iPad? 

"Maksud saya, saya pelik kenapa awak lagi berminat dengan iPad berbanding kat luar sana. Lagi menarik dari skrin yang menyakitkan mata itu." Panjang lebar aku bagi komen, macam dah kenal lama dengan dia.

Heidi senyum lucu. "Dan, awak pilih untuk pandang saya berbanding di luar. Guess I'm much of a view?"

Dush! Rasa kena tumbuk dengan kenyataan yang separuh betul dan separuh syok sendirinya itu. 

"Kan saya dah kata, saya pelik aje." Kali ini, ayatku diiringi satu julingan mata. 

Heidi senyum lucu sekali lagi sebelum tangannya menekan suatu butang di sisi iPad itu. Terus gelap skrin iPad di tangannya. "Saya dah selalu naik. Dah tak surprise."

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now