Bab 35: 𝐢'𝐦 𝐬𝐨𝐫𝐫𝐲, 𝐡𝐞𝐢𝐝𝐢

2.4K 245 28
                                    

A/N: sekadar disclaimer; manis saya sekadar manis bersemut. insyaAllah tak ada unsur lucah yang pelik-pelik. 🥰

Apa pun, happy reading!

"SENYAP-SENYAP sungguhlah cik bos kita ini."

Aku kekal mendiamkan diri. Dah agak dah dengan bunyi-bunyi mengusik yang akan aku dengar ini. Siapa lagi kalau bukan Zayn? Tersengih-sengih memandang aku yang sudah bersedia untuk dibawa ke ruang tamu. Sesi akad nikah.

Nampak tak betapa priviledged si Zayn ini? Dapat tengok pengantin perempuan yang baru lepas bersiap.

"Apa cik bos lagi, abang? Puan bos!" Raihana membetulkan Zayn sebelum mereka sama-sama tergelak.

"Nak aku halau korang berdua dari bilik ini ke?" Aku mula mengugut. Dahlah aku tengah berdebar. Boleh pula nak berseronok-ronok depan aku?

Semuanya terjadi dengan pantas. Akad nikah dijalankan dua minggu selepas aku bersetuju dengan lamaran Heidi. Segalanya diuruskan oleh kedua-dua pihak lelaki dan perempuan.

Bersyukur apabila keluarga Heidi tiada masalah untuk menerima aku. Abah pun nampak bahagia sepanjang proses menguruskan akad nikah yang akan dilangsungkan di rumah kami.

"Dah lama aku tunggu nak tengok jari kau tanpa cincin, Raz." Zayn tiba-tiba serius. Walaupun wajahnya masih ada senyuman.

Aku tunduk merenung jari. Ya, aku dah tanggalkan cincin Adnin. Bersedia nak sarungkan cincin Heidi hari ini. Seperti yang aku janjikan pada Heidi tempoh hari.

"Lepas ini, ada cincin baru juga." Aku buat-buat tak terkesan.

Zayn hanya senyum. "Tak sangka aku, Heidi yang berjaya lembutkan hati kau."

"Yalah. Sebab dah melepas dengan kau. Heidi sajalah yang aku sauk."

Semua ketawa. "Eleh, dah sayang itu, cakap ajelah. Nak malu-malu pula. Dengan kitorang aje pun." Raihana mencucuk-cucuk bahu aku sementara aku terus menepis. Malu. Rasa wajah dah berbahang.

Padahal, mana pernah aku malu alah macam ini depan Raihana dan Zayn. Nasib baik ada mekap yang menutup warna kulit aku.

"Dahlah. Jom turun." Cepat-cepat aku mengajak mereka turun. Malas nak melayan usikan Zayn dengan Raihana. Mentang-mentang giliran diorang dah lepas. Cis!

Sampai sahaja ke ruang tamu, kelihatan semua tetamu sudah bersedia. Abah duduk berhadapan dengan Heidi diikuti ahli keluarga kami berada yang di sekeliling. Tiba-tiba rasa berdebar bila mengingatkan aku akan menjadi hak Heidi dalam beberapa saat sahaja lagi.

Hak Heidi.

Aku hanya menunduk saat akad nikah bermula. Sesi taklimat dan nasihat-menasihati diiringi bunyi kamera beberapa kali dari jurugambar yang diupah. Suara abah mula kedengaran untuk menyerahkan aku pada Heidi dan disambut dengan suara husky penuh keyakinan daripada Heidi.

Hanya satu lafaz, dan aku sah menjadi milik Heidi. Yang halal.

Tangan diangkat untuk membacakan doa. Rasa sebak. Hidup aku yang baru akan bermula.

Usai solat sunat dua rakaat, barulah Heidi melangkah ke arahku. Berdebar. Rasa nak lari, tapi bagaikan terpaku pada kusyen. Hanya mata yang mampu memandang sehingga Heidi melutut tepat di depanku. Pancaran flash kembali menyakitkan mata.

Nak terloncat aku dibuatnya apabila tangan Heidi menyentuh tanganku. Hampir nak tertarik semula tapi sempat aku tahan tindakan refleks itu. Nasib baik!

Terasa tangan Heidi mengusap lembut jari manis aku. Tempat yang pernah aku sarungkan cincin Adnin sebelum ini. Mata kami berbalas pandang untuk seketika sebelum aku tersentak apabila dia tunduk mencium tepat di jari manis itu.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now