Bab 20: 𝐢𝐬 𝐢𝐭 𝐫𝐞𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐦𝐲 𝐟𝐚𝐮𝐥𝐭?

1.7K 222 35
                                    

A/N: personally, this is my favourite chapter :)) happy reading! maaf atas kekurangan. 

"ABAH..." Aku bersuara perlahan sebaik sahaja kami semua dibenarkan masuk ke dalam wad yang ditempati abah. Tubuh tua abah yang masih tegap kini terbaring di atas katil hospital bersama wayar yang terpasang di tangannya.

Dan, air mata aku menitis untuk kesekian kalinya sambil kaki melangkah menghampiri katil abah.

Tangan naik memegang besi abah dengan erat. Wajah abah kini tak bermaya. Kendur dan kusam. Jauh berbeza dengan abah yang aku lihat sebelum ini.

Perlahan-lahan, aku seka air mata di pipi sebelum mengangkat pandangan ke sekeliling bilik. Semua ahli keluarga aku ada di sini. Umi, Shalia, Malik dan termasuklah Heidi yang menghantar aku ke hospital tadi.

"Macam mana boleh kena serangan jantung? Apa yang jadi?" Aku bertanya sambil memandang satu-persatu wajah yang ada di situ.

Tapi, masing-masing sibuk melarikan pandangan. Umi hanya duduk di satu sudut wad tersebut menunduk. Sebelah tangan naik memicit dahi. Wajah umi nampak penat.

Shalia dan Malik turut sama berdiam diri. Sekadar bersandar pada dinding dengan wajah kusut.

Dan, aku pelik. Kenapa dengan semua orang ini? Aku tak wujud kat sini ke?

"Raz tanya, apa yang dah jadi sampai abah kena heart attack?" Aku mengulang soalanku dengan suara yang dikuatkan.

Setahu aku, abah tak ada masalah sakit jantung. Ya, abah dah berusia 50-an tapi abah tak pernah kena sakit jantung. Setiap tahun abah buat medical check-up dan aku sentiasa ambil tahu keputusan pemeriksaan umi dan abah.

Jadi, apa yang buat abah heart attack? Kata doktor tadi, abah terlalu terkejut sampai jantung berhenti berfungsi sekejap. Akan ambil masa untuk abah sedar semula dan tak ada siapa dapat ramal keadaan abah nanti. Mungkin strok, dan mungkin lumpur separuh atau seluruh badan. Buat masa sekarang, kami hanya mampu berdoa sahaja.

"Abah terkejut."

Aku menjulingkan mata dengan jawapan Shalia. Ingat aku pekak ke? Tak dengar apa doktor itu cakap?

"Yalah. Itu aku tahu. Maksud aku, apa yang dah buat abah terkejut sampai macam ini?" Aku menggesa lagi. Sekali lagi, semua enggan bersuara sampai aku hampir hilang sabar. Rasa nak menjerit. Apa yang dirahsiakan daripada aku ini sebenarnya?

"Susah sangat ke soalan Raz ini?" Aku hampir hilang sabar.

Sampailah umi menoleh ke arahku dengan mata yang berkaca. "Soal syarikat." Umi bersuara perlahan, tapi cukup untuk buat aku tersentak. Soal syarikat?

"Kenapa dengan syarikat? Takkan sebab abah marah Raz tolak masuk syarikat?"

Umi menggeleng perlahan. Mata mengerling Shalia dan Malik sekilas. "Kamu tanyalah Shal dan Malik. Mereka yang uruskan syarikat, bukan umi." Umi berkata senada sambil menyeka air mata yang tak berhenti turun ke pipi.

Shalia dan Malik pula saling berpandangan. Macam tengah buat aksi tolak-menolak siapa yang nak bercakap. Makin menyirap darah aku dibuatnya.

"Kak Shal!" Aku membentak kuat, sehingga bahu Shalia terangkat kerana terkejut. Takut-takut dia memandang aku sebelum berdehem perlahan.

"Abah dapat call dari bank." Shalia terhenti seketika membuatkan aku naik rimas.

Dah kenapa cakap separuh-separuh ini? Dengan sabar, menunggu tunggu Shalia meneruskan kata. Heidi yang bersandar pada pintu wad pun turut sama memandang Shalia walaupun dia sekadar menyepi dari tadi.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now