Bab 14: 𝐦𝐚𝐲𝐛𝐞 𝐡𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞𝐬 𝐲𝐨𝐮?

2K 228 33
                                    

"MAK!" Aku menjerit dengan kaki yang melangkah masuk ke dalam rumah. Beg tangan aku letakkan di atas sofa sambil sebelah tangan bergerak untuk menanggalkan pin dan jarum pada shawl di kepala.

"Mak kat belakang rumah ini!" Suara umi menyahut dari jauh.

Bersama senyuman, aku terus mengatur langkah menuju ke arah dapur untuk ke pintu belakang. Namun, langkaku terhenti apabila menyedari dua susuk tubuh yang berada di meja makan. Aku terpaku, dan dua insan itu turut sama berhenti berbual.

"Kak Shal?" Aku menyeru pelik.

Kenapa Shalia dan suaminya ada kat sini? Tak silap aku, di luar tadi ada kereta umi abah aje. Tak nampak pula kereta Kak Shal dan Malik.

Nasib baik tudung di kepala masih belum dibuka sepenuhnya. Sebaliknya, aku kemaskan semula untuk ditutup dari pandangan Malik.

Shalia dan Malik tegakkan tubuh. Wajah yang tadinya nampak serius berbincang kini mula mengendur. Macam tengah berbincang satu benda rahsia. Tapi, bila aku masuk, masing-masing terus menyepi.

"Bila sampai, kak Shal?" Aku tetap bermanis mulut. Tapi, hanya pada Shalia. Sikit pun aku tak memandang Malik.

"Lama dah. Umi kat belakang. Pergilah."

Aku terdiam. Wah, menghalau aku pula?

Okeylah, aku pun tak nak berlama-lama dengan diorang laki bini ini. Akhirnya, aku terus berjalan ke pintu belakang dan terpacul susuk tubuh umi yang sedang menunduk, memerhati keadaan bunga-bunganya.

"Assalamualaikum, umi."

Umi tegakkan tubuh dan tersenyum lebar sebaik sahaja menyedari kemunculanku. Aku terus tunduk bersalam dengan umi sebelum umi menarik aku untuk duduk di salah sebuah kerusi kayu yang ada di situ.

"Umi sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah. Raz ini, umi tengok macam dah kurus aje... Tak cukup makan ke?"

Aku tergelak. Kurus? Rasanya makin berisi adalah. Hari-hari menelan kopi kat Airiz Lounge itu. Nasib badan tak bau kopi dah.

"Umi ini, nak bodek Raz pun, agak-agaklah. Banyak baju Raz dah tak muat ini. Sikit lagi nak sarung baju mengandung ini." Aku berseloroh tapi tangan umi laju naik menampar bahuku.

"Isy, ke situ pula. Umi serius ini. Raz tak nak ke tinggal balik dengan umi? Umi tak sukalah duduk seorang-seorang kat rumah ini."

Aku tahan diri daripada mengeluh di depan umi. Bukan sekali dua umi minta aku tinggalkan rumah sewa dan kembali semula ke rumah.

Tapi, aku tak selesa. Di rumah ini, Malik dan Shalia selalu ulang-alik. Aku tak suka. Tak selesa.

"Bukan Raz tak nak, tapi rumah sewa Raz itu lagi dekat dengan Airiz Lounge." Itu sajalah alasan yang aku mampu berikan. Sebab mustahil untuk aku cakap yang aku tak nak duduk di sini kerana Malik.

Malik itu baik di mata semua orang. Kecuali di mata aku.

"Kalau soal jauh tak jauh, tak payah kira sangatlah. Kita ada saja pemandu. Umi bukan apa. Takut Raz susah. Nak bayar duit kereta, duit tapak kedai, duit modal, gaji pekerja lagi. Kalau Raz duduk sini, boleh cut cost duit sewa rumah. Sambil itu, boleh menyimpan duit. Boleh cuba beli rumah sendiri."

Wah, umi yang bukan orang business pun pandai nego dengan aku. Ini mesti sebab kahwin dengan abah ini!

"Raz boleh uruskanlah, umi. Okey aje setakat ini. Cakap pasal duit ini, ada sebab Raz balik. Nak bagi ini." Aku keluarkan segulung duit dari poket seluar lalu dihulurkan kepada umi.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now