Bab 24: 𝐥𝐨𝐬𝐭, 𝐢𝐧 𝐚 𝐠𝐨𝐨𝐝 𝐰𝐚𝐲

1.7K 205 16
                                    

Sebab ada yang pm tanya, bila dorang nak kahwin 😂 jawapannya lagi sepuluh bab, insyaAllah.

Apa pun, happy reading! :)) 

"SELAMAT tengah hari, cik bos."

Lamunanku terganggu apabila dua suara garau tiba-tiba bergabung kuat di muka pintu pejabat. Pantas aku alihkan kepala dari terus memandang pemandangan di luar. Siapa pula yang main terjah masuk tak reti ketuk pintu ini?

Namun, sebaik sahaja mengecam figura yang berada di muka pintu, mataku meluas sesaat.

Heidi dan Zayn?

Dua lelaki itu tersenyum lebar sebelum berjalan ke arahku. "Busy ke, cik bos?" tanya Zayn seraya duduk di atas kerusi berhadapan dengan mejaku.

Dah kenapa pula dua-dua ini muncul serentak?

"Kau tengok aku berdiri sebelah tingkap gergasi ini, nampak macam aku tengah busy ke?" Aku memerli sambil turut mengambil tempat di kerusiku. Heidi hanya tersenyum sebelum dia mengambil tempat di sebelah Zayn.

"Macam mana korang boleh muncul serentak ini?"

"Saja. Nak tengok kau. Lain sungguhlah kau dalam blazer itu, Raz." Zayn senyum mengusik. Terus aku pandang tubuh sendiri yang bersarungkan kemeja dan woman suit. Pakaian korporat yang formal. Mana pernah aku pakai macam ini di Airiz Lounge dulu.

Aku sekadar mencebik dengan pujian Zayn itu. "Lambatlah kau. Dah tiga hari dah aku sarung baju ini. Baru sekarang kau nak puji?"

Zayn dan Heidi sama-sama ketawa. "But you definitely look gorgeous in those." Heidi pula memuji aku. Tapi, kali ini aku terus tersenyap. Bila mata Heidi memandang aku, tiba-tiba rasa malu sekejap. Padahal tadi, aku selamba aje bila Zayn yang memuji.

Aku berdehem perlahan. "Nak jumpa aku ke?" Aku bertanya sambil mengalihkan pandangan ke arah Zayn. Kenapa pulalah aku nak berdebar ini?

"Kau busy ke?" Zayn balas dengan soalan.

Aku terus mendengus. Cakap pasal busy ini, terus teringatkan Malik. "Well, I wish I am." Aku berkata geram. Heidi dan Zayn berpandangan seketika sebelum kening mereka sama-sama terjungkit.

"What happened?" Suara Heidi.

"Apparently, sejak beberapa bulan lepas, segala penyata kewangan syarikat hanya boleh dilihat finance department dan Malik saja sebab Malik adalah pengarah urusan syarikat. So, saya mintalah Malik pass rekod penyata kewangan itu pada saya.

Itu pun, lepas saya desak, baru dia nak bagi. Masalahnya, dia cuma bagi data dalam lingkungan dua tahun lepas. Itu pun dia bagi data selama tiga bulan aje." Aku mula bercerita.

"Mana yang lain?"

"Itu yang saya nak tahu itu. Dia kata, dia suruh saya tengok sikit-sikit dulu. Tak nak susahkan saya. Nanti serabut. Bila saya minta juga, dia cakap dia tak ingat kat mana sebab itu data lama. Padahal, tak adalah lama mana pun. Dua tahun lepas aje." Aku membebel lagi.

Padahal, segala data Airiz Lounge masa aku baru buka dulu pun masih ada lagi dalam almari di pejabat sana.

"Kenapa boleh jadi macam itu?" Zayn pula bertanya.

Aku mengangkat bahu. "Entah. Aku pun tak faham. Sekarang ini, data yang dia bagi aku ini semua okey saja. Tak ada masalah besar pun. So, bila aku minta data bulan-bulan lain, dia suruh aku tunggu. Nanti dia bagi. Susah aku nak tally dengan project history dalam dua tahun lepas." Aku meluahkan lagi.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now