Bab 33: 𝐦𝐚𝐫𝐫𝐲 𝐦𝐞, 𝐬𝐡𝐢𝐫𝐚𝐳

2.3K 248 34
                                    

A/N: maafkan typo yang saya terlepas pandang 😅

"SAYA akan ada dalam pejabat saya. You'll stay in my suite. Jangan risau. Saya takkan ceroboh, dan saya takkan tinggalkan awak." Heidi berkata sambil menghulurkan sekeping access card berwarna hitam ke arahku. Kad akses biliknya yang aku pernah tidur semasa pengsan tempoh hari.

Maksudnya, Heidi akan tidur di pejabat dia saja ke? Serba salah sebab menyusahkan dia tapi pada yang sama, aku tak nak dia tinggalkan aku.

"Saya ada pijama bersih kat dalam. Men's, of course. Ambil saja yang mana elok untuk awak sarung malam ini. I'll get you proper clothes tomorrow morning. Tidur. Rehat. Esok kita bincang." Heidi memberi arahan sekali lagi dan aku mengangguk. Macam burung belatuk. Langsung tak membantah.

"Masuk." Satu arahan daripada Heidi dan aku terus memusingkan tubuh. Masuk ke dalam suite Heidi dan aku tutup pintu dengan Heidi yang kekal menjadi pemerhati sehingga ia tertutup sepenuhnya.

Spontan, aku terduduk di atas katil Heidi. Blazer aku lurutkan dari kepala sebelum aku tertunduk. Penat.

Pembunuh Adnin.

Itu gelaran yang Malik berikan pada aku tadi. Setitik air mata jatuh lagi. Sebak.

Akhirnya, aku pilih untuk berdiri dan bergerak ke arah balkoni suite Heidi. Langit malam gelap-gelita tanpa sebarang cahaya. Spontan, kepala teringat kata-kata Heidi dulu.

Aku ini bintang.

Tapi, kenapa aku rasa aku tak kuat macam yang Heidi pernah cakap dahulu?

Aku terduduk lemah di beranda. Nak mandi membersihkan diri pun tak larat. Sehinggalah telefon bimbit di dalam poket seluarku bergetar.

Satu mesej daripada Heidi.

Let me know if you need anything.

Saya perlukan awak, Heidi.

Itu yang hati aku nak sekarang ini. Tanganku laju menekan ikon panggilan dan tak sampai sesaat, talian terus bersambung. Seolah-olah Heidi sudah bersedia di hujung talian untuk menyambut panggilanku.

Tapi, sepi. Hanya helaan nafas Heidi yang dapat aku tangkap di talian. Bagaikan memahami yang aku hanya memerlukan peneman.

"Tidur, Shiraz." Suara Heidi juga bagaikan penat.

"I need something." Aku membalas perlahan. Blazer aku yang sudah terkoyak butangnya itu, aku tarik rapat ke tubuh.

Heidi diam seketika. "Awak nak apa?"

"I need my genie to listen to me tonight." Aku harap Heidi faham.

Heidi diam lagi. Beberapa kali dia menghela nafas sebelum kembali bersuara. "Tell me."

Aku tersenyum hiba. Baiknya Heidi pada aku, Ya Allah.

Aku menarik nafas terlebih dahulu. Nak bercerita. Lelah rasa dada apabila terlalu lama menyimpan semuanya sendiri.

"Adnin kawan saya. Saya jumpa arwah semasa kami degree. Dia kawan kuliah saya. Anak yatim piatu. Hidup dua beradik dengan Malik aje sementara Malik tua tiga tahun daripada arwah. Malik yang sara Adnin untuk belajar. Adnin... he's special. Dia..."

Aku terhenti seketika. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk tidak berlaku biadab terhadap arwah.

"Dia ada tekanan perasaan. Ibu bapa dia meninggal waktu dia kecil. Meninggal depan mata dia sebab dibunuh perompak yang pecah masuk rumah diorang. Sejak itu, dia jenis yang memencilkan diri. Tapi, saya tak kisah. Saya tetap rapat dengan dia. Kawan dengan dia macam biasa. Zayn pun sama. Tapi..."

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ