Bab 52: 𝐥𝐢𝐟𝐞 𝐚𝐧𝐝 𝐝𝐞𝐚𝐭𝐡

2.7K 222 27
                                    

AKU melangkahkan kaki menghampiri keretaku di lot parkir tingkat bawah. Sempat mata mengerling jam tangan sekilas sebelum aku mempercepatkan langkah. Hari ini dah janji nak jumpa Zayn dan Raihana.

Ya, sekali lagi. Tapi, kali ini ada Heidi sekali. Aku sendiri tak tahu kenapa. Kata Zayn, ada benda nak diberitahu.

Pasti Heidi, Zayn dan Raihana dah sampai di restoran. Memang aku yang minta pergi asing-asing dengan Heidi walaupun Heidi ada tawarkan untuk menjemput aku. Bagi aku, leceh. Menyusahkan dia pula nak jemput aku dari syarikat dia.

Sebaik sahaja melesakkan diri ke dalam kereta, aku terus menyalakan enjin. Tak lama kemudian, aku terdiam seketika. Sekeliling kereta aku pandang dari seat hadapan sehinggalah ke seat belakang. Posisi tubuh pun aku selesakan beberapa kali dengan tangan yang kerap mengubah cara pegangan pada stereng kereta.

Kenapa aku rasa lain macam kereta aku hari ini?

Apabila tiada apa-apa yang pelik, aku menggeleng perlahan. Enjin dihidupkan dengan kunci kereta dan aku memulakan pemanduan. Nasib baiklah restoran yang menjadi tempat pertemuan kami ini dekat saja dengan pejabat aku. Sebab itulah, aku tak keluar awal sangat.

Sehinggalah aku akhirnya tiba di kawasan kedai makan yang tersusun di tepi jalan. Spontan, kereta mula diperlahankan untuk mencari parkir. Sebelah kaki bergerak menekan brek, tapi tak sampai beberapa saat, wajahku terus berubah.

Tekan sekali, kelajuan tak berubah. Tekan sekali lagi, masih maintain. Aku tekan lebih lama, dan masih tiada ada yang berubah. Aku mula cuak. Telan liur dengan panik.

Kenapa kereta tak slow down ini? Kenapa brek aku tak makan ini?

Aku tekan lagi berkali-kali. Namun, masih tiada perubahan. Kelajuan kereta masih maintain, tanpa ada tanda untuk berubah perlahan. Aku mula pucat. Ya Allah, apa pula yang tak kena ini?!

Tangan yang memegang stereng mula menggigil. Badan rasa menggeletar ketakutan.

Abang, tolong Shiraz.

Hanya wajah Heidi di kepala aku sekarang ini. Ketakutan membelenggu diri. Ya Allah, macam mana aku nak perlahankan kereta ini? Aku semakin panik. Cuak. Hilang kendali sendiri.

Sehinggalah aku tak mampu lagi nak mengawal arah kereta dan stereng terus melencong ke tepi. Satu dentuman kuat kedengaran, bersama tubuh yang terasa bergoncang kuat dek kerana impak perlanggaran itu!

Sayangnya, kepala langsung tak dapat nak menghadam apa-apa kerana segalanya sudah kabur bagi aku.

Sakit. Gelap.



"SHIRAZ?"

Suara yang memanggil perlahan itu berjaya menyentak aku dari kegelapan. Masih gelap, tapi sekarang aku mendengar macam-macam suara di sekelilingku. Ada yang memanggil nama aku beberapa kali.

Aku berkerut perlahan. Tiba-tiba, kepala bagai diketuk kuat! Argh! Sakit dan pedih!

Ya Allah, kenapa sakit sangat ini?

"Raz? Can you hear me?" Satu suara lain, tetapi tetap di sebelah telinga aku. Perlahan-lahan, mata aku buka bagi mencari punca suara itu. Silau yang menyakitkan namun aku tetap menggagahkan diri. Sehinggalah muncul satu wajah tepat di depan muka aku.

Serentak, wajah itu bertukar lega.

"Shiraz! You're awake!" Satu tangan naik mengusap lembut kepalaku. Tangan Heidi. Wajahnya tepat di depan mata aku. Bimbang, lega, resah, dan takut. Segalanya jelas di wajah Heidi.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now