Bab 36: 𝐢𝐭'𝐬 𝐟𝐢𝐧𝐚𝐥𝐥𝐲 𝐫𝐚𝐢𝐧𝐛𝐨𝐰𝐬

2.6K 241 31
                                    

PAGI esoknya, aku terlewat bangun. Bukan hanya aku, tetapi juga Heidi. Sewaktu bangun Subuh tadi, rasa kantuk masih banyak bersisa. Heidi suruh aku sambung tidur sekejap selepas solat Subuh. Katanya, dia akan temankan aku sampai aku tertidur semula. Last-last, dua-dua karam. Pukul lapan baru terjaga semula. Itu pun nasib baik Heidi terjaga.

"Shiraz, wait." Heidi capai lenganku dahulu sebelum kami melangkah keluar dari bilik. Sama-sama sudah bersiap untuk turun ke bawah.

Heidi tarik tangan aku agar kembali berdiri di hadapannya. Dia menghela nafas sebelum tanganku digenggam erat.

"Abang faham Shiraz belum bersedia, tapi boleh tak kalau Shiraz pakai cincin kahwin kita saja depan keluarga kita? Abang tak nak diorang salah faham."

Tersentak, terus aku memandang cincin di jari. Masih ada dua cincin. Sungguh, aku terlupa.

"Maaf. Shiraz tak perasan." Cepat-cepat aku cabut dari jariku untuk aku simpan semula di dalam laci.

"Sayang." Heidi menahan langkahku sekali lagi. "Abang takkan halang Shiraz pakai cincin ini untuk sementara waktu. Abang risauShiraz mengigau malam-malam. Tapi, selain waktu tidur, abang tak nak Raz pakai cincin ini. Boleh?" tanya Heidi.

Sebak aku mendengar permintaannya. Sepatutnya, aku tak pakai langsung cincin Adnin ini. Sebab aku hak Heidi. Aku dah janji dengan Heidi, tapi kenapa akhirnya, aku tetap mencari cincin ini semula?

Tapi, sikit pun Heidi tak marahkan aku. Dia sanggup bertoleransi demi aku.

"Shiraz minta maaf." Aku tertunduk. Bibir digigit perlahan.

"Don't be. We'll work on that slowly. Step by step."

"Kenapa abang tak marah Shiraz?"

"Abang sendiri yang janji nak bagi Raz masa. Tak sampai 24 jam lagi kita kahwin. Banyak lagi masa untuk kita buang perasaan yang ganggu Shiraz ini."

Aku tersenyum sebak. Terharu. "Terima kasih."

Heidi hanya senyum. "Dah, simpan cincin itu. Jom turun."

Aku mengangguk dan terus bergerak menyimpan cincin tersebut ke dalam laci sebelum kami sama-sama melangkah keluar dari bilik tidur. Aku menuju ke dapur sementara Heidi pula ke ruang tamu untuk mencari kaum lelaki yang sedang berbual di sana.

Sampai di dapur, muncul wajah semua kaum perempuan di dalam rumah ini. Umi, Datin Safina a.k.a mama, Shalia, Alina, Maisarah dan Kak Hezra. Semua dah mula memasak. Dapur yang selama ini aku rasa luas, macam mengecil sedikit bila ada komuniti kaum Hawa berkumpul di sana.

"Assalamualaikum. Morning. Masak apa pagi ini?" Aku menapak masuk seperti biasa.

Tapi, yang lain semua tak biasa. Terus pandang aku dengan mata tak berkelip. Kenapa? Aku dah ada tanduk ke?

Tiba-tiba, ada bunyi orang terbatuk. Mula-mula, sekali dua. Makin lama, makin kerap. Sampai dua tiga orang terbatuk serentak. Makin kuat pula itu. Hari ini Hari Batuk Sedunia ke?

"Lambat bangun?" Kak Hezra menegur dahulu.

Aku hanya mampu sengih. Takkan nak cakap aku mengigau arwah Adnin kut. Lagipun, ditambah dengan majlis semalam. Mestilah penat.

"Ha'ah. Penat sikit. Terlajak..." Terus mati kata-kataku. Fius dalam otak tiba-tiba bersambung. Baru dapat menangkap maksud soalan itu. Patutlah semua orang sengih semacam! Cis!

"Tak apa, kak Raz. Terlajak lama-lama pun tak apa." Alina mula menyakat.

"Terlajak tidurlah lepas Subuh tadi!" Aku buat-buat marah. Muka dah rasa panas meruap. Alina tergelak seronok.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin