Bab 22: 𝐠𝐞𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐞𝐚𝐮𝐭𝐲 𝐬𝐥𝐞𝐞𝐩

1.8K 218 14
                                    

"RAZ?" Satu suara memanggil membuat aku yang sedang duduk di meja study bersebelahan pintu, spontan memanggung kepala. Kelihatan wajah umi terpacul di muka pintu yang sedikit terbuka.

"Umi? Masuklah." Aku berkata seraya bangkit dari kerusi.

"Umi ketuk, Raz tak sedar ke?"

Aku berkerut. Umi ada ketuk ke? Sungguh, aku tak sedar langsung. "Tak perasanlah, umi."

Umi hanya tersenyum sebelum pintu ditolak lebih lebar dan umi melangkah masuk ke dalam. Apabila umi melabuhkan punggung ke birai katil, aku turut mengikut dan duduk di sebelah umi. Wajah umi masih nampak penat tapi sudah jauh lebih tenang daripada sebelum ini.

"Raz busy ke?" Umi beri mukadimah dulu.

Aku faham. Itu maksudnya umi nak berbincang benda serius dengan aku. Aku sekadar menggeleng. Dari tadi pun, kepala aku sibuk berfikir aje. Merancang apa yang perlu aku lakukan.

"Raz dah fikir permintaan umi?"

Ya, umi ada minta aku fikirkan untuk masuk semula ke syarikat dan menolong apa yang patut. Cari jalan penyelesaian dalam tempoh yang diberi sebelum kami betul-betul diisytiharkan muflis.

Sekarang ini, boleh dikatakan kami memang tak ada apa-apa. Shalia dan Malik dah tak ada kereta dan rumah. Hanya rumah umi abah ini saja yang ada. Nasib baik dah bayar habis. Aku pula hanya ada kereta sebiji. Rumah pun setakat rumah sewa aje.

"Dah." Aku membalas perlahan. Itu pun suara macam tak nak terkeluar dari anak tekak.

"Boleh umi tahu jawapan Raz?" Nada suara umi penuh berharap.

"Tapi, sebelum itu, Raz nak tanya umi satu benda. Umi memang rasa ini saja ke jalan yang terbaik? Memang Raz kena masuk syarikat juga?"

Umi menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Jujur umi cakap, kalau Raz tanya umi, ya, umi fikir ini jalan yang terbaik. Shalia dan Malik dah gagal nak kendalikan syarikat ini. Lepas abah serahkan tugas-tugas besar pada Malik, syarikat jadi less stable. Umi sendiri pun tak tahu nak describe macam mana sebab umi bukan orang bisnes."

"Abah tak pernah cerita pasal masalah syarikat ke? Apa yang buat abah stres lately ini?"

Umi mengeluh perlahan. "Abah tak pernah cerita lebih-lebih dengan umi. Tapi, umi nampak abah memang banyak stres. Bila umi tanya, abah selalu kata sebab Malik. Ada masalah itulah, masalah inilah. Malik buat itu ini. Bila umi tanya Malik, Malik kata abah ada salah buat itu ini pula dan dia tengah cuba nak betulkan balik semuanya. Akhirnya, umi yang tak faham salah siapa sekarang ini."

Tangan umi tiba-tiba mencapai tanganku, membuat aku tersentak. Kekura tanganku diusap lembut. "Raz tak nak masuk syarikat juga ke? Walaupun dalam keadaan macam ini?" Nada suara umi biasa-biasa tapi aku tahu, ada terselit nada kecewa di situ.

"Bukan Raz tak nak, umi. Raz memang ada fikir nak masuk syarikat balik untuk tengok apa yang patut. Tapi, Raz terfikir pasal Airiz Lounge. Siapa nak jaga Airiz Lounge bila Raz tak ada?"

Kali ini, umi terdiam. Aku tahu umi sendiri tahu yang aku akan memperjudikan masa depan Airiz Lounge sendiri.

"Sekarang ini, Raz bukan fikir soal impian Raz dah. Raz boleh letak tepi impian itu. Tapi, sekarang ini, Raz tengah fikir pasal semua staf Raz." Aku terhenti seketika. Tiba-tiba, rasa sebak kembali muncul. Cepat-cepat aku berdehem perlahan.

"Staf-staf Raz bukan orang berada, umi. Semua muda lagi. Ada yang tak dapat sambung pelajaran sebab tak mampu, dan terpaksa cari kerja. Airiz Lounge itu satu-satunya punca pendapatan diorang. Kalau pendapatan Airiz Lounge terganggu, macam mana dengan nasib diorang?

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Donde viven las historias. Descúbrelo ahora