Bab 27: 𝐰𝐚𝐬 𝐢𝐭 𝐬𝐲𝐦𝐩𝐚𝐭𝐡𝐲?

1.8K 209 33
                                    

"SHIRAZ!"

Tempikan tinggi itu membuat aku yang sedang memandang skrin komputer tersentak. Apabila pandangan diangkat, terpacul wajah berang Malik di depan muka pintu pejabat aku yang sudah direntapnya kasar sehingga terbuka.

"Nak apa?" Aku memasang wajah bersahaja. Tak terkejut dengan kemunculannya. Dah dapat agak dah yang dia akan datang mengamuk di pejabat aku pagi ini.

Abang Malik meluru ke arahku sebelum kedua tangannya menghempas kasar meja kerjaku. Kuat, sampaikan kedua-dua tanganku yang berada di atas meja terus terangkat kerana terkejut.

"Apa kau dah buat hah, perempuan?!" Malik menengking tinggi. Rasa nak pecah telinga aku dengan tengkingannya.

"Buat apa yang perlu untuk selamatkan duit syarikat yang masih ada. Kenapa?"

"Aku tak setuju!" Malik membentak kasar.

Aku mengangkat bahu. "Keputusan di tangan saya."

"Aku masih pengarah urusan syarikat ini!"

"Semua duit itu duit saya. Duit yang saya simpan sepanjang saya di Airiz Lounge."

Pandangan Malik semakin mencerlung. Aku tahu dia marah tapi aku tetap tekad. Memang aku ada menghubungi semua pemegang saham syarikat untuk meminta persetujuan bagi menukar akses ke akaun syarikat.

Aku akan laburkan semua wang simpanan aku sepanjang aku usahakan Airiz Lounge ke dalam akaun syarikat tapi dengan syarat, hanya aku yang boleh akses akaun tersebut.

Menggunakan alasan kegagalan Malik sebelum ini dan memandangkan semua duit itu duit aku sendiri, para pemegang saham bersetuju untuk menukar akses itu atas nama aku sepenuhnya. Malik hilang kuasa atas akaun syarikat.

Aku tahu, aku takkan dapat minta secara baik-baik. Malik takkan bagi. Sebab itu, aku libatkan juga para pemegang saham syarikat.

"So, lepas ini, segala keluar masuk duit aku kena minta izin kau?"

"Yes! Kenapa?" Aku mengangkat bahu.

"Kau itu junior executive! Aku ini pengarah urusan!"

Aku ketawa sinis. "Title junior executive itu hanya sebab saya ambil jawatan Kak Shal. It's just a title. Kenyataannya, saya kena buat lebih daripada itu. I have to figure things out, dan ini cara saya. Lagipun, apa salahnya saya yang pegang? Kalau Abang Malik perlukan duit untuk kepentingan syarikat, saya akan luluskan. Apa nak risau?" Aku angkat sebelah kening pada Malik.

Malik mengetap bibir. "Kau jangan cabar aku, Shiraz. Kuasa aku sebagai pengarah syarikat, aku boleh gugurkan kau dari jawatan bila-bila masa aje. Dan, akaun syarikat akan jatuh balik ke tangan aku termasuklah segala duit kau itu." Pandangan Malik bergetar penuh amaran.

Aku terdiam. Untuk yang ini, Malik betul. Dia memang boleh gugurkan jawatan aku.

"Tapi, Abang Malik akan buang saya ke? Abang Malik jangan lupa. Saya di sini atas permintaan umi. Apa kata umi kalau abang buang saya sedangkan syarikat dalam keadaan kritikal?"

Mata aku jelas menangkap Malik yang mengepal erat penumbuknya. Menahan marah.

"Aku pernah buat kau tinggalkan syarikat dua tahun lepas. Dan, aku boleh ulang benda yang sama." Suara Malik bergetar. Amaran Malik cukup jelas. Dia tak nak aku mencabar ego lelakinya. Dan kali ini, bulu roma di sekitar leherku terasa meremang.

Aku tahu amaran itu bukan untuk aku pandang remeh. Kalau dulu aku terlepas, mungkin kali ini dia tak akan lepaskan aku. Menyedari perubahan wajahku, Malik tersenyum sinis.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now