Bab 41: 𝐰𝐚𝐧𝐧𝐚 𝐝𝐨 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐭𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐟𝐮𝐧?

2.6K 232 15
                                    

"SHIRAZ..."

Aku buat tak peduli dengan suara yang memanggil. Hanya diam bersandar pada kerusi sambil tangan berpeluk tubuh. Kepala aku lemparkan memandang ke tingkap tetapi mata terpejam rapat. Nak buat-buat tidur walaupun aku yakin Heidi tahu yang aku masih terjaga.

Nak tidur apanya kalau malam tadi, pukul 9 malam lagi aku dah mencari katil? Semuanya sebab aku merajuk dengan Heidi.

"Abang!" Mataku terus terbuka apabila tangan Heidi bergerak mengusap pahaku yang terbalut slack berwarna hitam. Terus aku menepis laju bersama mata mencerlung memandang Heidi.

"Ingatkan dah tidur," perli Heidi dan aku merengus kasar.

"Kalau dah tidur, bolehlah raba-raba? Ini mesti selalu ambil kesempatan masa perempuan tengah tidur."

"Mana ada perempuan. Dengan Shiraz aje."

"Tak kelakar!" Aku masih dengan nada berjauh hati.

Heidi menghela nafas sebelum tangannya mencari tanganku lalu digenggam erat. Aku cuba menarik, tapi makin kuat Heidi menggenggamnya. Malas nak mencuba lagi, aku sekadar membiarkan. Memang takkan menanglah kalau berlawan dengan Heidi.

"Abang minta maaf. Memang abang busy sangat." Permintaan maaf daripada Heidi untuk yang kesekian kalinya, tapi aku masih belum terpujuk. Masih sakit hati.

"Shiraz..." Heidi memanggil lagi. Kali ini, tangannya naik untuk menyentuh bahu aku namun cepat-cepat aku palingkan tubuh ke tingkap. Membelakangi Heidi terus. Sakit hati lagi.

Heidi dah janji dengan aku yang dia ambil satu hari ekstra untuk bercuti di Kedah. Kononnya, sebagai ganti honeymoon dan kami akan melancong ke sekeliling Kedah. Jadi, Shalia dan Malik dibenarkan pulang ke KL terlebih dahulu sementara aku dan Heidi masih di Kedah.

Bila tiba hari yang dijanjikan, tiba-tiba Heidi dapat panggilan pagi itu. Katanya, ada masalah urgent dengan hotel yang dibangunkan syarikatnya.

Okeylah, aku faham. Sebab Heidi kata, dia hanya perlu tengok sekali imbas saja. Dalam satu atau dua jam, dia akan balik semula. Aku tak nak menghalang sebab dah benda tiba-tiba jadi, bukannya Heidi sengaja nak masalah itu timbul. Janji Heidi, sebelum waktu lunch, dia akan balik semula ke hotel.

Punyalah excited aku menunggu, tapi sampai ke lunch hour, jangankan nak muncul, batang hidung Heidi pun aku tak nampak. Tak ada call, tak ada mesej. Bila aku yang cuba call dia, satu pun tak diangkatnya. Mesej pun tak berbalas sama sekali.

Sehinggalah selepas waktu Asar, baru aku dapat khabar berita. Itu pun bukan daripada Heidi. Tapi, daripada PA Heidi, si Hazlin. Katanya, Heidi masih lambat lagi nak selesaikan urusannya. Mungkin lepas isyak. Heidi menyuruh Hazlin memesan room service untuk aku sebagai makan malam.

Tapi, sikit pun aku tak sentuh makanan itu. Tepat jam 9 malam,terus aku mencari katil. Sengaja nak Heidi balik dan tengok aku dah tidur tanpa sentuh makanan. Bagi dia rasa serba salah sikit. Seharian kut aku menunggu. Rasa fake hope sangat!

Maka, berpanjanganlah sesi merajuk aku dari lepas Subuh tadi sehinggalah kami sudah ada di atas flight untuk balik ke KL pagi ini.

"Nasi ayam dan teh?" Satu suara menyampuk di antara aku dan Heidi. Spontan, Heidi menoleh sementara aku kekal statik pada tempatku. Hanya memandang dengan ekor mata. Buat tak peduli pada suara flight attendant yang menghantar makanan.

Heidi mengucapkan terima kasih sebelum tangannya menarik meja lipat di depanku dan sebekas nasi ayam diletakkan di atasnya bersama secawan teh hangat. "Makan dulu, Shiraz. Malam tadi tak makan," arah Heidi namun aku hanya diam.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Kde žijí příběhy. Začni objevovat