Bab 9: 𝐢𝐭 𝐫𝐞𝐦𝐢𝐧𝐝𝐬 𝐦𝐞 𝐨𝐟 𝐲𝐨𝐮

1.7K 212 11
                                    

"SHIRAZ, tolong bancuh lagi dua jag air sirap. Lepas itu, letak ais. Hantar ke depan sana. Dah nak habis rasanya. Takut tak cukup pula."

Tanpa membantah, aku mengikut arahan umi. Terus aku angkat punggung dari kerusi dan bergerak ke ruang dapur belakang yang kosong tanpa sesiapa. Tangan laju membuat kerja. Setakat buat sirap, jangan panggil perempuanlah kalau tak reti!

Kemudian, aku bergerak pula ke arah peti sejuk untuk mencapai ais batu. Tangan diangkat untuk mengambil plastik ais batu namun belum sempat aku hendak menyentuh plastik putih itu, ada satu tangan turut sama naik di belakang tanganku. Berderau darah dalam badan apabila kulit kasar itu bergesel dengan kekura tangan aku.

"Biar abang ambilkan." Satu suara garau berbunyi. 

Aku tersentak. Meremang bulu roma dengan bisikan halus yang berada tepat di sebelah telinga itu. Bau wangian lelaki kuat menusuk hidung. Jijik dan menyesakkan!

Pantas aku tolak tubuh itu menjauh sehingga dia terundur beberapa tapak ke belakang. 

"Abang Malik!"

Mataku mencerun tajam kepada Malik. Rasa jijik apabila mengingatkan belakang badanku yang sempat bergesel perlahan dengannya tadi.

Malik mengangkat kening. "Apa? Abang nak tolong ambil aje. Takut Raz tak sampai."

"Tak payah! Bukannya saya tak pernah ambil. Peti ais itu bukannya tinggi sampai ke siling!" 

"Memanglah. Tapi, Raz dah terjingkit-jingkit tadi. Abang takut orang lain masuk, nampak Raz macam itu. Bergoyang-goyang punggung Raz orang lain tengok, tahu?"

Rasa nak termuntah aku mendengar ayat kurang ajarnya itu. Jubah aku dah cukup labuh dan longgar, tapi kalau dapat dekat lelaki mata keranjang macam dia ini, punggung macam kadbod pun dia boleh nampak macam bola! 

"Keluarlah! Nak apa kat dapur ini?" Aku mengundur lagi. Mata tetap mencerun memandang Malik. Langkah berjaga-jaga. Orang penuh kat depan pun, sempat lagi nak tunjuk belang kotor dia.

"Air habis. Abang nak air daripada Raz."

Aku mendengus kasar. "Saya tengah buatlah ini. Nanti saya bawa ke depan. Keluarlah."

"Abang tak nak sirap. Nak air Raz."

Makin menyirap aku dengar. Tambah pula dengan senyuman gatal di bibirnya itu. Menggigil satu badan menahan marah. Kenapa aku dapat abang ipar macam ini, Ya Allah? Tak padan dengan dah ada isteri!

"Kau jangan nak mengarut, boleh tak? Aku kata, keluarlah!" Aku dah menuding jari ke pintu masuk dapur. Mata menjegil ke arahnya. Sedaya upaya aku cuba menahan suara agar tak terlalu tinggi sehingga menarik perhatian mereka di luar sana.

"Kalau aku tak nak, kenapa?" Malik melangkah setapak ke arahku. Hanya setapak tapi cukup untuk buat aku berundur beberapa langkah ke belakang. Tangan dah menggigil. Tak mahu perkara yang terjadi sebelum ini berulang lagi.

"Kau nak menjerit? Hah, jeritlah! Come on lah Shiraz, kau layan aku dalam 10 minit aje. Lepas itu, aku blah." Tangan Malik memanjang untuk menarik aku ke arahnya, tapi aku lebih laju berundur ke belakang. Sehinggalah tubuhku selamat tersandar pada kabinet dapur.

"Kau jangan cabar aku, Malik." Hilang segala bahasa penuh adab aku.

"Ya, aku cabar kau. Jeritlah! Kita tengok siapa percaya siapa? Shal pilih aku atau kau? Cepatlah!" Malik mula mendekat. Kedua lenganku dipegang dengan tangannya dan tanpa menunggu, aku terus meronta kuat dalam pegangannya. 

"Lepaskan akulah!" 

Malik tergelak sinis. Bukannya melepaskan, dia malah semakin galak dengan niat kotonya. Semakin aku bergelut, semakin kuat pula tangannya mencengkam lenganku. 

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now