Bab 21: 𝐛𝐞 𝐬𝐭𝐫𝐨𝐧𝐠, 𝐬𝐡𝐢𝐫𝐚𝐳. 𝐟𝐨𝐫 𝐦𝐞, 𝐨𝐤𝐚𝐲?

1.8K 218 16
                                    

"DUDUK, Shiraz." Heidi menarik paksa tangan agar duduk di atas kerusi koridor hospital. Itu pun puas aku cuba lari daripadanya tapi dia tetap memaksa sehingga aku terduduk di situ.

Akhirnya, aku merengus kasar sebelum akur jua.

Heidi mengambil tempat di sebelah tapi sedikit pun aku tak memandangnya. "Tenangkan diri awak dulu. It's okay to cry." Lembut Heidi memujuk, namun aku terus menggeleng.

"Saya dah penat menangis, Heidi." Aku menjawab tanpa perasaan tapi aku tahu, jauh di sudut hati, aku sedang sarat dengan pelbagai emosi.

"Awak akan lagi penat kalau awak tahan diri daripada menangis. Let it out."

Kata-kata Heidi bagaikan menjentik emosi aku. Terus rasa nak menangis kembali muncul namun cuba ditahan sekuat mungkin. Rasa lemah sangat di hadapan Heidi sekarang ini.

"Saya penat sangat, Heidi." Suaraku bergetar lelah. Mata dipejam rapat sebelum aku bersandar pada kerusi dan kepala aku tersandar lemah pada dinding hospital. Rasa macam ada segala jenis perasaan dalam dada sekarang ini.

"Then, take a rest. I'll wait." Heidi berkata mudah.

Aku dapat rasakan dia turut bersandar pada dinding di sebelah. Sunyi sepi di antara kami dan juga di sekeliling. Tiada orang lalu lalang di koridor ini. Hanya kami berdua.

Seketika kemudian, aku menghela nafas beberapa kali. "Semua ini memang salah saya, kan?" Aku berkata setelah hening beberapa minit di antara kami.

"Jangan biarkan apa yang Shalia kata tadi pengaruh fikiran awak, Shiraz."

Aku menggeleng. Bukan hanya sebab Shalia. "Lebih kurang dua minggu lepas, abah ada datang jumpa saya. Di Airiz Lounge." Bersama suara perlahan, aku mula bercerita. Sekarang ini, aku hanya nak meluahkan saja. Heidi tak membalas tapi aku nampak kepalanya terangguk perlahan, tanda dia sedang mendengar.

"Saya terkejut, tapi teruja juga. Abah tak pernah datang kedai saya walaupun sekali sebab abah memang tak setuju saya buka bookcafe itu. Abah kata, abah datang sebab nak tengok kedai saya. Macam biasa, dia cuba pujuk saya untuk uruskan syarikat." Aku terhenti seketika. Rasa serba salah kembali muncul.

Kemudian, aku tergelak tawar. Hambar. "You know what I said? Saya tolak. Saya berkeras dengan abah. Yang saya tak nak jejakkan kaki ke syarikat lagi. Abah berkeras, tapi saya lagi keras. Dan, abah balik dalam keadaan kecewa dengan saya."

"Jangan salahkan diri awak, Shiraz." Heidi bagaikan tahu apa yang aku rasakan.

Aku mengetap bibir. Air mata jatuh sekali lagi. "Kalaulah... Kalaulah masa itu saya bersetuju, abah mesti takkan stres, kan? Mesti stres abah akan berkurang, kan? Abah takkan ada kat sini sekarang." Aku mengepal erat tangan yang bergetar menahan perasaan.

"Awak tak tahu apa-apa masa itu. You didn't know." Dua kali Heidi ulang ayat itu tapi langsung tak mampu nak meredakan perasaan aku yang masih sarat.

"Saya rasa saya selfish sangat."

"Awak hanya buat apa yang awak rasa betul. You didn't know about the problem in the company. Jangan hukum diri awak untuk benda yang awak tak tahu. You have your own reasons, right?"

Aku terdiam. Kalaulah semuanya semudah kata-kata Heidi. Tanganku kembali naik memicit dahi. Penat bekerja semalam pun tak habis lagi, dan ditambah dengan apa yang berlaku pada abah dan pergaduhan dengan Shalia tadi.

"Jom saya hantar awak balik. Awak rehat kat rumah."

Bercakap soal rumah, terus aku teringat tentang semua barangan aku. "Kereta dan barang-barang saya masih di hotel awak."

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now