Bab 6: 𝐡𝐚𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐢𝐧 𝐭𝐡𝐞𝐫𝐞

1.9K 236 6
                                    

"MAK!"

Aku memanggil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu depan tak berkunci, sebab itu aku boleh terus masuk. Biasanya, pintu rumah memang tak berkunci kalau ada orang datang.

"Mak! Abah! Raz datang ini!" Aku menjerit lagi. Mungkin semua ada di tingkat atas sana. 

Baru nak berpusing ke arah tangga, langkahku terus mati apabila ada sesusuk tubuh berdiri di belakang badan. Bila mata menangkap seraut wajah itu, terus aku menelan liur. Spontan, kaki melangkah beberapa tapak ke belakang. Refleks.

"Abang Malik..." Aku menggumam perlahan sebelum mata meliar ke kiri dan kanan. Mana pula orang lain ini?

"Raz rupanya. Patutlah abang dengar suara Raz. Ingatkan terbayang seorang-seorang. Rupanya memang Raz." Malik yang berusia sebaya Shalia itu tersengih memandangku. 

Aku hanya tersenyum kekok. Sikit pun tak ikhlas.

"Kak Shal mana?" Aku betulkan sedikit tudung di kepala bila aku lihat matanya mula meliar. Tak selesa.

"Kat bilik air kut. Tengah mandi." Dia menjawab acuh tak acuh.

Aku angguk. "Okeylah. Saya nak cari umi abah kat atas." Aku terus membuka langkah namun sekali lagi, langkahku mati apabila terasa ada satu cengkaman berlabuh tepat di lenganku. 

Terkejut, pantas aku menarik tanganku semula dari pegangan Malik. Mata membulat memandang lelaki yang bergelar abang iparku itu. Tangan spontan terkepal erat, menahan diri daripada meninggi suara. 

"Apa ini, Abang Malik?" Aku membentak kasar sambil berundur setapak ke belakang. Langkah berjaga-jaga.

Malik hanya tayang sengihan tak bersalah. "Abang dengar Raz baru balik dari Australia. Macam seronok aje."

Aku merengus kasar. "Macam biasa aje. Australia itu Australia. Bukannya Abang Malik tak pernah pergi. Sama aje." Aku menjawab malas. Dia dan Shalia pun selalu turun ke negara luar atas urusan perniagaan. Termasuklah Australia.

"Raz pergi seorang aje ke?"

Soalan yang merimaskan! "Tak ada kaitan dengan Abang Malik pun."

Malik ketawa. "Eh, apa pula jawab macam itu? Abang Malik takut Raz lonely. Kenapa tak ajak Abang Malik sekali?" tanya Malik bersama senyuman gatal. Sikit pun tak ada rasa malu! Biadab!

Aku terus menjeling. Dengan aku, mulut memang berani lancang. Cuba kalau aku panggil kakak aku atau umi abah, menekur kau pandang lantai! Dasar hipokrit.

"Dahlah! Saya nak naik atas. Cari umi abah."

Aku kembali berlalu tapi sekali lagi, tangannya lebih laju menangkap. Kali ini, bukan lenganku yang menjadi sasarannya. Sebaliknya, beg kertas coklat yang berada di dalam tanganku. 

"Eh, lepaslah!" Aku mula meninggi suara apabila dia menarik-narik paksa beg kertas itu. Dalam beg ini ada segala hadiah yang aku belikan untuk keluargaku. Apa masalah dia ini sebenarnya?!

"Hadiah untuk abang ke?" 

Untuk seketika, berlaku sesi tarik-menarik sehinggalah tanganku spontan terkaku apabila semua barang-barang yang aku beli terhambur keluar daripada beg kertas itu.

Beg itu koyak!

"Abang Malik!" Aku membentak kuat. Macam mana kalau rosak hadiah-hadiah aku ini?

"Tengok apa abang dah buat!" Aku membentak lagi sebelum terus tunduk mengutip segala apa yang terkeluar. Sedaya upaya mulut menahan daripada mengeluarkan segala sumpah seranah. Aku anti betul dengan suami si Shalia ini!

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt