Bab 31: 𝐭𝐨 𝐫𝐚𝐢𝐬𝐞 𝐝𝐨𝐮𝐛𝐭𝐬

1.7K 213 28
                                    

PANG!

"Shalia!"

Suara umi menjerit kuat, serentak dengan terpalingnya pipiku ke kiri akibat penangan tangan Shalia yang berbisa. Kebas!

Sekali lagi, aku ditampar Shalia. Sama seperti di hospital tempoh hari. Tapi, kali ini aku tak tahu kenapa. Tak sempat nak bertanya apa-apa. Masuk sahaja ke dalam rumah, Shalia, Malik dan umi sudah menanti aku di ruang tamu.

Baru hendak bertanya, Shalia terlebih dahulu meluru ke arahku dan tangannya laju melayang ke pipiku.

"Kau ini kenapa, kak?" Bergetar suaraku menahan amarah. Masih cuba mengawal intonasi suara. Tak ada angin, tak ada ribut, tangan naik nak mengganas. Belajar daripada suami dia ke apa?

"Keji betul kau ini, kan? Sanggup kau rancang macam itu dengan Heidi? Untuk rampas jawatan suami aku?!"

Oh, dah tahu ke? Aku menahan senyuman sinis di bibir. Pengecut betul. Belum apa-apa lagi, dah mengadu kat bini.

"Mana ada aku rancang. Aku tak tahu pun itu syarikat Heidi." Aku membalas sambil mengusap pipi dan hujung bibir. Kebas, tapi tak ada rasa pedih. Nasib baik tak pecah hujung bibir disebabkan tamparan Shalia tadi.

"Kau jangan nak menipulah! Selama ini, beriya kau tak nak masuk syarikat. Sekarang, nak jawatan suami aku pula! Nak jawatan paling besar! Tamak! Hipokrit!" Beriya Shalia menyembur aku dengan mata yang dijegilkan.

"Syarat itu Heidi yang letak, bukannya aku. Aku tak tahu apa-apa pun. Lagipun, aku rasa tak salah aku yang ambil jawatan itu untuk sementara, kan? Lepas habis kontrak dengan syarikat Heidi, aku pulangkanlah balik jawatan Abang Malik ini."

"Itu pun kalau kau memang nak pulangkan. Kau ingat lima tahun itu sekejap?"

"Ya, memanglah tak sekejap. Tapi, aku rasa syarat Heidi itu ada bagusnya juga. Senang aku nak akses segala data syarikat. Dengan jawatan sedia ada aku sebagai junior executive ini, aku ada very limited access to many data. Kalau aku ada jawatan Abang Malik, senang sikit aku nak akses."

"Kau boleh aje minta segala data itu dengan Abang Malik, kan?"

Aku menjulingkan mata. "Dah berapa kali aku minta, kak. Ada yang dia tak tahu, ada yang dia tak ingat, ada yang tak pasti. Aku tak ada masa nak melayan semua itu. Kalau aku ada akses, senang sikit aku tengok everything terus."

"No. Aku tak percayakan kau. Kau sebenarnya nak buang aku dengan Abang Malik dari syarikat abah, kan? Aku tak nak. Aku tak setuju kau ambil projek dengan syarikat kawan kau itu."

Aku menghela nafas. Penat betul cakap dengan orang tak faham bahasa ini.

"Terpulanglah. Kau bincanglah dengan Abang Malik. Tapi, biar aku ingatkan yang syarikat abah ini dah nak muflis. Kau tak nak tengok syarikat ini bangun balik? Jangan lupa yang syarikat ini jatuh masa dalam pengurusan suami kau. Kau nak abah kecewa?" Aku mula mengugut dan Shalia terus terdiam pada tempatnya.

"Apa jaminan yang kau akan pulangkan semula jawatan itu?"

"Airiz Lounge. Itu jaminan aku. Airiz Lounge masih tegak berdiri. Kalau aku memang nak bolot jawatan laki kau, dah lama aku tutup Airiz Lounge itu."

Shalia diam seketika. Bertukar pandangan dengan Malik, tapi aku tak faham isyarat tubuh di antara mereka. Keadaan bertukar hening untuk seketika sebelum umi mula mencelah masuk.

"Umi rasa Raz betul. Apa salahnya terima projek yang boleh tolong Hamidi Trading? Lagipun, Raz ini ahli keluarga. Bukannya kita bagi jawatan besar pada orang luar." Umi berkata bagi membela aku.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Onde histórias criam vida. Descubra agora