Bab 29: 𝐌𝐈𝐐𝐀𝐄𝐋

1.8K 230 61
                                    

"SILAKAN MASUK," kata salah seorang wanita yang memakai uniform hitam lengkap di tubuhnya. Gaya korporat. Salah seorang pekerja Miqael Group.

Ya, hari ini aku akan bertemu dengan pengarah urusan Miqael Group untuk membincangkan soal projek yang dicadangkan oleh syarikat itu. Berdebar. Tambah pula, apabila mengingatkan kata-kata Heidi yang syarikat ini adalah syarikat anak salah satu syarikat korporat terbesar di Malaysia.

Dan aku yakin, semua orang dalam industri perniagaan kenal dengan nama syarikat itu.

"Encik Miqael akan masuk sekejap lagi," kata pekerja perempuan itu lagi.

Aku tersenyum dan mengangguk perlahan dalam debaran yang masih belum surut. Sebaik sahaja pekerja itu berlalu keluar, aku dan Malik terus mengambil tempat di atas dua kerusi yang masih kosong. Rasa seram sejuk dari lobi tadi masih tak hilang lagi.

Setiap langkah aku di sini, mata terus disajikan dengan kemewahan syarikat ini. Jauh berbeza dari Hamidi Trading.

Aku menarik nafas dalam seraya mengepal erat tanganku. Kepala masih cuba menyusun ayat agar tidak bertaburan. Niat aku hanya satu. Aku hanya mahu selamatkan syarikat abah.

Dan, Miqael Group mungkin adalah satu-satunya pihak yang boleh membantu kami. Aku kena tahu mengambil hati lelaki bernama Miqael ini.

Aku betulkan semula letak duduk baju di badan. Biar tampak professional. Sehinggalah aku mendengar bunyi pintu terkuak dari luar. Spontan, aku dan Malik berpandangan seketika sebelum sama-sama berdiri tegak untuk menyambut kedatangan pengarah syarikat ini.

Aku hanya mengerling pintu masuk dengan hujung mata. Sempat aku menangkap seorang perempuan masuk terlebih dahulu diikuti dengan tiga orang lelaki di belakangnya. Masing-masing tampak segak dan professional dengan pakaian korporat di tubuh.

Aku angkat lagi pandangan untuk menyapa keempat-empat manusia itu sebelum nafasku terasa tersekat betul-betul di hujung kerongkong.

Zap!

Aku tergamam. Hilang nafas apabila mata terpaksi pada satu wajah yang berada tepat di depan mata. Wajah yang terlalu familiar denganku.

Dan, dada terasa berombak. Sempit. Hilang nafas. Kaki spontan terundur dua tapak ke belakang. Terkejut. Ya Allah, apa ini? Kenapa wajah ini yang muncul di depan mata?

"Hi, and good morning."

Dan, aku hampir terjelepok apabila suara garau itu menerjah telinga.

Ya, aku tak salah lihat. Dia memang berada di depan mata aku. Segak dengan sut double breasted berwarna hitam dan kasut kulit yang berkilat mahal. Tegap, dan tinggi melampai berdiri penuh yakin di hadapan aku dan Malik.

Dan putaran dunia seakan terhenti apabila bibir mengukir senyuman profesional. Karisma seorang ketua memancar keluar dari sekelilingnya.

He's radiant. And, he's Heidi.

"Kau..." Malik menggumam perlahan. Cukup untuk sampai ke telingaku sahaja dan jelas sekali, Malik turut tergamam dengan apa yang dilihatnya. Tubuhnya kaku dengan mata meluas tak percaya.

Heidi masih tenang. Bibir setia dengan senyuman. Tidak terlalu lebar, dan tidak terlalu sombong. Gaya seorang bos.

"I'm Heidi. Heidi Miqael, the director of Miqael Group."

Hampir rebah aku di situ saat mendengar pengenalan ringkas daripada Heidi.

Heidi. Heidi Miqael!

Itu nama penuh Heidi yang aku sendiri tak pernah tahu. Dan, syarikat ini milik Heidi! Ya Allah, kejutan apakah ini?

Aku menarik nafas yang bagaikan terhenti tadi sebelum dihela perlahan-lahan. Kenapa Heidi tak beritahu aku? Sedangkan aku dah beritahu Heidi soal syarikat ini? Ini semua rancangan Heidi ke?

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Donde viven las historias. Descúbrelo ahora