Bab 51: 𝐰𝐡𝐚𝐭 𝐢𝐟 𝐢'𝐦 𝐜𝐨𝐥𝐝?

2.8K 217 32
                                    

harap tak bosan asyik manis2 je 😂

"BERAPA lama kamu dengan Heidi bermalam kat sini?" tanya mama semasa kami sedang menyediakan makan malam di dapur. Alina dan Maisarah turut ada bersama. Kak Hezra pun turut sama pulang ke rumah mama apabila tahu aku dan Heidi ada di rumah mama.

Bak kata Abang Firash, bukan selalu dapat berkumpul sama.

"Dua malam aje, mama. Hari Isnin ini masuk kerja balik." Aku membalas sambil membalikkan ikan di dalam kuali.

Mama mengangguk perlahan. "Kamu berdua dah nak kahwin dekat dua bulan, kan?" tanya mama.

"Ya, minggu depan genaplah dua bulan. Kenapa, mama?" Takkan mama dah tak suka aku seawal usia dua bulan perkahwinan kut?

Aku menoleh ke arah mama yang memandang aku lama. Lebih tepatnya, pandang badan aku. Kenapa? Ada yang salah ke?

"Tak ada apa-apa lagi ke?"

Aku berkerut. Ada apa? Ada orang ketiga? Ada bakal madu?

"Ada apa, mama?" Sempat aku mengerling Alina dan Maisarah yang sedang memotong bawang di meja. Nampak kedua kembar itu sedang menahan ketawa. Kenapa?

"Tak ada sesiapa lagi ke dalam perut itu?"

Tersedak air liur aku mendengar soalan direct mama. Spontan, tangan naik memegang perut. Liur macam tak mampu nak lepas tekak, tapi Alina dan Maisarah sudah mengekek ketawa di belakang. Kak Hezra pun sudah tersenyum-senyum sambil tangan mengacau kuah gulai di dalam periuk.

"Belum lagi rasanya, mama..." Aku membalas perlahan. Wajah terasa berbahang malu. Hubungan aku dengan Heidi baru aje berbaik. Aduh!

"Mama tak sabar nak cucu lelaki itu, Raz. Nak cari kawan untuk si Mika itu." Kak Hezra mencelah dengan membawa nama anaknya, Mika. Aku menelan liur.

"Kalau dah ada, cepat-cepat beritahu. Boleh kita berjaga-jaga. Mama tengok Raz busy sangat. Takut kalau dah ada nanti, tapi Raz tak sedar, bahaya." Beriya mama berpesan. Wajah penuh serius.

Sekarang ini, aku tak tahu nak terharu ke tidak. Aduhlah, mama. Baru lagilah...

"Insya-Allah, mama. Kalau ada, Raz beritahu, ya."

Mama mengangguk. "Nanti, kalau dah bersalin, boleh aje pantang kat sini. Kak Hez dulu pun pantang kat sini. Lagipun, kat sini semua perempuan. Tak adalah Raz segan sangat, kan?" Mama menambah lagi.

Aduh, dah jauh sangat ini. Sampai ke pantang pula. Benda pun belum ada, dah sampai isu berpantang pula dah.

"Insya-Allah, mama." Hanya itu yang mampu aku balas.

"Kak Raz, akak suka tengok cerita seram tak?" Suara Alina mengubah topik perbualan. Terus aku menghela nafas lega. Nasib baik. Aku menoleh ke arah Alina sebelum mengangguk.

"Bolehlah juga. Kenapa?"

"Jom tengok movie dengan Lina malam ini. Dah lama tak ada girls' movie night tengok cerita horror. Asyik tengok cerita action aje." Sempat Alina menjulingkan matanya sementara Maisarah di sebelah mencebik.

"Kenapa tak tengok dengan Mai?"

"Mai ini penakut. Mana nak tengok cerita seram. Kak Hez duduk rumah sendiri. Jom tengok malam ini, Kak Raz?" Alina mengajak lagi. Siap dengan mata yang dikelip-kelipkan beberapa kali.

Hmm, macam menarik. Aku pun jenis yang selalu tengok cerita seram sendiri, bukan di wayang.

"Boleh. Nanti akak cakap dengan abang Lina itu dulu." Kena minta izin Heidi dulu. Buatnya dia tengok aku tak masuk bilik malam ini, cuak pula suami aku itu nanti.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now