Bab 57: 𝐡𝐮𝐠 𝐚𝐧𝐝 𝐚 𝐡𝐨𝐭 𝐛𝐚𝐭𝐡

3.4K 249 42
                                    

"SAYANG..." Aku terjaga saat mendengar namaku diseru lembut. Spontan, mata dibuka dengan malas. Apabila terpandangkan wajah Heidi, baru aku teringat apa yang baru terjadi tadi.

Aku liarkan pandangan ke sekeliling apabila menyedari yang aku masih berada di dalam kereta dengan Heidi.

"Dah sampai rumah ke?" Aku bertanya perlahan sambil menegakkan tubuh. Tapi, apa yang aku lihat melalui tingkap membuat dahi aku berkerut. Kenapa aku nampak bangunan Espire Hotel ini?

"Abang ada kerja ke?" Spontan, aku bertanya. Manalah tahu dia ada hal yang nak diuruskannya di hotel. Heidi hanya diam tak menjawab bersama sebelah tangan mengelus pipiku.

"Ikut abang sekejap." Heidi berkata dan aku menggosok mata yang masih terasa berat. Kalau ikutkan, rasa malas sangat nak ikut Heidi ke pejabat, tapi mungkin ada benda penting agaknya.

Kalau tak, dah lama Heidi bawa aku ke rumah sebab dia tahu keadaan aku yang sedang penat sekarang ini. Akhirnya, aku tetap mengangguk sebelum Heidi membawa aku keluar dari kereta.

Masuk ke dalam lif, Heidi menekan butang P untuk ke presidential suite. Maksudnya, betullah dia nak ke pejabat. Ada hal emergency agaknya. Aku sandarkan kepala di bahu Heidi yang sedang memaut erat bahu aku. Bukan nak mengada, tapi sebab aku memang mengantuk dan penat sangat. Lagipun, hanya kami berdua saja dalam lif ini.

Apabila sampai di tingkat P, aku dan Heidi sama-sama melintasi ruang pejabat Heidi. Dan, aku berkerut. Bukan nak ke pejabat ke? Kenapa bawa aku masuk dalam bilik pula? Aku sekadar membiarkan Heidi menolak lembut tubuhku sehingga terbaring di atas katil. Sebelah tangannya bergerak menanggalkan tudungku dan sedikit pun aku tak membantah.

Selesa kerana dimanjakan dalam keadaan tubuh yang sangat penat.

"Stay." Heidi berkata sepatah bersama ciuman sekilas di dahiku sebelum dia berlalu dari katil. Entah ke mana, aku sendiri pun tak tahu. Tapi, tak sempat nak memejam mata untuk kali kedua, Heidi kembali muncul di depan aku. Mata yang mengantuk terus meluas apabila Heidi tiba-tiba mencempung aku. Terkejut punya pasal, terus aku lingkarkan tangan ke leher Heidi.

Tak sempa bertanya, Heidi sudah membawa aku masuk ke dalam bilik spa yang tersedia di dalam presidential suite itu. Tab jakuzi berbentuk bulat dan luas itu sudah dihidupkan bersama air yang berbuih-buih. Perlahan-lahan, Heidi letakkan aku ke dalam tab jakuzi tersebut. Terus basah tubuh aku yang masih berpakaian lengkap.

"What are you doing, abang?" Aku bertanya tetapi Heidi tak menjawab. Dia berdiri seketika dan dalam sekelip mata, baju di tubuhnya ditanggalkan. Apabila aku lihat Heidi mula menapak masuk ke dalam tab, mata aku dah meluas.

Oh no! Bukan aku nak menolak, tapi sungguh, aku tak larat sangat.

"Abang..."

"Stay." Heidi memintas sebelum dia melangkah masuk ke dalam tab jakuzi dengan hanya berseluar. Kemudian, tangannya menarik lengan aku dan dia letakkan aku di atas pangkuannya. Tangannya melingkar di pinggangku dan aku disandarkan pada dadanya.

Sekali lagi, aku tersentak dengan sentuhannya.

"Someone said a hug can make your mood better, and a hot bath make your body less tense. So, I shall give you both. Just stay this way." Heidi berkata di sebelah telingaku sambil menyelesakan lagi kedudukan kami.

Aku terdiam mendengar kata-katanya. Tipulah kalau aku kata aku tak selesa begini. Hilang sedikit segala penat yang aku rasakan tadi. Akhirnya, aku relaxkan tubuh yang terasa tegang dan aku bersandar pada dadanya.

Hening seketika di antara kami. Hanya bunyi mesin pemanas air jakuzi di dalam bilik air ini.

Sehinggalah Heidi tiba-tiba mencium lembut bahu aku. Spontan, aku terkejut. Terus aku cuba untuk lepas dari pelukannya. Rasa geli dan jijik dengan diri sendiri. Namun, Heidi semakin mengeratkan rangkulannya pada pinggang aku. Bagaikan sudah bersedia dengan reaksi refleks yang aku tunjukkan.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang