Bab 47: 𝐲𝐨𝐮 𝐝𝐢𝐬𝐚𝐩𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐦𝐞, 𝐬𝐡𝐢𝐫𝐚𝐳

2.7K 229 49
                                    

"SAMPAI bila Shiraz nak buat abang macam ini?" Heidi bertanya dengan nafas yang sedikit mengah selepas pergelutan kami tadi. Dia bangun dari katil sebelum berdiri membelakangiku. Sebelah tangannya naik memicit dahi dan suara tegang menahan perasaan. Sikit pun marahnya tidak surut.

Aku yang sedang terbaring terus bangkit dan duduk di birai katil. Nafas tercungap sambil tangan naik menyeka air mata di pipi.

Seketika kemudian, aku memandang Heidi dengan ekor mata. Sempat mataku menangkap Heidi yang mengerling ke arahku. Bagaikan ada riak menyesal kerana pergelutan kami tadi tapi cuba disembunyikan. Ego atau marah, aku sendiri tak pasti. 

Sayangnya, tak lama sebelum Heidi memilih untuk berpusing dan bergerak ke almari pakaiannya. Aku diam tanpa kata, namun tersentak apabila dia menarik keluar sehelai tshirt.

Heidi tak pernah pakai tshirt malam-malam. Dia nak keluar ke?

"Siapa abang di hati Shiraz?" Heidi bertanya lagi. Soalan cepumas yang kedua.

Aku duduk di birai katil bersama kedua kaki dijatuhkan ke bawah. Nafas ditarik sesaat, cuba menenangkan diri untuk memberi jawapan.

"Abang kata abang sanggup tunggu." Aku ulang semula apa yang pernah Heidi janji pada aku dulu.

"Ya. Tunggu Shiraz terima abang. Tunggu Shiraz mengaku perasaan Shiraz pada abang. Buang perasaan serba salah yang ganggu Shiraz selama ini! Itu tujuan abang beri Shiraz masa. Bukan untuk Shiraz kenangkan benda lama!" Tinggi suara Heidi pada aku namun tertahan. Cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu menengking aku.

Aku terus memandang Heidi. "Abang ingat Shiraz masih sayangkan Zayn? Abang ingat Shiraz nakkan Zayn? Cuba dapatkan Zayn? Shiraz tak gilalah, abang. Sebelum Zayn atau Shiraz berkahwin pun, Shiraz dah redha dia bukan hak Shiraz!"

"Jadi, apa yang abang nampak tadi, Shiraz? Shiraz berdua dengan Zayn! Shiraz tipu abang! You said it was Zayn and Rai! And worse, dia sentuh Shiraz!"

"Dia kawan Shiraz. Apa salahnya Shiraz keluar makan dengan dia? You are not being fair!" Aku tak suka bila Heidi cuba letakkan Zayn sebagai orang yang bersalah.

Apa yang terjadi petang tadi itu tak disengajakan. Zayn nak tolong aku. Dia terpaksa sentuh aku. Sebelum ini, mana pernah Zayn sentuh aku tanpa sebab. Lainlah hal dia dengan Hazlin. Mengingatkan semula peristiwa di pejabat petang tadi, perasaan aku kembali terbakar.

"Ya, dia kawan Shiraz! And I swear to God, if you just come clean, abang akan benarkan Shiraz keluar makan dengan Zayn. But, you chose to lie! Hanya demi keluar berdua dengan Zayn!"

Aku mengetap bibir. Hati menjerit-jerit ingin menerangkan soal Raihana yang tak dapat datang atas tujuan kecemasan. Tapi, ego aku menghalang. Kalau dia boleh berdua dengan Hazlin di tempat bertutup, kenapa dia nak halang aku berdua dengan Zayn?

"Kalau Shiraz betullah masih nakkan Zayn, dah lamalah Shiraz sabotaj perkahwinan diorang, abang. But, I didn't! You're too much to accuse me of kissing and hugging him. Dia kawan Shiraz yang abang tak sepatutnya cemburu pun!"

"Ya, abang takkan cemburu sebab abang tahu Shiraz tengah cuba nak lupakan Zayn! Tapi, dayuslah abang kalau abang benarkan lelaki lain sentuh isteri abang! Kawan baik macam mana sekalipun, haram untuk dia sentuh Shiraz! And worse, you let him!

Dan, bila abang yang halal nak sentuh Shiraz, beriya Shiraz menepis! Siapa suami, dan siapa kawan Shiraz sekarang ini?" Suara Heidi semakin tinggi. Mata mencerun memandang aku. Tak pernah aku lihat dia semarah ini dengan aku.

Tapi, dia tahu marah dia aje ke? Marah aku pula, macam mana?

"Tell me, Shiraz. Shiraz masih sayangkan Zayn? Masih tak boleh lupakan dia? Mana janji Shiraz yang Shiraz nak mencuba?"

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now