Bab 16: 𝐝𝐢𝐝 𝐡𝐞 𝐡𝐮𝐫𝐭 𝐲𝐨𝐮?

1.8K 212 14
                                    

"CIK Shiraz, ada orang nak jumpa."

Aku memanggung kepala dengan dahi berkerut. Siapa pula nak jumpa aku ini? Abah lagi ke? Sempat jam di sudut skrin komputer dikerling seketika. Belum masuk waktu tengah hari pun lagi. Aku ada appointment dengan sesiapa ke?

"Fina, saya ada appointment dengan sesiapa ke?" Aku bertanya tapi Fina terus berkerut. Riak wajahnya menandakan dia sendiri tak tahu. Yalah, dia bukan PA aku. Dan, buat apa aku nak ada PA pula?

"Cik Shiraz tak save appointment dalam kalendar telefon cik Shiraz ke?"

Aku mengeluh perlahan. Cakap pasal phone ini, dah entah berapa kali aku mengeluh. Dari semalam lagi. Aku langsung tak dapat nak jejak keberadaan telefon bimbit aku.

"Phone saya hilang. Saya tak ingat letak kat mana."

"Lah, ya ke? Bila last Cik Shiraz nampak?" Fina bertanya prihatin.

"Saya keluar dengan kawan saya semalam. Dia hantar saya balik rumah. Lepas itu, saya dah tak nampak dah bayang phone saya itu." Aku berkata dalam keluhan.

Beriya aku mencari sejak semalam. Ada juga aku terfikir yang telefon itu mungkin tertinggal dalam kereta Heidi, tapi Heidi tak patah balik ke rumah aku pun untuk pulangkan semula. Maksudnya, bukan pada Heidilah.

Tapi, di mana?

"Cik Shiraz salah letak kut... Err, tetamu Cik Shiraz ini macam mana, ya?" Fina menggaru belakang lehernya.

"Oh right. Siapa yang datang? Awak kenal ke?" Aku syak Zayn yang datang, tapi biasanya Zayn main redah saja ke pejabat aku. Atau mungkin Heidi? Mungkin phone aku memang pada dia?

"Saya tak kenal. Tapi, dia sebut nama dia Malik. Dia macam tengah marah aje, Cik Shiraz." Ayat akhir Fina itu diucapkannya dengan separuh berbisik.

Mendengar sebaris nama itu, mata aku terus meluas. Malik? Malik, abang ipar aku itu? Kenapa dia datang sini?

"Marah?" Aku bertanya perlahan dan Fina mengangguk.

"Dia cakap dia nak jumpa Cik Shiraz juga. Tak nak alasan. Customer pun dah ramai terpandang-pandang, Cik Shiraz." Fina terus memberi laporan sehingga aku terpaksa menelan liur. Hati tak sedap.

Berdepan dengan Malik yang sedang emosional adalah perkara terakhir yang aku nak. Tambah pula, aku tak tahu punca kemarahan dia.

"Awak beritahu dia yang saya on the phone dan saya ada appointment lepas ini. Tak boleh jumpa dia." Aku terus memberikan alasan.

Kening Fina berkerut mendengar arahanku. Pelik agaknya apabila aku hendak mengelak. Tapi, aku tak kisah. Yang pasti, aku tak nak jumpa Malik!

"Awak cakap aje macam itu. Nanti saya..."

Bum!

Bahu aku terangkat. Terkejut dengan bunyi yang tiba-tiba muncul dari muka pintu pejabat aku yang tertutup. Bukan setakat aku, Fina yang berdiri di sebelah pintu pun spontan mengambil langkah untuk menjauhkan diri apabila pintu tiba-tiba dihentam dari luar.

Bum! Bum!

Bunyi hentaman kedengaran lagi dan aku spontan terbangun dari kerusi. Fina juga sudah memandang dengan wajah cuak. Rasa nak roboh pintu pejabat aku itu dibuatnya.

"Shiraz! Shiraz!"

Mata aku membulat apabila suara di sebalik pintu itu cukup familiar di telinga.

Malik?

Apabila aku masih tidak menyahut panggilannya, aku lihat pintu pejabat aku dipulas kasar dari luar sebelum dibuka dengan ganas. Sampaikan berhentam dengan dinding di belakang pitnu.

SHIRAZ | 𝐫𝐚𝐰 | ✓ completed •Where stories live. Discover now