"Haah. Abang nak ambil dokumen penting tu. Malam nanti nak kena fax terus," balas Aakiff. Dia sebenarnya agak malas untuk keluar bila cuti-cuti macam ini. Tapi disebabkan dokumen itu merupakan dokumen penting, terpaksalah dia kembali ke pejabat untuk mendapatkan dokumen tersebut.

"Abang tunggu hujan redha sikitlah. Sekarang hujan lebat ni," kata Adwa sedikit risau. Sejak petang tadi, hujan turun dengan lebat ditambah petir dan kilat sekali.

"It's okay. Abang bawak kereta 10km/h je," Aakiff bersenda tersengih.

"Ish! Abang ni. Adwa cakap serius ni," marah Adwa.

"Ya. Ya abang tak main-main. Nak apa-apa tak? Nanti abang singgah beli," Aakiff mempelawa. Adwa laju geleng kepala.

"Tak nak. Abang pergi terus balik okay?" Pesan Adwa. Adwa memeluk pinggang Aakiff yang berdiri di hadapannya itu.

"Dapat hadiah special tak malam nanti?" Aakiff mula menggatal. Sekali perutnya dicubit geram oleh Adwa. Aakiff ketawa lucu. Suka sangat usik Adwa

**

ADWA sedang mengemas dan mencuci pinggan mangkuk ketika dia diserang perasaan tidak sedap hati. Azan berkumandang memandangkan sudah masuk waktu isyak. Setelah selesai mencuci pinggan dan mengemas dapur, Adwa segera ke bilik untuk menunaikan solat isyak juga tenangkan hatinya yang tiba-tiba gelisah ketika itu.

Selesai solat isyak, telefon Adwa lantang berbunyi. Dengan masih bertelekung, Adwa segera menjawab panggilan itu.

"Hello, ini Puan Adwa Sofea ke?" satu suara garau menyapa telinganya. Jantung Adwa mula berdegup kencang. Hatinya mula tak tenteram.

"Ya saya. Ni siapa ya?"

"Saya inspektor nizam. Aakiff Muhammad suami Puan, betul?"

"Ya," terketar ketar suara Adwa.

"Suami Puan kemalangan. Sekarang dalam perjalanan ke hospital," kata-kata Inspektor Nizam selepas itu bagaikan satu deringan yang kuat. Adwa sudah tidak dapat mendengar apa-apa sebaik sahaja dia dapat rasakan jantungnya direntap dengan kasar mendengar suaminya kemalangan.

"Puan?"

"Hospital mana encik?" adwa gagahkan juga diri untuk bertanya.

Tamat sahaja panggilan, Adwa terus segera mencapai tudung. Air matanya sudah mula berlinangan dan jatuh di pipi..

"Ya Allah. Selamatkan suami aku," hatinya tidak putus- putus berdoa.

Tiba di hospital, Adwa dimaklumkan bahawa Aakiff masih kritikal. Adwa juga sempat memaklumkan kepada ibu mertuanya tentang kemalangan itu.

"Adwa?"

Adwa mendongak. Matanya yang dibasahi air mata itu memandang dengan penuh perasaan sedih dan perit ke arah ibu mertuanya.

"Allahuakbar. Adwa," Puan Suraya terus mendekati menantunya itu. Dipeluk erat untuk memberi kekuatan walaupun ketika itu dia juga turut terkesan. Adwa menangis teresak-esak di bahu Puan Suraya.

" Jangan risau Wa, mama yakin Aakiff kuat. Kita berdoa ya sayang," Puan Suraya menenangkan Adwa.

Dua jam kemudian, seorang doktor melangkah keluar, Adwa segera mendekati doktor itu untuk bertanyakan keadaan Aakiff.

"Doktor, macam mana suami saya?"

"Alhamdulillah. The operation went well. But your husband akan stay dalam ICU sehinggalah keadaan dia betul- betul stabil. Dia tak ada kecederaan teruk di anggota badan yang lain kecuali hantukan yang kuat di kepala. Disebabkan itu, kami masih perlu pantau suami puan sehingga keadaan dia betul-betul stabil," Doktor memberikan penjelasan.

Adwa sedikit lega kerana operation berjalan dengan selamat, namun dia tidak dapat membuang perasaan takut dalam dirinya selagi, Aakiff tidak bangun dan senyum seperti biasa.

Seminggu berlalu, Adwa menunggu Aakiff membuka mata. Menurut doktor yang bertugas keadaan Aakiff sudah makin stable. Melihat keadaan suaminya yang dipenuhi wayar wayar itu membuatkan hatinya rasakan bagai disiat-siat. Sungguh hatinya tidak sanggup melihat keadaan Aakiff yang sebegitu.

"Abang, please wake up. I miss you so much. Don't make me wait for too long please," Adwa memegang erat tangan Aakiff. Satu kucupan lembut di hadiahkan di tangan suaminya itu.

Pintu wad ditolak daripada luar.

"Kakak," wajah uminya terjengul dari pintu.

"Kakak dah makan?" Suara uminya lembut bertanya. Adwa mengangguk dengan senyuman yang lemah.

"Kakak dah makan tadi ummi,"

Puan Shilla mendekati anak perempuannya itu, dipicit lembut bahu Adwa sebagai tanda memberikan kekuatan untuknya.

Dua minggu berlalu, Aakiff mula stabil. Menurut doktor, hanya perlu tunggu Aakiff buka mata sahaja daripada komanya.

"Abang, I miss you again. Bila abang nak bangun?" Seperti biasa Adwa tidak pernah berhenti bercakap dengan Aakiff walaupun tiada respons diterima.

Adwa mengusap lembut jari jemari Aakiff. Ketika itu, Adwa dapat rasakan jari Aakiff bergerak sedikit. Adwa mula rasa hatinya bagaikan ingin melambung keluar. Adwa kemudian mendongak melihat wajah Aakiff pula menanti dengan sabar kalau-kalau suaminya itu akan sedar. Sudah beberapa kali Adwa berharap.

Akiff akhirnya membuka mata. Kesan ubat membuatkan dia membuka mata dengan bersusah payah. Adwa tidak dapat menahan perasaan syukur dan gembiranya ketika itu. Terus disentuh wajah suaminya dengan lembut.

"Abang?"

Aakiff pandang Adwa dengan pandangan keliru. Lama dia cuba membetulkan pandangannya yang sedikit kabur sehinggalah pandangannya menjadi jelas. Dahi Aakiff berkerut.

"Who are you?"

Hello guyss. Macam biasa jangan lupa Vote & Comment. Your vote help this story tu level up. Thank you everyone. Enjoyy. ❤️❤️

Mine (Always & Forever) ✔️ CompletedWhere stories live. Discover now