lima puluh lima

6.2K 271 0
                                    

1 minggu kemudian...

Walisah setia menunggu suaminya sedar. Lelaki tersebut masih belum sedarkan diri. Dia mengucup tangan Ikmal dengan lembut.

"Abang, bila abang nak bangun ni? Sayang rindu dekat abang." luahnya sebak. Dia membelai rambut Ikmal dengan lembut.

"Assalamualaikum." kata Putri Qhaisara diikuti dengan keluarganya yang lain. Keluarga angkatnya juga turut berada di situ.

"Adik..adik dah makan ke?" soal abangnya iaitu Fazim. Yang merupakan abang angkatnya yang belajar di luar negara.

"Dah along," balas Walisah lemah.

"Yelah,"

"Angah mana?" soal Walisah mencari abangnya yang satu lagi.

"Angah ada hal sekejap," jawab Fazim. Walisah hanya mengganguk.

"Walisah rehatlah dulu. Walisah takde rehat lagi kan?" soal Putri Qhaisara prihatin. Walisah tersenyum kecil.

"Takpe, bu. Walisah tak apa-apa," balasnya dengan senyuman kecil. Selepas itu, kedengaran suara Ikmal.

"Argh!!"

"Abang! Ya Allah, abang dah sedar. Alhamdulillah." kata Walisah lalu memeluk tubuh suaminya dengan linangan airmatanya. Mereka yang lain tersenyum lega kerana akhirnya lelaki tersebut sudah sedarkan diri.

"Eh? Sayang kenapa menangis? Abang tak apa-apalah." kata Ikmal lalu mengusap kepalanya. Walisah menangis seperti budak kecil.

"Abang lama sangat tidur. Rindu tahu tak?" rengeknya manja. Ikmal menjadi malu kerana mereka berdua menjadi tatapan keluarga mereka.

"Erkk..sayang. Janganlah macam ni. Abang dah malu ni. Sayang tak segan ke diperhatikan oleh keluarga kita dekat sini? Nak bermanja dengan abang bukan dekat sini ye sayang. Nanti dekat rumah." bisik Ikmal kepadanya. Dia tersengih ke arah keluarga mereka yang tersenyum-senyum melihat mereka berdua.

Walisah terdiam. Dia baru sedar yang mereka sedang ditatap oleh keluarga mereka. Walisah menggaru keningnya yang tidak gatal.

"Erkk..hehe."

"Amboi..kalau ye pun nak buat scene sweet janganlah buat dekat sini. Tunggu korang balik rumah jelah. Kan sayang?" kata Iskandar kepada isterinya, Tengku Atilia.

"Betul tu," sokong Atilia. Mereka yang lain tergelak melihat wajah malu-malu pasangan suami isteri tersebut.

'Haih..apalah nasib aku.' desis hati Ikmal pasrah disakat oleh keluarganya sendiri.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now