lima puluh empat

5.8K 270 2
                                    

"Kau kata perempuan lemah huh?" ujar Amyra dengan senyuman sinis. Dapat mereka rasakan aura gadis tersebut sangat kuat sehingga membuatkan bulu roma mereka meremang.

"Korang tengok apa lagi? Seranglah!" Arah Lee kepada anak buah mereka yang berada di dalam bilik tersebut. Walisah terdiam melihat perubahan adik iparnya. Dia yakin yang ada pada diri gadis itu adalah sisinya yang satu seperti yang dikatakan oleh Ikmal kepadanya.

"Huh? Stupid!" kata Amyra lalu mengelak kesemua serangan anak buah Viona dan Lee. Tangan salah seorang daripada mereka ditahan oleh Amyra lalu dipatahkan dengan kasar.

Krak!! Krak!!

"Arghhh!!!" tidak cukup dengan itu. Amyra mematahkan lehernya sehingga lelaki tersebut sudah tidak bernyawa.

Amyra menundukkan kepalanya apabila dia merasakan ada seseorang yang sedang berada di belakangnya. Hampir sahaja kepalanya terputus kerana anak buah Viona menggunakan samurai dan ingin memenggal kepalanya.

Amyra tersenyum sinis. Dia menyepak bahagian kemaluan lelaki tersebut sebelum dia mengambil samurai tersebut lalu dia memotong kepala lelaki tersebut dengan kasar.

Darah yang memercik di wajahnya tidak dihiraukan oleh Amyra. Walisah menjadi gerun melihat perubahan Putri Amelia. Sangat menakutkan. Irfan ingin menghalang namun dia tahu yang gadis itu tidak akan terkawal. Hanya seorang sahaja yang mampu mengawal gadis tersebut iaitu Tengku Ikmal Hakimi. Abang kandungnya sendiri.

"Nice! Manis!" kata Amyra sambil menjilat darah tersebut dengan senyuman sinis. Kesemua anak buah Viona dibunuh oleh Amyra dengan kejam tanpa ada yang tinggal.

Wajah dan bajunya sudah dipenuhi dengan darah manusia. Dia tersenyum puas. Dia memandang pula ke arah Lee dan Viona yang terkejut melihatnya.

"Kenapa? Takut? Jangan takut aku tak makan orang." kata Amyra dengan senyuman seram. Lee melepaskan tembakan namun dielak oleh Amyra.

"Itu je kau mampu? Lemah!" selepas berkata seperti itu, dia menarik tubuh Lee sehingga terpisah dengan Viona.

"Arghh!! Lepaskan akulah sial!" tengking Lee dengan kuat. Amyra tergelak. Samurai tersebut digunakan untuk menikam Lee sehingga samurai tersebut tembus pada tubuh Lee.

"Ar—rgh" tersekat-sekat Lee mengeluarkan suaranya. Darah yang banyak keluar dari mulutnya. Dahinya berkerut menahan kesakitan. Viona sudah menjerit seperti orang gila.

"Lee!!!"

"Huh? Sampah!" kata Amyra lalu menarik samurai tersebut dengan kasar. Walisah tidak tahan untuk melihat pembunuhan kejam yang dilakukan oleh adik iparnya sendiri. Dia segera menutup matanya.

"Kau memang sial!" tengking Viona lalu melepaskan tembakan berkali-kali kepada Amyra namun semuanya hanya sia-sia. Sedikit pun serangan tersebut tidak mengena pada gadis tersebut.

"Arghh!!!" Viona menjerit geram kerana semua serangannya tidak mengena. Dia mengambil kayu lalu membuat serangan namun semua itu dapat dielak oleh Amyra dengan cekap.

Buk!! Buk!!

"Arghh!!" Viona memegang perutnya. Dia memandang wajah Amyra dengan tajam manakala Amyra pula memandangnya dengan senyuman sinis.

Samurai diambil lalu kedua kaki Viona dipotong dengan kasar dan tanpa belas kasihan. Kedua kakinya terputus dari tubuhnya.

"Arghh!! Sakit!!"

"Sakit? Itu baru sikit!" kata Amyra lalu memotong kedua tangan Viona. Darah membuak-buak keluar dari tubuhnya.

Irfan sudah tidak sanggup melihat anaknya menjadi sangat kejam. Dia harus menghentikannya.

"Aku belum puas." selepas itu dia memenggal kepala Viona sehingga kepala gadis itu terpisah dari tubuhnya. Dia tergelak jahat.

"Stop it! Adik stop!!"

"HAHAHAHAHAHAHAHA" Amyra tergelak jahat. Ikmal tersedar. Dia memegang kepalanya yang terasa sakit. Pandangannya yang kabur menjadi jelas. Dia terkejut melihat mayat yang sangat ngeri.

Dia memandang adiknya yang sedang tidak terkawal. Dia tahu yang ada di hadapannya itu bukan adiknya.

"Sayang?" katanya perlahan. Walisah terus membuka matanya perlahan. Dia tersenyum gembira.

"Abang! Abang tak apa-apa ke?" soalnya risau. Ikmal memegang kepalanya yang terasa sakit serta tubuhnya juga.

"Abang okey,"

"Abang tolong hentikan adik abang. Dia dah tak terkawal abang." kata Walisah kepadanya. Ikmal memejam mata sebelum dia membuka kembali.

Dia memandang ke arah ayahnya yang tidak jauh dari tempat mereka berdua. Lelaki tersebut mengalami kecederaan.

"Ayah?"

"Ikmal. Tolong hentikan adik. Cepat!" Arah Irfan. Ikmal mengagahkan dirinya untuk bangun dan perlahan-lahan mendekati tubuh Putri Amelia.

Dia terus menarik tubuh kecil itu ke dalam pelukkannya untuk menenangkannya. Amyra terkejut.

"Ikmal..."

"Adik, dah. Semua dah berakhir. Cukup." kata Ikmal perlahan tidak berdaya. Amya terdiam seketika. Ikmal mengusap belakang adiknya perlahan-lahan.

"Semua dah berakhir adik." kata Ikmal lagi. Amyra masih diam. Dia membalas pelukkan tersebut lalu matanya dipejamkan dan kembali normal.

"Abang?" kata Putri Amelia. Ikmal tersenyum lega. Selepas itu, dia jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri.

"Abang!"

"Ikmal!"

"Awak!"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now