lima puluh satu

5.3K 253 0
                                    

Walisah meronta-ronta minta dilepaskan. Kain hitam diahlikan dari kepalanya. Dia memandang kawasan tersebut.

"Aku dekat mana ni? Mana suami aku!" jerkah Walisah kepada anak buah Viona yang berada disitu.

"Kau perempuan lebih baik kau diam!" marah anak buah Viona yang berwajah bengis dan mempunyai tato dibahagian lehernya.

"Aku tanya mana suami aku?" tengkingnya. Pipinya sekali lagi ditampar dengan kuat sehingga bibirnya pecah. Walisah menahan sakit dibahagian pipinya.

"Kau siapa nak tengking aku? Perempuan bodoh!" sekali lagi dia ditampar dengan kuat. Walisah hanya mampu menahan sakit. Airmata mengalir setitik demi setitik.

Pintu bilik itu dibuka oleh Viona yang diikuti dengan Lee. Bibirnya menguntumkan senyuman sinis untuk Walisah.

"Miss Walisah. How are you? Okey?" soal Viona dengan senyuman sinis. Walisah tidak menjawab. Dia mengamati wajah yang berada di sebelah Viona.

'Lelaki tu...lelaki itulah yang simbah asid dekat muka aku!'

"Kau!"

"Hye, girl. Why?" soal Lee dengan gelakkan. Walisah memandang tajam ke arahnya. Disebabkan lelaki itu wajahnya berubah menjadi hodoh disebabkan parut tersebut.

"Korang siapa? Apa yang korang nak dari kami?"

"Aku Viona dan ini Lee, teman lelaki aku," jawab Viona dengan sinis. Walisah terdiam. Viona? Jadi inilah perempuan yang Ikmal ceritakan. Dia pasti ingin balas dendam atas kematian ayahnya.

"Kau nak apa lagi? Tak puas lagi ke kau buat hidup suami aku terseksa dulu?" tengking Walisah. Viona tergelak.

"So sweet. Mesti dia dah ceritakan dekat kau semua kan? Baguslah kalau macam tu. Tak perlu aku beritahu dekat kau," ujar Viona lalu mendekati tubuh Walisah.

"Kau ni memang cantik. Aku tak nafikan yang kau ni cantik. Walaupun separuh dari muka kau dah hodoh tapi tetap nampak cantik." ujar Viona kepadanya. Walisah menjeling tajam.

"Kau nak apa? Aku takde masa nak layan orang macam kau!" balas Walisah kasar. Viona tergelak sebelum dia menarik tudung Walisah sehingga wajah gadis tersebut terdongak ke atas.

"Aku nak nyawa kau dengan suami kau. Lepas je aku bunuh korang berdua. Giliran keluarga kau dan keluarga suami kau pula jadi mangsa," balas Viona lalu menolak kepala Walisah dengan kasar.

"Kau jangan mimpilah! Aku yakin kau yang akan mati bukan kami!"

"Really? Bawa dia masuk ke dalam!" Arah Viona dengan lantang. Tubuh Ikmal yang penuh dengan darah dan lebam diheret masuk ke dalam lalu diletakkan di hadapan Walisah.

Walisah tergamam melihat keadaan suaminya yang sangat teruk. Airmatanya mengalir dengan sangat deras. Ingin sahaja dia memeluk lelaki tersebut namun tubuhnya sudah diikat dengan ketat. Dan itu menambahkan lagi perasaan sedihnya.

"Abang!"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now