tiga belas

5.9K 341 3
                                    

Walisah hanya berdiam diri sahaja. Dia tidak mengeluarkan sepatah pun perkataan dari mulutnya. Dia duduk di bahagian belakang.

Ikmal pula fokus dengan pemanduannya. Keadaan dalam kereta sunyi sepi yang hanya kedengaran hanya bunyi radio sahaja.

"Woii, tomboy. Kau dah makan ke?" soal Ikmal memulakan perbualan. Walisah tidak menjawab. Dia hanya berdiam diri saja.

"Kau pekak ke? Aku tanya kot" ujar Ikmal geram. Walisah menjeling tajam lalu berdecit kecil. Kalau hari-hari dia bersama dengan lelaki itu, boleh jadi gila agaknya.

"Belum," balasnya sepatah. Ikmal mengganguk faham. Gadis itu sama sekali tidak melihat kearahnya. Benci sangat ke? Lantaklah! Fikir aku kisah ke?

"Lepas ambil barang kita singgah makan dulu." kata Ikmal kepadanya. Walisah pantas menggeleng. Memang taklah dia nak makan dengan lelaki tu. Boleh mental dia nanti.

"Taknak! Aku nak terus ke hospital. Dekat sana nanti boleh makan juga," balas Walisah tidak suka. Ikmal menjongketkan keningnya.

"Aku tak perlu persetujuan kau. Aku cuma beritahu apa yang aku nak buat. Aku nak ajak kau makan sebelum pulang ke hospital. Bukan minta persetujuan kau." kata Ikmal dengan senyuman sinis. Walisah meraup wajahnya kasar.

'Ya Allah, kau sabarkanlah hatiku melayan mamat tak betul ni. Sabarkanlah hatiku. Kalau tak boleh sabar, kena sabarkan juga.' doanya dalam hati.

"Kau siapa nak arah aku? Suami aku? Kekasih aku? Bukan kan? Kau takde hak nak arahkan aku suruh ikut cakap kau!" kasar Walisah berkata. Ikmal tersenyum sinis.

"Memang aku bukan suami kau apalagi kekasih kau. Memang taklah aku nak jadi suami untuk minah tomboy macam kau ni," balas Ikmal lalu senyum mengejek. Panas hati Walisah melihat senyuman tersebut.

"Kau ni kalau sehari tak buat aku sakit hati memang tak sah kan? Kau kurang perhatian ke apa?"

"Aku dah cukup perhatian,"

"Lepastu, kurang apa?"

"Kurang? Kau rasa aku kurang apa?"

"Kurang akal!"

"Aku rasa kau yang kurang akal sebab otak kau mereng je," balas Ikmal menambahkan lagi amarah Walisah.

"Bukan aku! Tapi, kau. Kau tu yang kurang akal! Asyik arahkan orang je! Kau ingat aku ni hamba ke apa nak ikut cakap kau?" bengang Walisah. Wajahnya sudah cemberut habis. Tangan disilangkan didada.

"Aku tak suka bantahan, tomboy. Dengar je cakap aku. Senang kan? Tak payah nak membebel bagai. Buat sakit telinga aku je," malas Ikmal. Walisah menampar bahu Ikmal dengan kuat.

Pap!

"Aduh! Kau kenapa hah? Gila ke apa? Minah tomboy sesat!" marah Ikmal lalu mengusap bahunya. Walisah menjulingkan matanya keatas. Suka hati dia je cakap aku tomboy. Aku ni gadis idaman.

"Suka hati kau je cakap aku tomboy kan? Aku ada nama setan! Nama aku Walisah! WALISAH!" geram Walisah dengan kuat. Ikmal tidak mengendahkannya.

"Wal? Wal apa? Walpaper ke? Ouh, walpaper. Asal tak cakap? Unik juga nama kau," balas Ikmal kepadanya. Walisah hanya mampu menahan sabar dengan sikap Ikmal yang jelas sengaja menyakitkan hatinya.

"Lantak kau ah! Dasar mamat gila! Kurang akal! Bodoh! Nak kata takde pelajaran tak boleh juga. Nak kata pandai pun tak boleh juga. Mamat gila!" kutuk Walisah lalu berdiam diri semula. Ikmal hanya tersenyum sinis sahaja. Garang sangat ah. Tomboy memang garang kot. Entahlah. Ikmal malas nak berfikir. Dia pun turut diam dan keadaan dalam kereta tersebut kembali sunyi.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now