empat

8K 419 19
                                    

Seorang lelaki yang berambut merah sedang duduk bersama seorang perempuan yang berpakaian seksi. Pinggang gadis itu dipeluk erat dengan senyuman miang.

Bunyi rentak di club malam tersebut sangat kuat. Lelaki dan perempuan menari dengan penuh asyik dan berpelukan tanpa mengenal haram dan dosa.

"Apa maklumat yang kau dapat?" soal lelaki tersebut kepada orang upahannya. Asal vape dihembuskan di wajah gadis yang berada di sebelahnya.

"Ada seorang budak muda yang makin terkenal dan berpengaruh dalam dunia mafia. Kedudukan kau sekarang dah mulai tergugat dengan kehadiran budak tu," balas orang upahannya. Lelaki tersebut tersenyum sinis.

"Seriously? Siapa budak tu? Setakat budak macam tu, kacang je bagi aku." katanya riak lalu tergelak.

"Dia anak kepada Tengku Irfansyah. Ketua mafia yang terkuat dulu," jawabnya kepada lelaki itu.

"What? Ah shit!" makinya dengan sedikit kuat. Siapa sahaja tak mengenal lelaki yang bernama Tengku Irfansyah. Bagi yang tak tahu boleh baca story pertama That Little Mafia Girl Is Mine baru korang faham.

"Perhatikan je budak tu. Kita tunggu masa nak hapuskan dia. Aku memang dah lama berdendam dengan Tengku Irfansyah. Tak salah kalau aku nak bunuh anak dia." ujarnya dengan senyuman penuh bermakna.

"Baik, boss," balas orang upahan tersebut. Lelaki yang berambut merah itu tersenyum sinis. Dia takkan benarkan anak kepada Tengku Irfansyah jatuhkan dia.

"Kau boleh pergi." katanya lalu dibalas anggukan dari orang upahannya. Lelaki itu memandang wajah gadis yang duduk di atas pehanya dengan senyuman miang.

"Teman aku malam ni sayang. Boleh?" katanya dengan suara menggoda. Gadis itu tersenyum manis kepadanya.

"Untuk you semua boleh," balas gadis tersebut lalu mengucup pipinya. Lelaki itu tergelak sebelum mereka berdua keluar dari club tersebut dan menuju ke hotel.










Walisah keluar dari bilik dan menuju ke tingkat bawah. Kelibat mummy dan daddynya dicari. Dia ingin keluar sebentar kerana rakannya sedang dalam masalah.

"Mummy?" jeritnya lantang. Langkahnya sangat laju. Dia sangat risaukan kawannya. Along tempat ayah kawannya itu datang kerumah mereka untuk menagih hutang.

"Mummy? Daddy?" jeritnya lagi. Dia meliar mencari kelibat kedua ibubapanya. Namun, kelibat mereka tidak dijumpai.

"Bik, mummy dan daddy aku pergi mana?" soalnya kepada pembantu rumah mereka.

"Mereka keluar, Wal. Katanya ada hal tadi," jawab pembantu rumah mereka. Walisah mengganguk faham.

"Kalau macam tu aku keluar dulu tau. Kalau mereka cari aku, cakap je aku ada urusan penting. Assalamualaikum."

"Eh, tapi—. Waalaikumsalam."

Kelibat Walisah sudah hilang. Gadis itu menggelengkan kepala dengan sikap anak majikannya. Dia terus menyambung semula kerjanya yang tergendala.










Walisah memandu kereta dengan laju. Dia sangat risaukan keadaan rakannya dengan hanya seorang diri. Ibu dan ayahnya sudah tiada kerana meninggal dunia. Oleh sebab itu, rakannya yang menanggung hutang dari arwah ayahnya.

Pin! Pin! Pin!

"Cepatlah! Aduh..lampu isyarat ni pun satu. Lembab betul!" bebelnya. Setelah lampu bertukar hijau dia terus menekan pedal minyak.

Dalam masa yang singkat dia telah tiba di hadapan rumah rakannya. Dari jauh dia lihat rakannya sedang menangis kerana jumlah lelaki yang ramai. Tanpa berlengah, dia terus menghampiri mereka.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now