dua puluh dua

5.4K 295 6
                                    

Walisah membuka matanya perlahan-lahan. Pandangannya yang kabur perlahan-lahan menjadi jelas. Kepalanya terasa pening.

Matanya memerhatikan segenap bilik tersebut. Kosong dan berbau busuk. Hanya dia seorang sahaja dia berada di dalam bilik tersebut.

"Aku dekat mana ni? Macam mana aku boleh dekat sini?" soalnya sendiri. Dia melihat ke arah tangan dan kakinya yang telah diikat dengan ketat. Dia cuba meleraikan ikatan tersebut namun tidak berjaya.

"Arghh!!! Siapa yang ikat aku ni?" Walisah berkata dengan kuat. Dia mencuba berkali-kali untuk membuka ikatan tersebut namun tetap sama sahaja tidak berjaya. Selepas beberapa minit, pintu bilik tersebut dibuka dari luar oleh seseorang.

Seseorang lelaki yang muda melangkah masuk lalu menghampiri tubuhnya. Walisah terdiam dan perbuatannya juga serta-merta dihentikan.

"Hye. Macam mana keadaan kau? Seronok tak duduk dekat sini?" soal lelaki tersebut kepada Walisah. Walisah tidak menjawab pertanyaannya.

"Pekak ke? Aku tanya kau kot!" tengking lelaki tersebut sehingga gadis itu terkejut lalu memandang wajahnya. Walisah tetap tidak mengeluarkan suaranya. Lelaki tersebut menjadi marah kerana Walisah sangat menguji kesabarannya yang tidaklah banyak.

"Tolong ambilkan aku asid." Arahnya kepada salah satu anak buahnya. Walisah menjadi panik. Matanya sudah berkaca-kaca.

"Nak buat apa dengan asid? Kau jangan nak apa-apakan aku!" akhirnya Walisah mengeluarkan suara namun semuanya sudah terlambat. Lelaki itu tersenyum sinis memandang ke arahnya.

"Baru sekarang kau nak buka mulut? Bukannya tadi kau bisu ke? Bukan setakat bisu je tapi pekak sekali sebab apa yang aku cakap kau dengar dan tak jawab," sinis lelaki itu berkata. Walisah menjadi kalut melihat asid yang sudah berpindah tangan. Matanya sudah berkaca-kaca.

"Tolong jangan apa-apakan aku. Tolonglah. Aku merayu." rayu Walisah dengan mata yang berkaca memandang ke arah lelaki tersebut namun rayuannya tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.

"Pegang kepala dia."

Walisah terus memecahkan tangisannya disitu. Dia meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Kepalanya ditahan agar tidak bergerak. Asid tersebut ditumpahkan ke atas wajah cantik milik Walisah tanpa ada rasa belas kasihan.

"Arghh!!!!"

Sebelah wajah milik Walisah hangus terbakar disebabkan asid tersebut. Gadis itu menangis dan terus menangis. Terasa pedih di bahagian wajahnya.

"Itu balasan kau sebab tak dengar cakap aku. HAHAHAHAH. Sekarang muka kau dah hodoh." ejeknya kepada Walisah.

"Dah. Jom keluar! Biarkan dia dekat sini. Ingat! Jangan bagi dia makan dan minum. Dia mati lagi bagus." katanya tanpa berperasaan. Walisah hanya mampu menangis dengan keadaannya pada waktu itu.

Kesemua mereka melangkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Walisah yang menangis mengenangkan nasibnya. Bergema bilik tersebut dengan tangisan dari Walisah.

"Ya Allah, apa salah aku? Kenapa aku dibuat macam ni? Ya Allah, sungguh aku tidak kuat." katanya dengan airmata yang berlinangan.

Kedebuk!!!

Walisah jatuh pengsan bersama bangku disebabkan bangku tersebut diikat pada tubuhnya. Dia sudah tidak sedarkan diri.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now