tujuh belas

5.6K 331 1
                                    

Ikmal memandang salah satu kereta anak buahnya. Walisah pula di sebelah hanya memejamkan matanya seperti yang disuruh oleh Ikmal. Sebelah tangan Ikmal menggengam erat tangan Walisah dan sebelah lagi untuk dia memandu kereta.

Bang!! Bang!!

Streett!!

"Arghh!!!"

Walisah menjerit apabila kereta milik Ikmal berpusing secara laju. Jantungnya berdegup laju. Ini gila! Kalau macam inilah. Alamatnya aku jumpa tuhan dengan cepat.

Bang!! Bang!!

"Ya Allah, asal main tembak-tembak ni? Aku taknak jumpa tuhan dengan awal wehhh!!!!" ujar Walisah dengan mata yang terpejam. Ikmal merengus geram.

"Kau diam jelah. Aku tahu apa aku nak buat," ujarnya dingin kepada gadis tersebut. Walisah menahan geram.

"Aku ada mulut! Suka hati aku ah! Mulut aku bukan mulut kau! Kau diam jelah setan!" balas Walisah bengang. Ikmal berdecit halus.

"Amboii..suka hati kau je cakap aku setan?" ujar Ikmal dingin. Aura dingin tersebut dapat dirasakan oleh Walisah.

"Takkan aku nak panggil kau iblis pula," selamba Walisah berkata. Walaupun kata-kata yang terkeluar dari mulut gadis itu sangat menyakitkan hati namun Ikmal tetap dengan wajah dan sikap dinginnya. Tangannya juga tidak melepaskan genggamannya.

Ikmal tidak menjawab. Dia malas mahu berdebat dengan gadis tomboy itu. Perempuan asyik nak menang je. Lebih baik dia diam sebelum pergaduhan mereka akan jadi memanjang.

"Kenapa diam?"

"Takde m——"

Belum sempat Ikmal menghabiskan ayatnya. Telefon bimbitnya berdering. Tanpa berlengah masa dia terus menjawab panggilan tersebut.

"Aku ada dekat belakang kereta musuh kau ni. Kau boleh pergi dulu. Hal ini biar aku dan yang lain settlekan."

Kata Iskandar kepadanya. Ikmal mengganguk faham.

"Baiklah kalau macam tu. Korang semua hati-hati." selepas berkata seperti itu. Ikmal terus mematikan panggilan tersebut.

Kereta milik anak buah musuh-musuhnya sudah dikepung oleh Iskandar dan yang lain. Kereta anak buah musuh mereka tidaklah banyak dan itu dapat memudahkan kerja mereka. Ikmal tersenyum senget.

"Pandai buat, pandai tanggung. Loser!!"

Kata Ikmal perlahan. Dia menoleh ke arah Walisah yang tidak bersuara. Rupanya gadis itu sudah tertidur dalam keadaan berpegangan tangan dengannya. Ikmal menggelengkan kepalanya.

"Haih..minah ni. Tadi kata tak boleh tidur. Sengal." ujarnya dengan gelengan kepala sebelum dia fokus dengan pemanduannya dan membiarkan Walisah diulit mimpi tanpa mengejutkannya. Genggaman di tangannya juga tidak dilepaskan oleh Ikmal.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now