dua belas

6K 358 6
                                    

Walisah dan Ikmal berpandangan satu sama lain. Riak wajah dingin lelaki itu membuat Walisah berasa menyampah. Memang tak reti nak senyum ke? Meluat pula aku tengok.

Mereka semua berada dalam wad Putri Qhaisara. Nasib baik sahaja nyawanya dapat diselamatkan kalau tak memang Tengku Irfansyah mengamuklah.

Putri Qhaisara masih belum sedarkan diri. Wajah pucat gadis itu menjadi tatapan mereka. Tengku Irfansyah berada di sebelah gadis yang dicintainya.

"Wal jumpa isteri uncle dekat mana?" soalnya kepada Walisah. Tangan isterinya digenggam lalu dikucup. Dia berjanji akan cari dalang siapa yang rancang disebalik kemalangan isterinya.

"Wal jumpa aunty masa Wal dengan Diana bergerak ke pantai. Masa tu kami nampak kereta aunty. So, kami berhenti lah nak tengok apa yang jadi dan kami nampak aunty dah terbaring dekat atas jalan raya. Pemandu tu tidak dapat diselamatkan," jelas Walisah dengan tenang. Tengku Irfansyah mengganguk faham.

Putri Amelia melihat wajah ibunya dengan tatapan sayu. Dia pasti ini semua angkara musuh ayahnya. Dia takkan maafkan orang tersebut. Ikmal pula tidak berhenti memandang Walisah.

Pelbagai persoalan dibenak fikirannya. Macam mana gadis itu mengenali kedua orang tuanya? Kenapa dia tak tahu? Lagi memeningkan ialah orang tuanya pun mengenali gadis itu. Kenapa dia tak tahu? Dia ketinggalan bas ke apa? Bas mini ke mini pam-pam pecepuk-pecepuk like that rawrr HAHAHA.

"Ikmal, boleh tolong ayah tak?" soal Tengku Irfansyah kepada anak sulungnya. Ikmal mengganguk tanda dia setuju.

"Boleh tolong pergi rumah ambil pakaian ibu? Kalau boleh ajak Walisah sekali ikut dengan Ikmal." ujar Tengku Irfansyah. Membulat mata Walisah. Ikmal pula sudah mendengus.

'Ini gila. Bawa minah tu? Memang taklah! Aduh..ayah ni pun satu. Asal kena ajak minah tu sekali? Rimaslah.' desis hatinya.

Memanglah ayah kau satu bangang takkan ayah kau dua pula. Kalau nak dua suruh ibu kau khawin lagi rawrr HAHAHA.

"Boleh tak?"

"Haa? Tak payahlah ajak dia sekali. Ikmal boleh pergi sendiri," balas Ikmal dengan lembut. Dia tak mahu berkasar dengan ayahnya walaupun dia tidak suka.

"Yah, betul tu. Dia boleh pergi sendiri uncle. Bukan budak kecil lagi nak kena temankan. Tak perlu kot nak ajak Walisah sekali." sampuk Walisah pula dengan sengihan. Tajam anak mata Ikmal memandang wajahnya.

'Eh, minah ni kan. Geram pula aku. Kau ingat aku nak sangat ajak kau sekali ikut dengan aku ke? Memang taklah! Aku lebih rela bawa kucing aku daripada kau. Dasar perempuan tomboy.' getus hati Ikmal.

"Takpelah, kamu dua boleh kenal antara satu sama lain. Nenek yakin yang kamu dua belum kenal kan? Masa inilah kamu rapatkan hubungan kamu." sampuk Puan Nurhuda pula dengan senyuman kecil. Tengku Irfansyah mengganguk setuju.

"Betul tu. Dah, pergi cepat. Takde alasan dan bantahan. Cepat!" Arah Tengku Irfansyah. Dengan malas Ikmal melangkah keluar dari bilik tersebut diikuti dengan Walisah.

Wajah masing-masing masam mencuka sahaja. Jelas menunjukkan yang mereka tidak suka. Tapi, mereka tidak mampu untuk membantah juga.

"Kerek betul ah! Asal aku juga yang kena ikut? Menyampah pula aku. Takpelah kalau kacak, tenang juga hati aku. Tapi, ni rupa macam berok terlepas dari zoo je aku tengok buat aku makin menyampah bukan tenang. Kesian Diana terpaksa tinggal dekat sana. Arghhh!! Bencilah macam ni." bebel Walisah dengan perlahan namun dapat didengari oleh Ikmal yang berada di depannya.

Kedebuk!

"Auch!"

Ikmal berhenti secara mengejut tanpa diketahui oleh Walisah dan itu menyebabkan dia melanggar tubuh lelaki itu dengan tidak sengaja.

"Woiii! Kau dah kenapa hah? Tak reti nak cakap ke yang kau nak berhenti? Takkan kau dah bisu kot? Parah betul ah mamat ni!" geramnya dengan wajah yang merah. Ikmal hanya mempamerkan riak wajah serius dan dingin.

"Listen, tomboy. Kau memang tak reti diam ke? Tak penat ke asyik bercakap? Macam orang gila aku tengok." kutuk Ikmal dengan senyuman sinis. Walisah memandangnya sambil mengetap gigi.

"Eh, kau diamlah. Mulut aku bukan mulut kau! Argh!!!!! Kenapalah aku dipertemukan dengan mamat macam kau ni? Kenapa mesti dengan kau juga yang aku jumpa? Takde orang lain ke?" geramnya sambil meraup wajah. Ikmal menjulingkan matanya.

"Kau ingat aku nak sangat ke jumpa minah tomboy macam kau ni? Tch! Muka macam apa je tambah lagi perangai macam lelaki. Tch! Merosakkan suasana je," balas Ikmal sinis menambahkan lagi perasaan marah Walisah.

"Kau ni kan mamat setan memang nak kena dengan aku."

"Kena apa?"

"Kena pukul!"

"Wahh!!! Pukul? Takutnya saya," loyar buruk Ikmal dengan gelakkan. Walisah semakin bertambah geram dengan sikap Ikmal. Tanpa memperdulikan Ikmal, Walisah terus melangkah pergi mendahului lelaki tersebut. Makin lama dia berada disitu makin bertambah sakit hati.

Ikmal tersenyum sinis melihat wajah cemberut dari gadis itu. Puas hatinya kerana dapat membuatkan Walisah berasa marah dan geram. Siapa suruh membebel je.

"Dasar minah tomboy."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang