dua puluh tujuh

5.6K 288 0
                                    

1 minggu berlalu....

Putri Qhaisara sudah sedarkan diri lima hari yang lalu. Gadis itu disuntik dengan ubat tidur yang menyebabkan dia tidur selama 2 hari. Manakala keadaan Walisah pula adalah wajahnya sudah tidak cantik seperti dulu. Wajahnya sebelah kelihatan hodoh.

Gadis itu menghabiskan masanya dengan mengurungkan diri di dalam bilik. Keluarga angkatnya juga sudah memujuknya untuk membuat pembedahan pada wajahnya namun gadis itu enggan melakukannya. Mereka cuma mahukan gadis itu gembira seperti biasa.

Walisah termenung jauh di dalam biliknya. Sikapnya yang kasar dan degil bertukar menjadi gadis yang pendiam dan banyak menghabiskan masa dengan termenung.

"Hmm..kenapa nasih aku macam ni? Apa salah aku?" soalnya sendiri. Dia memegang wajahnya yang rosak akibat asid. Bukan dia taknak untuk melakukan pembedahan namun dia sendiri pun tidak tahu kenapa dia tidak mahu melakukan hal tersebut.

Tok! Tok! Tok!

"Kenapa bik?"

"Mummy Wal panggil. Dia suruh turun bawah sebab ada orang nak jumpa," balas orang gajinya kepada Walisah.

"Wal taknak turun. Bagitahu dekat mummy,"

"Tapi mummy tetap suruh turun ke bawah. Jangan degil ye," balas orang gaji tersebut. Walisah mengeluh kecil.

"Yelah. Cakap dekat mummy, kejap lagi Wal turun bawah,"

"Baiklah,"

Selepas berkata seperti itu, orang gaji rumah Walisah terus melangkah turun ke bawah untuk memberitahu Datin Nurhidayah iaitu ibu angkat kepada Walisah.

Gadis itu mengeluh sekali lagi sebelum dia mengambil tudung yang hanya main masuk lalu memakainya dan bergegas turun ke bawah.

Terlihat keluarga dari Tengku Irfansyah sedang berada disitu. Ikmal juga turut berada disitu dengan wajah yang dingin.

"Walisah. Meh duduk dengan mummy." kata Datin Nurhidayah. Walisah hanya menurut sahaja. Dia terus mengambil tempat bersebelahan dengan mummynya.

"Ada apa ni? Kenapa mereka datang sini? Ada apa-apa berlaku ke?" soalnya kepada Datin Nurhidayah. Putri Qhaisara tersenyum melihat gadis tersebut. Walaupun sebelah wajahnya sudah rosak namun masih tetap kelihatan cantik.

"Walisah. Aunty dan yang lain datang ke rumah ni ada hajat."

"Hajat? Hajat apa tu?"

"Kami rancang nak satukan Walisah dengan Ikmal,"

Walisah terkejut. Matanya memandang ke arah Ikmal dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Pandangan mereka bersambung. Ikmal juga turut memandang wajah Walisah dengan wajah yang dingin.

"Macam mana? Walisah setuju tak?" soal Puan Nurhidayah. Walisah tersentak. Dia memandang wajah wanita tersebut.

"Mummy, Wal bukannya taknak. Tapi...Wal belum sedia lagi ditambah pula dengan keadaan Walisah begini. Wal rasa macam tak layak je khawin dengan orang," jujur Walisah berkata. Mereka semua terdiam.

"Aku tak kisah. Rupa bagi aku tak penting. Kau jadi macam ni pun disebabkan aku. Disebabkan yang terjadi dekat kau ni adalah salah aku, biar aku yang tanggung," sampuk Ikmal dingin. Semua memandang ke arah Ikmal yang tidak menunjukkan riak apa-apa. Hanya riak dingin dan beku sahaja.

Walisah terdiam. Dia buntu. Dia tidak mahu berkhawin dengan usia dia yang muda ditambah dengan keadaannya yang cacat pada wajahnya.

"Macam mana? Walisah terima tak?" soal Putri Qhaisara sekali lagi. Yang lain setia menanti jawapan dari gadis tersebut. Walisah berfikir sejenak sebelum dia memberi jawapannya kepada mereka semua.

Dia berharap agar keputusan yang dia buat tidaklah sia-sia. Dia tidak mahu menyesal akan hari yang akan datang.

"Baiklah. Wal setuju,"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now