tiga puluh sembilan

5.6K 279 2
                                    

"Korang nak apa?"

"Kami nak nyawa kau sebagai ganti sebab berani sentuh isteri aku dan menantu aku," balas Irfan dengan serius. Lelaki bernama Faiz itu tergelak.

"Nak ambil nyawa aku? Silakan! Aku tak takut." katanya dengan gelakkan. Irfan dan yang lain hanya memandangnya kosong.

"Kami tahu kau bukan ketua di sebalik dalang penculikan isteri dan menantu aku. Kau cuma orang yang terpenting dalam kumpulan korang. Aku nak kau beritahu dekat kami siapa nama ketua korang." ujar Iskandar yang berada di belakang Irfan. Faiz tergelak sinis mendengar butir bicara dari Iskandar. Dia salah dengar ke apa? Dia nak aku beritahu dekat mereka semua pasal ketua aku? Memang taklah! Aku lebih rela mati daripada mungkir janji.

"Kau buat lawak ke? Kau nak aku beritahu dekat korang semua pasal identiti ketua aku? HAHAHAHAHA. Lawak ah. Korang ingat aku bodoh sangat ke nak beritahu dekat korang semua pasal hal tu? Jangan haraplah!" balasnya kasar dengan senyuman senget. Ikmal maju ke hadapan mendekati Faiz dengan wajah yang tegang.

"Kami dah buat kau beritahu dekat kami dengan cara elok tapi kau pula yang lebih-lebih. Kau memang nak cari maut dengan cepat kan?" kata Ikmal sinis. Dia mengambil pisau tajam lalu mulut lelaki tersebut dibuka dan lidahnya ditarik lalu dipotong dengan kasar.

"Arghh!!!"

Ikmal tidak memperdulikan jeritan kesakitan dari Faiz. Dia memotong lidah tersebut tanpa rasa jijik dan geli. Setelah puas memotongnya. Ikmal mengundur sedikit ke belakang dengan wajah dingin.

Faiz tidak boleh berkata apa-apa. Lidahnya sudah dipotong dengan kasar oleh Ikmal. Terkadang drah yang membuak-buak keluar dari mulutnya secara tidak sengaja dia menelan darah tersebut.

"Tadi riak sangat kata tak takut nak mati. Sekarang aku baru buat sikit pun dah nak mati." ejek Ikmal kepadanya. Airmata Faiz terkeluar sedikit kerana lidahnya terasa sangat sakit. Dia memandang wajah Ikmal dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

Irfan mengambil asid lalu mendekati tubuh Faiz. Asid tersebut disimbahkan pada wajah Faiz dengan senyuman jahat. Faiz menjerit kesakitan.

"Itu balasan sebab ketua kau dah simbah asid dekat muka menantu aku. Kau kan setia sangat dekat ketua kau tu...jadi tak salah kalau kau ambil tempat ahli untuk terima balasan dia kan?" ujar Irfan. Mereka yang lain tergelak melihat lelaki itu sengsara.

Tidak cukup dengan itu. Iskandar mengambil besi yang sudah dipanaskan dengan api lalu ditekankan pada perut Faiz.

"Arghh!!!"

"Itu belum cukup, bro." kata Iskandar. Daniel dan Raziq mengambil air panas di dalam sebuah bekas lalu disimbahkan ke atas tubuh Faiz.

"Arghh!!" menggeletar tubuh Faiz disaat air panas tersebut disimbahkan keatas dirinya. Dia sudah tidak mampu menahan kesakitan yang dia alami. Lebih baik dia mati je!

Aiman dan Sandy pula mengambil pistol lalu melepaskan tembakan pada dahi Faiz secara berkali-kali.

Bang! Bang! Bang! Bang! Bang! Bang!

Enam das tembakan dilepaskan tepat pada dahi Faiz oleh Aiman dan Sandy. Mayat tersebut dipandang kosong oleh mereka berdua. Irfan mengarahkan anak buahnya untuk membuang mayat tersebut.

Anak buah Irfan mengganguk faham lalu mayat tersebut dimasukkan ke dalam plastik berwarna hitam dan dibawa keluar dari bilik tersebut.

"Aku yakin yang ketua dia sedang perhatikan Ikmal dari jauh. Kita kena hati-hati. Dia boleh bertindak di luar jangkaan kita." Kata Iskandar dengan serius.

"Betul tu. Ikmal jaga Walisah baik-baik. Jangan pernah jauh dari dia. Jangan pernah tinggalkan dia. Kalau boleh..kemana Ikmal pergi tolong bawa dia sekali," pesan Irfan kepada anak terunanya. Ikmal mengganguk faham dengan apa yang dikatakan oleh ayahnya.

"Baiklah, ayah."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now