empat puluh dua

5.8K 277 0
                                    

"Lepaskan akulah!" pekik lelaki tersebut kepada anak buah Ikmal. Lelaki tersebut mencuba untuk melepaskan dirinya namun tidak berjaya.

"Lepaslah!"

Buk!! Buk!! Buk!!

"Diamlah! Bising tahu tak?" marah anak buah Ikmal. Lelaki tersebut terbatuk-batuk akibat tumbukan yang diberikan oleh anak buah Ikmal sebentar tadi.

Tubuhnya dilepaskan secara kasar sehingga menyembam lantai di sebuah bilik seksaan yang ada di dalam rumah Ikmal.

Irfan, Iskandar, Aiman, Daniel, Raziq dan Sandy berada di dalam bilik tersebut dengan wajah yang tegang dan serius.

"Siapa yang suruh kau buat semua ni?" soal Irfan serius. Tidak lepas anak matanya memandang ke arah anak buah musuh mereka.

"Lebih baik kau beritahu siapa nama ketua korang kalau kau nak selamat." sampuk Iskandar pula kepadanya. Lelaki tersebut tersenyum sinis.

"Korang fikir aku bodoh ke? Korang ingat aku akan percaya apa yang korang cakap? Bukan senang untuk lepaskan musuh yang sudah berada dalam genggaman," balasnya sinis. Jika dia beritahu mereka, belum tentu dia akan dilepaskan. Mereka pasti akan membunuhnya juga. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk tidak memberitahu mereka. Kerana semuanya akan sama sahaja yang dia bakal dibunuh di dalam bilik tersebut.

Irfan tersenyum sinis. Kakinya melangkah ke alat penyeksaan dan menghampiri tubuh lelaki itu dengan wajah yang dingin.

"Kami dah bagi kau pilihan tapi kau sendiri yang degil." dingin Irfan berkata. Gunting tajam yang menjadi pilihannya.

"Kau ingat aku percaya? Aku takkan termakan dengan kata-kata kau!" balas anak buah musuh mereka dengan kuat. Irfan berdecit halus lalu telinganya sebelah kanan digunting oleh Irfan dengan kasar.

"Arghh!!!!!"

"Sakit ke? Aku rasa tak sakit pun. Itu baru sikit je." ujar Irfan dengan senyuman sinis. Lelaki tersebut menahan sakit pada bahagian telinganya.

"Bro, itu belum cukup." kata Iskandar lalu mengambil samurai lalu mendekati Irfan dan lelaki tersebut. Irfan mengundur kebelakang untuk memberi ruang untuk Iskandar menyeksa lelaki tersebut.

"Kau ni memang cari maut kan? Buat kerja pun tak clear tahu tak? Sebab kenapa? Sebab kau bodoh! Sama macam ketua kau tu bodoh!" marah Iskandar lalu samurai tersebut diangkat dan memotong tangan lelaki tersebut.

Zappp!!!

"Arghh!!!!"

Darah mengalir dengan deras. Nafasnya tersekat-sekat. Terasa nyawanya berada di hujung tanduk. Matanya juga semakin layu.

Iskandar tersenyum puas. Samurai tersebut diletakkan kembali pada tempatnya semula. Dia memandang ke arah lelaki tersebut dengan senyuman mengejek.

"Jangan mati dulu." kata Amyra yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam. Wajahnya yang bengis membuatkan yang lain meremang. Kecuali Irfan dan rakan-rakannya.

"Bagi aku main dengan kau sampai puas"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now