lima puluh

5.7K 250 1
                                    

"Abang! Abang!"

Putri Qhaisara mencari kelibat suaminya. Dia mendapat tahu bahawa anak dan menantu sedang berada dalam bahaya. Bagaimana dia tahu? Sebab waktu Walisah menghantar mesej kepada suaminya. Dia yang memegang telefon tersebut.

"Abang!!!"

Jeritnya dengan lantang. Anak buah Irfan sudah terbiasa dengan jeritkan isteri ketua mereka yang bila marah macam singa kelaparan.

"Ye, sayang," balas Irfan menuruni anak tangga. Kelam-kabut dia mendekati isterinya yang menjerit seperti dirasuk setan.

"Kenapa sayang? Sayang ada sakit mana-mana tak? Kenapa menjerit?" soalnya risau. Putri Qhaisara menggeleng lalu memberi telefon bimbit tersebut kepada tuannya semula.

"Kenapa?"

"Abang baca,"

Irfan terus membaca mesej tersebut. Membulat matanya. Dengan pantas dia mengarahkan anak buahnya untuk membuat persiapan dan menghubungi Iskandar dan yang lain.

"Aku rasa dia dah mulai bertindak abang. Macam mana ni?" soal Putri Qhaisara risau. Irfan mengucup dahi isterinya untuk menenangkannya. Dia juga sangat risaukan anak dan menantunya yang sedang berada dalam bahaya.

"Sayang jangan risau. Semuanya akan okey," ujar Irfan menenangkannya. Putri Qhaisara mengganguk lemah.

"Aku takut kalau—-"

"Dah. Jangan fikir yang bukan-bukan. Abang yakin Ikmal dan isteri dia akan selamat," cantas Irfan dengan laju. Putri Qhaisara hanya menurut sahaja. Dia percaya dengan suaminya.

"Tuan, mereka yang lain sedang dalam perjalanan menuju ke sini." kata salah seorang anak buahnya.

"Suruh Sandy jejak lokasi Ikmal dan Walisah sekarang!" Arahnya tegas. Anak buahnya mengganguk dan melakukan kerja seperti yang diarahkan oleh Irfan.

Putri Amelia yang baru keluar dari biliknya, terkejut dengan suasana yang huru-hara. Dia memandang kesemua orang yang ada di dalam rumah tersebut dengan pelik.

'Apa jadi ni? Ada apa-apa yang aku tak tahu ke?'

Dia mendekati ayah dan ibunya dengan wajah yang inginkan jawapannya dengan apa yang jadi. Hatinya sudah tidak berasa enak.

Sisinya yang satu itu hanya akan muncul bila waktu yang genting atau bila waktu orang yang dia sayang sedang berada di dalam bahaya.

"Ibu..apa jadi ni?" soalnya kepada Putri Qhaisara. Irfan dan Putri Qhaisara terkejut dengan kehadiran Putri Amelia.

"Adik..pergi masuk bilik adik."

"Taknak! Apa dah jadi ni?" soalnya tidak puashati. Irfan mengeluh. Putri Qhaisara memandang wajah Putri Amelia dengan perasaan yang risau.

"Abang dan Walisah sedang dalam bahaya," ujar Irfan perlahan. Putri Amelia terkejut. Hatinya mulai dilanda risau dengan keadaan abangnya serta kakak iparnya.

"Bahaya? Mereka dekat mana sekarang?"

"Ayah tak tahu lagi tapi ayah dah suruh Sandy untuk jejak kedudukan mereka berdua. Adik jangan risau eh?" ujar Irfan menenangkan anaknya. Putri Amelia terdiam.

"Siapa orang yang culik abang dan akak Walisah?"

"Ayah rasa orang yang sama. Viona," balas Irfan yakin. Putri Amelia mengancing giginya. Dia benci akan nama tersebut. Benci!

"Adik nak ikut dengan ayah."

"Tak boleh adik. Adik duduk je dekat rumah. Temankan ibu dekat sini,"

"Taknak! Adik tetap nak ikut!"

"Tapi—-"

"Adik tetap dengan keputusan adik! Adik nak ikut juga!" Putri Amelia berkeras untuk ikut. Irfan meraup wajahnya dengan kasar. Dia tidak mahu gadis itu tercedera. Namun, dia tidak boleh berbuat apa-apa. Anaknya memang sangat degil seperti isterinya. Dia memandang wajah Putri Qhaisara untuk meminta pendapat. Isterinya mengganguk membenarkan gadis itu untuk ikut. Dia yakin yang Putri Amelia mampu menjaga dirinya sendiri.

"Baiklah. Adik ikut dengan ayah nanti,"

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now