tiga puluh lapan

5.6K 272 6
                                    

Ikmal menuju ke markas mereka yang agak jauh dari perumahannya. Dia meninggalkan Walisah di rumah tanpa memberitahu gadis tersebut ke mana dia pergi.

Ikmal tidak terlalu risau akan keselamatan isterinya kerana jumlah bilangan anak buahnya sangat ramai yang mengawal rumah tersebut. Dia pasti gadis itu dalam keadaan yang selamat.

Ikmal melangkah masuk ke dalam markas apabila dia sudah sampai di kawasan tersebut. Anak buah mereka yang mengawal markas tersebut menundukkan hormat kepadanya. Ikmal hanya menggangguk sebagai balasan kepada mereka semua.

Pintu bilik mesyuarat mereka dibuka oleh Ikmal dari luar. Terlihat Aiman, Iskandar, Irfan, Raziq. Daniel dan Sandy sudah berada di dalam bilik tersebut menunggu dengan kehadirannya.

"Ha! Orang yang ditunggu dah sampai pun." kata Sandy. Ikmal terus melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan ayahnya.

"Mana orang tu? Dah mati ke?" soal Ikmal ingin tahu. Dia datang ke markas disebabkan salah satu ahli kumpulan dari orang yang menculik Walisah dan Putri Qhaisara berjaya ditangkap. Dan orang tersebut merupakan orang yang terpenting dekat kumpulan tersebut. Sandy sudah mencari kesemua maklumat orang itu.

"Belum lagi. Dia masih hidup dekat bilik seksaan. Kami tunggu kau datang baru nak main sama-sama," balas Iskandar kepadanya. Ikmal tersenyum sinis.

"I see. So?"

"Kita pergi ke bilik seksaan sekarang. Aku tak ingin simpan barang sampah dekat tempat aku," kata Ikmal. Yang lain hanya menurut sahaja dengan apa yang dikatakan oleh Ikmal.

"Okey,"

Mereka semua menuju ke bilik seksaan dimana lelaki yang ditangkap itu diletakkan. Anak buah mereka yang mengawal di bilik tersebut menundukkan hormat kepada mereka semua.

"Boss."

"Macam mana keadaan dia? Dia ada memberontak?" soal Irfan kepadanya.

"Dia sejak tadi asyik menjerit minta dilepaskan. Dia juga taknak beritahu siapa ketua di sebalik dalang penculikan Puan Putri dan Cik Walisah," jelas anak buah Irfan kepadanya.

"Okey,"

Pintu bilik dibuka oleh Irfan. Tajam anak matanya melihat seorang lelaki yang agak muda terikat dengan tali. Wajah lelaki tersebut penuh dengan lebam.

"Hello, Faiz."

Lelaki yang bernama Faiz tersebut menoleh ke arah Irfan yang tersenyum sinis memandangnya. Mereka yang lain berada di belakang lelaki tersebut.

"Korang semua nak apa?" soalnya tidak berdaya. Matanya yang layu menyukarkan dia untuk memandang ke arah mereka semua dengan jelas.

"Kami nak........."

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum