sepuluh

6.9K 364 12
                                    

Ikmal dalam perjalanan ke cafe untuk lunch. Habis sahaja meeting dia terus keluar. Kereta diletakkan tidak jauh dari cafe tersebut. Ikmal melangkah keluar dari keretanya dan menuju ke dalam cafe.

Tempat duduk diambil dan melabuhkan punggungnya. Pesannya dibuat sebelum dia sibuk dengan telefon bimbitnya.

Suasana yang tenang membuatkan dia tidak berasa terganggu. Ditambah dengan tempat duduknya yang agak jauh dari keramaian orang. Dia lebih gemar duduk dengan suasana seperti itu.

Sedang elok dia dengan telefon bimbitnya. Seorang gadis duduk berhadapan dengannya bersama senyuman kecil.

Ikmal mengerutkan keningnya. Matanya tidak lepas memandang wajah gadis tersebut. Manakala, gadis itu hanya tersengih kepadanya.

"Kau buat apa dekat sini?" soalnya dingin. Pandangannya tidak diahlikan dari gadis tersebut.

"Aku duduk sini eh? Tempat dekat sana dah penuh. Kau baik kan? Jadi, bagi aku duduk sini. Shhh!! Diam je. Aku tahu kau baik," balas Walisah tanpa rasa malu. Ikmal memandangnya kosong.

"Kau pergi dari sini. Aku taknak diganggu apalagi kongsi tempat duduk dengan kau." ujar Ikmal kosong. Walisah menjulingkan matanya. Kerek betul ah mamat ni. Tahulah hensem. Tak payahlah sombong. Dasar mamat sombong!

"Tak payahlah nak sombong sangat. Aku cuma minta tempat duduk dekat sini kan? Bukannya aku nak minta khawin dengan kau," balas Walisah malas. Sombong amat!

"Kalau kau minta khawin dengan aku pun memang taklah aku nak terima kau. Dahlah perangai macam lelaki. Kau ni tomboy eh?" soal Ikmal kepadanya. Membulat mata Walisah.

"What? Tomboy? Are you kidding me? Kau ada nampak aku ni tomboy ke apa hah? Buta ke apa? Kau tak nampak aku ni macam perempuan Melayu terakhir? Buta ke? Kalau buta pergi periksa dekat hospital! Rupa dah kacak tapi buta mata." geram Walisah. Suka hati dia je cakap aku tomboy. Aku yang lawa ni boleh pula kena fitnah tomboy.

"Yes. Tomboy. Ada masalah? Aku tahu aku kacak, terima kasih. Kau tak cakap pun aku dah tahu," balas Ikmal dengan senyuman mengejek. Makin bertambah geram Walisah melihatnya.

"Eh, kau ni banyak cakap pula. Bagi jelah aku duduk sini. Bukannya tempat ni ada terletak nama kau! Takde kan? Jadi, aku boleh je duduk sini." geram Walisah dengan wajah tidak puashati. Kedekut betul ah. Setakat tempat duduk pun dah berkira. Tak boleh jadikan suami nanti.

"Mulut aku. Ada masalah?" kata Ikmal lagi. Walisah mengecilkan matanya kepada Ikmal yang memandangnya dengan pandangan dingin.

"Eh, dahlah! Kalau taknak bagi izin aku boleh buat apa. Dahlah!" katanya Walisah lalu melangkah pergi dari meja tersebut. Gadis itu mencari tempat duduk yang kosong untuk dirinya.

Ikmal hanya memerhati gadis itu dari tempatnya. Dia jatuh kasihan pula terhadap gadis itu. Dia berdiri dan menghampiri Walisah yang sedang mencari tempat duduk.

Tangan gadis itu ditarik dengan secara mengejut. Walisah terkejut, nasib sahaja wajah lelaki itu dia tidak sempat tampar. Kalau tak memang mmatilah jawabnya.

"Apa ni? Main tarik-tarik tangan orang?" kata Walisah kepadanya. Ikmal hanya membuat bodoh dan diam saja. Malas nak bertekak dengan gadis itu. Perempuan mana pernah mengalah. Perempuan kan selalu mahu menang. Asyik lelaki je yang kalah.

"Duduk." kata Ikmal sepatah. Dengan malas Walisah duduk di kerusi itu semula tanpa memandang wajah Ikmal yang menyakitkan hati.

Ikmal pula duduk semula di tempatnya dan mula kembali sibuk dengan telefon bimbitnya. Walisah pula mengeluarkan laptopnya dan memulakan kerjanya.

Kedua-dua mereka masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Jika dilihat dari mata kasar seperti pasangan kekasih sahaja.

Makanan Ikmal sudah sampai lalu dihidangkan di atas meja tersebut. Walisah masih tekun dengan kerjanya.

Ikmal memandang wajah Walisah yang serius sahaja. Tidak dapat dia nafikan gadis dihadapannya itu memang cantik.

"Tomboy?"

"Kau nak apa setan?"

"Kau taknak makan ke?" soal Ikmal. Kasar sungguh bahasa kau anak dara. Kalau aku bunuh kau, sia-sia hidup kau nanti. Kasar sangat.

"Kejap lagi. Aku belum pesan makanan aku," balas Walisah kepadanya. Ikmal memandang seketika sebelum dia memberikan makanan miliknya kepada gadis itu.

"Nah, makan."

"Erk. Takpe. Kau makanlah. Nanti aku order makanan aku sendiri," balas Walisah tidak selesa. Ikmal memandangnya dingin.

"Makan."

"Tak—-"

"Aku malas nak ulang banyak kali. Jadi, aku nak kau makan."

"Erk. Yelah," balas Walisah pasrah. Ikmal memanggil pelayan tersebut lalu membuat pesanan untuk dirinya pula. Walisah menjadi malu namun dia hanya beriak biasa sahaja.

'Kerek betul ah mamat ni. Redha je aku.' getus hati Walisah.

Walisah mulai menjamu selera manakala Ikmal kembali sibuk dengan telefon bimbitnya. Keadaan mereka berdua sunyi sahaja.















Tengku Irfansyah dan Putri Qhaisara duduk di taman kawasan perumahan mereka. Mereka bercerita sambil menghirup udara yang segar.

"Rindu pula waktu kita muda dulu kan, abang? Banyak dugaan juga yang datang." kata Putri Qhaisara dengan senyuman kecil. Tengku Irfansyah menggangukkan kepalanya.

"Betul lah tu. Abang pun dulu hampir gila dengan perangai sewel sayang. Memang tak boleh blah. Nasib baik sayang," balas Tengku Irfansyah. Putri Qhaisara menjulingkan matanya.

"Itu dulu! Sekarang ni yang jadi sewel bukan sayang tapi abang." geram Putri Qhaisara. Tengku Irfansyah mengjongketkan keningnya sebelah.

"Uwww....abang jadi sewel...." kata Tengku Irfansyah berloyar buruk dengan isterinya. Makin bertambah geram isterinya.

"Abang jangan mula jadi sewel eh? Abang nampak ni?" soal Putri Qhaisara sambil menunjukkan sudu kepadanya.

"Nampak sayang. Takkan tak nampak pula. Aduh, sayang ni. Memang otak tu sentiasa bodoh ke apa." katanya selamba. Putri mengetuk kepala suaminya menggunakan sudu sebanyak 4 kali.

Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!

"Aduh.."

"Hah! Sewel lagi. Geram aku."

"Tambahlah garam,"

"Bukan garam setan! Geram! Faham tak? Geram bukan garam lahanat!" balas Putri Qhaisara. Tengku Irfansyah tergelak.

"Garam dengan geram sama je tu, sayang. Sayang kan tak betul. Itulah tak tahu persamaan tu. Nanti belajar balik eh?" kata Tengku Irfansyah.

"Ada juga aku bunuh dekat sini tak lama lagi." kata Putri Qhaisara disambut gelakkan dari suaminya. Dia hanya pasrah sahaja dengan sikap sewel sang suami yang tercinta.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now