dua puluh satu

5.7K 315 10
                                    

"Walisah mana, Ikmal?" soal Irfan kepada anaknya. Ikmal terdiam. Dia meraup wajahnya. Dia terlupa akan gadis tersebut kerana terlalu bimbang akan ibunya yang hilang.

"Maafkan Ikmal, ayah. Ikmal rasa Walisah kena culik,"

"Kena culik? Macam mana boleh kena culik? Kan waktu korang dalam perjalanan ke hospital, kami yang uruskan anak buah musuh tu. Macam mana pula dia boleh kena culik?" sampuk Iskandar pelik. Ikmal terdiam. Dia berdehem sebelum menjawab soalan Iskandar.

"Ye, Ikmal tahu. Ikmal pun tak sangka jadi macam ni. Kami dua memang dah sampai dekat hospital tadi tapi waktu tu Ikmal kata nak pergi tandas kejap dan Ikmal suruh dia masuk dalam dulu. Tapi bila Ikmal keluar je dari tandas, pintu belakang kereta Ikmal tak tertutup dan beg Walisah pula ada dekat jalan raya. Ikmal yakin yang dia dah kena culik," jawab Ikmal dengan keluhan. Dia serabut. Irfan terdiam begitu juga dengan yang lain.

"Aku rasa mereka fikir yang Walisah adalah orang yang penting dalam hidup kau sebab tu dia kena culik. Sebab kau selalu dengan Walisah je."

"What? Jangan nak buat lawak! Aku dengan dia takde apa-apa pun! Aku takkan anggap perempuan lain penting dalam hidup aku kecuali ibu dan adik. Takkan! Aku takkan percaya lagi dengan orang selain ibu dan adik," kata Ikmal dengan mata yang tajam memandang ke arah Daniel dan yang lain.

Ikmal mempunyai kisah silamnya sendiri yang membuatkan dia tidak percaya dengan perempuan selain ibunya dan juga adik kandungnya. Hal yang hampir membuatkan dia gila.

"Ikmal..ayah tahu apa yang Ikmal rasa tapi itu dari pandangan mereka. Mereka fikir Walisah itu orang yang Ikmal sayang selepas ibu dan adik. Takkan Ikmal tak boleh fikir benda tu? Dia selalu ada dekat Ikmal dan sudah semestinya musuh yang lain sedang perhatikan Ikmal," kata Irfan kepada Ikmal. Ikmal menumbuk meja dengan kuat dengan wajah yang bengang.

"Apa ni? Ayah nak aku khawin dengan dia? Macam tu ke ayah nak? Ayah nak buat lawak dengan Ikmal lah! Soal hati bukannya boleh bawa main. Ikmal taknak percaya dekat mana-mana perempuan selain ibu dan adik! Ikmal ulang sekali lagi! Selain ibu dan adik! Kalau ayah paksa Ikmal khawin juga dengan dia. Ikmal tak janji yang Ikmal akan berikan dia perhatian dan kasihsayang yang penuh sebagai isteri Ikmal!" Ikmal berkata dengan nada sedikit tinggi. Yang lain hanya mampu menjadi pendengar tanpa memasuk campur. Irfan terdiam. Dia tahu anaknya memang seorang yang jenis hati batu dan tidak mudah percaya dekat orang lagi disebabkan masa silam lelaki muda tersebut.

"Ikmal..jangan pentingkan diri Ikmal sendiri. Walisah pun ahli keluarga Ikmal juga kan?" sampuk Aiman kepada anak buahnya. Ikmal merengus geram.

"Ikmal pentingkan diri sendiri? Ikmal tak pernah pentingkan diri, Uncle Man. Ikmal sanggup ambil tempat ayah semata-mata untuk jaga keluarga Ikmal dan Ikmal terima apa je yang ayah suruh asalkan ayah gembira begitu juga dengan lain. Itu pun pentingkan diri sendiri ke?"

"Ikmal sanggup terima seseorang yang Ikmal tak cinta dan sayang yang kononnya baik dan mampu jaga Ikmal tapii..disebabkan orang itu Ikmal hampir gila dan buat hidup Ikmal merana. Itu pun masih pentingkan diri sendiri ke?" luah Ikmal kecewa. Dia tidak faham apa yang diinginkan oleh ahli keluarganya.

Dia sanggup berbuat apa-apa asalkan keluarga gembira walaupun hal tersebut akan melukakan hatinya. Tapi keluarganya asyik cakap dia pentingkan diri sendiri. Siapa je yang tak kecewa.

Mereka terdiam seribu bahasa. Ikmal tergelak sinis namun kedengaran hambar. Airmata ditahan agar tidak tumpah. Dia kecewa dengan mereka yang menganggap dirinya penting diri sendiri. Tak boleh ke mereka faham apa yang dia rasa? Dia tidak mahu berkhawin apalagi mempercayai perempuan selain ibu dan adiknya.

"It's okey. Kalau itu yang korang nak. Ikmal akan buat. Kalau korang nak Ikmal khawin dengan Walisah untuk jaga dia daripada pihak musuh. Ikmal akan buat. Cuma Ikmal takkan janji yang Ikmal akan berikan dia perhatian dan selebihnya kepada Walisah. Ikmal pergi dulu."

Selepas berkata seperti itu, Ikmal terus melangkah keluar dari tempat tersebut. Dia ingin menenangkan fikirannya.

Irfan menundukkan kepalanya. Dia cuma mahukan yang terbaik untuk anak lelakinya. Dia tahu yang Walisah akan mampu menjaga Ikmal dan gadis itu juga akan sentiasa di dalam lindungan Ikmal. Dia yakin yang Ikmal takkan membiarkan gadis itu disentuh oleh pihak musuh. Irfan yakin akan hal tersebut dan sangat yakin.

𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈Where stories live. Discover now